...teruskan usahamu...


Bismillah...

Assalammualaikum dan salam sejahtera ana ucapkan buat pengunjung blog yang ana kasihi...diharapkan agar antum semua di dalam payungan rahmatNya...Macam ne dgn Ramadhan kita?? Ramadhan dah memasuki fasa yang ketiga...jadi sama2 kita mengkoreksi diri kita samada kita telah mengecapi kemanisan Ramadhan itu atau sebaliknya...

Ana ingin meminta maaf kerana sudah agak lama tidak update blog ni...banyak tugasan dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan..tapi dalam kesibukan itu, Allah masih lagi memberi peluang kepada hambaNya ini untuk menjalani tanggungjawabnya sebagai khalifah dan alhamdulillah, hari ini dah selesai program follow up da'wah kami untuk adik2 di SRA Zahidiah, Sungai Buloh...insyaallah, ana akan postkannya nanti...ana mut'ibun jiddan al an...diharapkan agar sahabat2 sume nantikannya...syukran 'ala ziarah. wassalam.

Continue Reading

"Ziarah Da'wah"



Assalammualaikum dan salam ukhwah ana ucapkan kepada pengunjung setia blog ana...ana doakan mudah2n kita semua di dalam rahmat serta kasih sayangNya...Ramadhan Kareem juga ana ucapkan.semoga dengan kehadiran Ramadha
n tahun ini akan menjadikan diri kita seorang hamba yang bertaqwa..Maafkan ana kerana dah lama xupdate blog..terlalu byk tugasan dan komitmen menyebabkan tiada kelapangan untuk entri yg terbaru...tp alhmdulillah, hari ini kelapangan dan kudrat yang diberikan olehNya akan digunakan sebaiknya..

28 Ogos 2009

Alhamdulillah, program kami kali ini adalah ziarah da'wah ke perkampungan Orang Asli..destinasi da'wah kali ini adalah bertempat di Kg. Sungai Lui, Jempol..kami bertolak seawal jam 11 pagi setelah ana menghadiri mesyuarat Ihya' Ramadhan FKP..sampai di Kuala Pilah dan mengerjakan Solat Jumaat di sana..tepat jam 2 petang, ana, sahabat2 seperjuangan dan ibu(Timb. Pres. YKSNS) bertolak ke Kg Sungai Lui..Perjalanan kami rasakan cukup bermakna kerana itulah pengalaman pertama kami untuk program ziarah da'wah ini..alhamdulillah, kami tiba di sana tepat jam 3 petang..bila kami lalu melintasi rumah2 Orang Asli di sana, banyak anjing2 peliharaan yang dilepaskan oleh tuan mereka...macam kucing jer...:-)

-Sumbangan YKSNS kepada Cik Jang-

-Kenangan bersama Cik Jang-

Di sana, kami menziarahi sebuah keluarga iaitu keluarga Cik Jang...Beliau merupakan anak jati Kg. Sungai Lui dan kini menetap bersama anak dan cucunya..beliau adalah seorang muslim dan memerlukan bantuan untuk menebang pokok di sekeliling rumahnya yang menanti masa untuk tumbang...melihat kehidupan beliau yang cukup sederhana serta di kelilingi oleh saudara2 non-muslim, terdetik rasa syukur di hati kerana Allah memberikan kekuatan kepada beliau untuk berpegang teguh kepada agama...setelah berkongsi pengalaman dan cerita, ana mengambil sedikit gambar pokok yang mengelilingi rumah Cik Jang untuk dihantar ke Jabatan Hal Ehwal Orang Asli bagi tindakan susulan...alhamdulillah, kami memberikan sedikit sumbangan dari YKSNS kepada keluarga Cik Jang dan berharap bahawa pertemuan kami tidak akan berakhir setakat itu saja..

-Berkongsi Pengalaman bersama Cik Yunos-

- Kenangan sebelum Pulang -

Sebelum pulang, kami singgah di rumah ketua kampung, Encik Yunos..Beliau seorang yang peramah dan suka bercerita...banyak ilmu dan pengalaman dikongsikan bersama kami...menurut cik yunos, bilangan penduduk muslim adalah seimbang dengan non-muslim..banyak rintangan dan halangan yang dihadapi dalam memastikan kelangsungan Islam di situ...tambahnya lagi sekiranya seseorang yg masuk Islam akan dibuang dari keluarga dan dinafikan haknya terhadap harta...mereka yg masuk Islam akan disisih serta dipulaukan...selain itu juga, surau di kg tersebut tidak dibenarkan untuk azan dilaungkan...tapi itu semuanya waktu dahulu...kini Orang Asli non muslim sudah mula untuk menerima serta menghormati Islam...

