...teruskan usahamu...


Bismillah...

Assalammualaikum dan salam sejahtera ana ucapkan buat pengunjung blog yang ana kasihi...diharapkan agar antum semua di dalam payungan rahmatNya...Macam ne dgn Ramadhan kita?? Ramadhan dah memasuki fasa yang ketiga...jadi sama2 kita mengkoreksi diri kita samada kita telah mengecapi kemanisan Ramadhan itu atau sebaliknya...

Ana ingin meminta maaf kerana sudah agak lama tidak update blog ni...banyak tugasan dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan..tapi dalam kesibukan itu, Allah masih lagi memberi peluang kepada hambaNya ini untuk menjalani tanggungjawabnya sebagai khalifah dan alhamdulillah, hari ini dah selesai program follow up da'wah kami untuk adik2 di SRA Zahidiah, Sungai Buloh...insyaallah, ana akan postkannya nanti...ana mut'ibun jiddan al an...diharapkan agar sahabat2 sume nantikannya...syukran 'ala ziarah. wassalam.

"Ziarah Da'wah"



Assalammualaikum dan salam ukhwah ana ucapkan kepada pengunjung setia blog ana...ana doakan mudah2n kita semua di dalam rahmat serta kasih sayangNya...Ramadhan Kareem juga ana ucapkan.semoga dengan kehadiran Ramadha
n tahun ini akan menjadikan diri kita seorang hamba yang bertaqwa..Maafkan ana kerana dah lama xupdate blog..terlalu byk tugasan dan komitmen menyebabkan tiada kelapangan untuk entri yg terbaru...tp alhmdulillah, hari ini kelapangan dan kudrat yang diberikan olehNya akan digunakan sebaiknya..

28 Ogos 2009

Alhamdulillah, program kami kali ini adalah ziarah da'wah ke perkampungan Orang Asli..destinasi da'wah kali ini adalah bertempat di Kg. Sungai Lui, Jempol..kami bertolak seawal jam 11 pagi setelah ana menghadiri mesyuarat Ihya' Ramadhan FKP..sampai di Kuala Pilah dan mengerjakan Solat Jumaat di sana..tepat jam 2 petang, ana, sahabat2 seperjuangan dan ibu(Timb. Pres. YKSNS) bertolak ke Kg Sungai Lui..Perjalanan kami rasakan cukup bermakna kerana itulah pengalaman pertama kami untuk program ziarah da'wah ini..alhamdulillah, kami tiba di sana tepat jam 3 petang..bila kami lalu melintasi rumah2 Orang Asli di sana, banyak anjing2 peliharaan yang dilepaskan oleh tuan mereka...macam kucing jer...:-)

-Sumbangan YKSNS kepada Cik Jang-

-Kenangan bersama Cik Jang-

Di sana, kami menziarahi sebuah keluarga iaitu keluarga Cik Jang...Beliau merupakan anak jati Kg. Sungai Lui dan kini menetap bersama anak dan cucunya..beliau adalah seorang muslim dan memerlukan bantuan untuk menebang pokok di sekeliling rumahnya yang menanti masa untuk tumbang...melihat kehidupan beliau yang cukup sederhana serta di kelilingi oleh saudara2 non-muslim, terdetik rasa syukur di hati kerana Allah memberikan kekuatan kepada beliau untuk berpegang teguh kepada agama...setelah berkongsi pengalaman dan cerita, ana mengambil sedikit gambar pokok yang mengelilingi rumah Cik Jang untuk dihantar ke Jabatan Hal Ehwal Orang Asli bagi tindakan susulan...alhamdulillah, kami memberikan sedikit sumbangan dari YKSNS kepada keluarga Cik Jang dan berharap bahawa pertemuan kami tidak akan berakhir setakat itu saja..

-Berkongsi Pengalaman bersama Cik Yunos-

- Kenangan sebelum Pulang -

Sebelum pulang, kami singgah di rumah ketua kampung, Encik Yunos..Beliau seorang yang peramah dan suka bercerita...banyak ilmu dan pengalaman dikongsikan bersama kami...menurut cik yunos, bilangan penduduk muslim adalah seimbang dengan non-muslim..banyak rintangan dan halangan yang dihadapi dalam memastikan kelangsungan Islam di situ...tambahnya lagi sekiranya seseorang yg masuk Islam akan dibuang dari keluarga dan dinafikan haknya terhadap harta...mereka yg masuk Islam akan disisih serta dipulaukan...selain itu juga, surau di kg tersebut tidak dibenarkan untuk azan dilaungkan...tapi itu semuanya waktu dahulu...kini Orang Asli non muslim sudah mula untuk menerima serta menghormati Islam...

- Menyediakan Juadah Berbuka Puasa -

- Apa Yang Penting?? Kerjasama.. -

Jam menunjukkan pukul 5 petang dan kami perlu bertolak pulang awal kerana perlu berbuka puasa bersama2 dengan penghuni rumah Kasih Sayang...hari ini jga merupakan hari ulangtahun kelahiran ke -44 Presiden YKSNS, Cikgu Adnan..mudah2n Allah memberkati umur cikgu dan dimurahkan rezeki serta diberikan kekuatan untuk terus melaksanakan usaha murni YKSNS ini...Kami tiba di Kuala Pilah tepat jam 6 petang dan bergotong-royong menyediakan juadah berbuka puasa...usai solat maghrib, isya' dan tarawih secara berjemaah, ana mengetuai bacaan tahlil dan doa selamat bagi cikgu adnan...selesai jamuan dan berkemas, kami bertolak pulang ke USIM...alhamdulillah, mudah2n segala amalan kami diterimaNya...