Diam Berzikir Renung Berfikir



~ Al Fatihah : 6 ~


~ Muhasabah diri kita ~


~ Antara resepi kecemerlangan Cendiakawan Islam ~


~ Doa senjata orang Mukmin ~


"Renung2kan bersama dan selamat beramal"

Kewajipan Seorang Ayah


Ayah adalah orang penting dalam membangunkan umat. Dalam sebuah keluarga, kedudukan ayah adalah ibarat batu-bata yang menyokong bangunan umat Islam. Jika para ayah berjaya menunaikan misinya dalam keluarga, akan kukuhlah bangunan umat Islam dalam pelbagai bidang kehidupan dan begitulah sebaliknya.

Ada banyak peranan ayah dalam Islam yang harus ditunaikan sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w. :"Setiap daripada kalian adalah pemimpin yang bertanggungjawab ke atas yang dipimpinnya. Seorang amir adalah pemimpin ke atas rakyatnya dan dia yang bertanggungjawab ke atas yang dipimmpinnya. Seorang perempuan adalah pemimpin di rumah suami dan anaknya, dan dia bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya. Seorang hamba sahaya adalah pemimpin atas harta tuannya dan dia bertanggungjawab ke atas yang dipimpinnya. Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab atas yang dipimpinnya." (HR Bukhari daripada hadis Nafi' bin Umar r.a.)

Ayah yang telah menunaikan kewajipannya, beerti dia telah bebas daripada tanggungjawabnya di hadapan Allah S.W.T di hari kiamat. Allah telah berfirman dalam surah At-Tahrim, ayat 6 : "Wahai orang2 yang beriman, lindungilah dirimu dan keluargamu daripada api Neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Di sana ada malaikat yang kasar dan keras, tidak melanggar perintah Allah kepada mereka dan mereka melakukan apa yang diperintahkan. Betapa besarnya tanggungjawab si ayah..

Kisah Teladan

Seorang lelaki datang menghadap Amirul Mukminin, Umar al -Khattab r.a. dan dia melaporkan kepada khalifah mengenai anaknya yang derhaka. Khalifah Umar lantas memanggil anak yang dikatakan menderhaka itu dan mengingatkannya terhadap bahaya derhaka kepada orang tua. Ketika ditanya sebab dia menderhaka, anak itu mengatakan, "Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak yang harus ditunaikan oleh orang tuanya?"

"Ya," jawab khalifah.

"Apakah itu?" tanya si anak.

Khalifah Umar lalu menjawab, "Seorang ayah wajib memilihkan ibu yang baik untuk anak2nya, memberikan nama yang baik dan mengajarkan al Quran kepadanya."

Lantas si anak menjawab, "Wahai Amirul Mukminin, tidak ada satu pun daripada tiga perkara itu yang dituaikan oleh ayahku. Ibuku seorang Majusi, namaku Ja'lan dan aku tidak pernah diajarkan membaca al Quran."

Umar al-Khattab r.a. lalu menoleh kepada si ayah dan berkata, "Engkau datang mengadukan kederhakaan anakmu, ternyata engkau yang menderhaka kepadanya sebelum dia menderhaka kepadamu. Engkau telah berlaku tidak baik terhadapnya sebelum dia berlaku tidak baik terhadap engkau."


"ya Allah, selamatkanlah diriku dan ahli keluargaku dari azab api NerakaMu...amin"