- Menyediakan Juadah Berbuka Puasa -

- Apa Yang Penting?? Kerjasama.. -

Jam menunjukkan pukul 5 petang dan kami perlu bertolak pulang awal kerana perlu berbuka puasa bersama2 dengan penghuni rumah Kasih Sayang...hari ini jga merupakan hari ulangtahun kelahiran ke -44 Presiden YKSNS, Cikgu Adnan..mudah2n Allah memberkati umur cikgu dan dimurahkan rezeki serta diberikan kekuatan untuk terus melaksanakan usaha murni YKSNS ini...Kami tiba di Kuala Pilah tepat jam 6 petang dan bergotong-royong menyediakan juadah berbuka puasa...usai solat maghrib, isya' dan tarawih secara berjemaah, ana mengetuai bacaan tahlil dan doa selamat bagi cikgu adnan...selesai jamuan dan berkemas, kami bertolak pulang ke USIM...alhamdulillah, mudah2n segala amalan kami diterimaNya...
Continue Reading

"Hapuskan Islam Liberal"


20 Ogos 2009

"Assalammualaikum, shahrul..awak free 20 Ogos ni? Saya nak minta tolong awak carikan kwn2 utk join program Seminar Pemurnian Aqidah..ajak zaini sekali ye.." pinta Ustaz Wan Fazrul pada ku.."Insyaallah ustaz, saya akan tolong ustaz handle program ini, syukran ustaz.."balasku..

Seminar Pemurnian Aqidah - Sebuah program ilmiah yang amat baik pengisiannya dengan bertemakan "Aqidah Murni Tanpa Liberalisme"...Seminar ini bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, KL..Alhamdulillah, ana bersama pensyarah2 da'wah di antaranya Ustaz Wan, Ustaz Yuseri dan Ustazah Marina...Pelajar pula seramai 30 orang yang majoritinya muslimat...:-) biasalah kan?...

Pembentang kertas kerja pertama iaitu Ustaz Ariffin. Di dalam pembentangan beliau, byk pendedahan baru yang kami perolehi..beliau mengatakan ramai pelopor Islam Liberal datang dari Universiti terkemuka Indonesia, Universiti Islam Indonesia(UIN) seperti Harun Nasution dan lain2 lg..Tokoh Islam Liberal ini terlalu bahaya sehinggakan mereka menganggap bhw perkahwinan sejenis adalah hak asasi manusia...

Pembentang kertas kerja seterusnya ialah Dr.Khalif Muammar dengan isu2 'feminisme'..feminisme ini boleh dita'rifkan sebagai menyamaratakan kedudukan perempuan dengan lelki...antara2 isu2nya, talak boleh dijatuhkan oleh isteri, pembahagian faraid yang samarata dan byk lagi...feminisme di Malaysia dipelopori oleh Sister in Islam (SIS)...ada yg bertanya, beberapa bulan yg lalu ada diadakan 'Musawwah' dan ia dirasmikan oleh Dr. Mashitah..so apakah maknanya itu??..

Pembentang kertas kerja terakhir ialah Dr. Anis Malik Thoha.Beliau mengulas tentang bahayanya fahaman pluralisme..pluralisme terhasil daripada konsep liberal yang menyamaratakan agama Islam dengan agama yg lain..sedangkan Allah telah menegaskan bhw Agama di sisi Allah adalah agama Islam...

kira2 pukul 5, seminar ini berakhir...alhamdulillah, banyak yg kami perolehi drpd seminar pemurnian aqidah ini..mudah2n aqidah kita sentiasa terpelihara dari anasir2 yang boleh memesongkan..amin.
Wallahu a'alam..
Continue Reading

"EKSPRESI 09' "


Rabu 19hb Ogos 2009

"Asslammualaikum, shahrul...esok awak free x? tanya sifuku, Ustaz Rusydan pada ku. "Insyaallah ustaz, saya rasa esok saya lapang...xada apa2 rasanya" balasku.."Kalau macam tu, esok shahrul temankan saya ke Ulu Yam ye. Saya dijemput untuk talk EKSPRESI 09' anjuran SPMM..."pinta ustaz Rusydan padaku. "Insyaallah, ustaz." balasku dengan senyuman kegembiraan...

EKSPRESI 09' - Program anjuran SPMM USIM, bertempat di Laman Bestari Resort, Ulu YAm..Ana dan sifuku bertolak seawal jam 8.30 pagi..perjalanan yang sarat dengan ilmu kerana ketika itulah peluang yang terbaik untuk ana berkongsi ilmu dengan ustaz...maklumlah, ustaz ana ni seorang yang sibuk, Timb. Dekan. jadi xhairanlah jika sukar untuk bertemu dengannya...banyak ilmu yang ana perolehi sepanjang perjalanan..di samping tu juga, ana menjadi co-pilot utk ustaz..:-)

Alhamdulillah, kami tiba di Ulu Yam tepat seperti yg dijanjikan..pkl 11 pagi..Dalam slot ustaz yang bertajuk "Da'wah dan Keperluan", ustaz mengajak kami supaya meneliti tanggungjawab kami sebagai penda'wah..selain itu juga, ustaz menerangkan tentang personaliti penda'wah, tajuk, halangan2 dalam berda'wah dan apakah manhaj2 yang sesuai dalam berda'wah..Ustaz menerangkan apakah tajuk yg paling utama ketika ingin berda'wah?? agk2 apa ye, sahabat? ustaz jelaskan, paling utama adalah kt menerangkan kpd mad'u kita tentang asal-usul kejadian diri...bawa mad'u kita meneliti apakah yang menyebabkan mereka berada di dunia ini...

Dalam sesi soal jawab, alhamdulillah kerana byk soalan diajukan oleh para peserta program tg rata2 mrk pelajar tahun 1 dan 2..antara soalan2 mrk:

1) Kadang2 sbg da'e. kita mudah berputus asa apabila mad'u kita menolak da'wah kita...adakah perlu kita meneliti natijah dan hasil drpd da'wah kita atau kita hanya serahkan sahaja pada Allah?

Ustaz menjawab, sebenarnya kedua2nya perlu...yang pertama sekali, kita perlu sedar bhw Allah ingin melihat usaha kita, adakah kita telah menjalankan kewajipan kita utk berda'wah...Hidayah samada mad'u kita terima atau tidak, itu kerja Allah..yang kedua, kita juga perlu menilai hasil usaha kita bagi mengetahui adakah metode dan manhaj kita sesuai pada mad'u...mgkin dari situ kt dapat memperbaiki lagi kelemahan kita...

Alhamdulillah, selepas solat zuhur, kami bertolak ke USIM. sebelum ke USIM, ustaz ajak ana singgah ke Bukit Mahkota bagi menziarahi ayah ustaz..ayah ustaz kini terlantar di rumah kerana diserang penyakit "Brain infection"..sama2 kita doakan semoga beliau cepat sembuh...amin. Suatu pengalaman ilmu yang amat berharga bagi ana..tahniah ana ucapkan kepada SPMM..teruskan usaha da'wah antum..ana akan sentiasa menyokong antum semua..semoga hati ini sentiasa di jalanNya..
Wallahu a'alam..
Continue Reading

"Di Ambang Ramadhan"



Presiden YKSNS bersama Ustaz Haji Azameer Haji Alias, Timb. Mufti N9

15hb Ogos 2009

Tepat pukul 5 petang, ana perlu tiba di Yayasan Kasih Sayang, Kuala Pilah. Perjalanan dari Paroi ke Kuala Pilah mengambil masa kira2 1 jam...itu pun tengok pada keadaan jalan...Hari ini ana cuma berseorangan sbb sahabat2 seperjuangan yang lain mempunyai masyaqqah dan xdpt bersama2 dengan ana...setelah meminta kebenaran dari abang jufitri, ana terus bergegas ke KP..

Alhamdulillah, tepat kul 5 ana tiba di YKS..syukur Ya Allah Kau pelihara perjalananku ini...setibanya di sana, ana bersiap2 untuk ditaklifkan sebagai moderator dan pengerusi majlis bagi Program "Di Ambang Ramadhan"..Program ini dianjurkan oleh YKSNS untuk memberi persediaan rohani kepada saudara2 baru serta penghuni2 YKSNS...tepat pukul 7 mlm, jemputan telah memenuhi Masjid Tok Muar..alhamdulillah, penceramah jemputan kami, Ybhg. Ustaz Hj Azameer Haji Alias, Timbalan Mufti N9 hadir setibanya waktu Maghrib dan beliau mengimamkan solat Maghrib...

Usai solat Maghrib dan berwirid, Ustaz Azameer memberikn ceramah beliau...Banyak input yang diberikan...Sebagaimana kita tahu, kita perlu setkan minda dan hati kita bagi menempuhi Ramadhan..Ramadhan merupakan madrasah atau universiti bagi umat Islam..Di bulan ini jugalah kita ditarbiahkan menjadi seorang muslim yg sabar..sabar dengan godaan nafsu..Di bulan ini juga dilimpahi rahmat dan keberkatan Allah...itu di antara input2 yg diberikan oleh Al-Fadhil ustaz Azameer.

Setelah bersama2 solat Isya', majlis perasmian disempurnakan oleh ADUN Senaling, YB Ismail Lasim. Beliau melahirkan rasa syukur dan gembira dengan usaha YKSNS yang membantu saudara baru dalam memahami Islam dan sewajarnya dijadikan contoh buat umum...Alhamdulillah, terdetik di hatiku agar Allah berikan ku kekuatan untuk terus berdiri teguh dalam usaha da'wah ini...mudah2n segala amalanku diterima...amin...


Tepat kul 10.30 ana bertolak ke Pusat Da'wah Islamiah, Paroi. Pukul 11 akan ada sesi perbincangan dan pembentangan misi Tamadun Dunia...Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah...Allahumma yassir wa la tu'assir...amin.

"Beramallah selagi nyawa dikandung badan"
Continue Reading

"Penjejak Tamadun Dunia"



14 Ogos 2009

Assalammualaikum...salam ukhwah buat sahabat sekalian..ana doakan semoga sahabat sekalian sentiasa di bawah lindungan rahmatNya...Syukran atas ziarah..:-)
Untuk kali ini, ana teringin untuk berkongsi pengalaman dengan sahabat2 sekalian berkenaan dengan program "SAKTI" anjuran GPTD (Grup Pengkaji Tamadun Dunia) dan Jabatan Belia dan Sukan N9..

Program SAKTI telah diadakan di Pusat Da'wah Islamiah, Paroi. Program ini bermula pada 14hb-16hb yg lepas. Alhmdulillah, program ini telah memberikan ana kesan yang sangat mendalam peri pentingnya kita berfikiran global. Selama ini kita hanya memikirkan isu2 yg remeh...sedangkan masyarakat dan saudara kita di luar sana memerlukan kita untuk bersatu...Terima kasih buat ustaz rumaizuddin yang telah banyak memberi peluang kepada ana dan rakan2 sekumpulan untuk join dalam program seperti ini...

Sepanjang 3 hari berkampung di Pusat Da'wah Islamiah, Paroi, kami didedahkan dengan berbagai-bagai talk dan bengkel. Antara speaker yg terlibat adalah Prof Azimi Hamzah, En Ahmad Azam selaku pengasas GPTD, Ustaz Shamsul Azhar, YDP ABIM N9 dan ramai lagi... objektif sebenar program ni adalah untuk memberi pendedahan berkenaan kerja2 sukarela. Kami juga dilatih bagaimana membina personaliti belia yang unggul.

Antara input2 berguna yg ingin sy kongsikan pada shbt2 sume adalah...early bloomer dan late bloomer...early bloomer bermaksud orang yang hebat sejak dari awal lagi tetapi pada akh
irnya dia menjadi seorang yg rugi. ini kerana, dia rasakan bhw dia hebat dari akademik dan xperlu bersosial...maka orang di sekeliling merasakan tdk perlu untuk menegurnya kerana dia sudah sedia hebat...late bloomer bermaksud orang yg kurang pandai tetapi dia sentiasa mahu mencari peluang untuk memperbaiki diri...maka kerana itulah dia lambat untuk menyerlah...maka mana satu letaknya kita?? selain intu juga input yg diberi seperti beramallah di muka bumi ini dengan sebaiknya dan doakanlah agar pemergian kita ditangisi oleh penduduk langit dan bumi...janganlah kita risau apabila didatangi sesuatu masalah kepada kita kerana Allah xkan lupakan hamba2Nya yang beriman...

Pada hari kedua, ana perlu meninggalkan kem SAKTI untuk seketika bagi memenuhi tugas sukare
lawan di Yayasan Kasih Sayang, Kuala Pilah...dan Hari terakhir sesi pembentangan bagi projek Tamadun Dunia. Alhamdulillah, kumpulan ana akan mengkaji tamadun Syria dan tokoh Khalifah Umar Abd Aziz...kami dijadualkan ke Syria bulan 6 thn hadapan...doakan kami ye..objektif ke sana?..sudah tentu mengkaji tamadun dan tokoh, menguasai bhs arab, khidmat sosial dan networking...mudah2n segalanya dipermudahkanNya...

Program SAKTI ini benar2 meninggalkan kesan yang mendalam kepada ana...fikiran ana diajak berfikir dengan lebih luas...solidariti ummah perlu ditekankan...bagi menjamin Islam sentiasa terpelihara...terima kasih sekali lg buat rakan2 seperjuangan...buat abg jufitri, adik2 dr unisel, politeknik p.d, kolej lagenda dan sahabat2 uia, antum teruskanlah usaha murni ini...mudah2n mendapat keberkatan dari Nya...

-wallahu a'alam-

"Solidariti Ummah Benteng Segala Kemusnahan"
Continue Reading