"Penjejak Tamadun Dunia"



14 Ogos 2009

Assalammualaikum...salam ukhwah buat sahabat sekalian..ana doakan semoga sahabat sekalian sentiasa di bawah lindungan rahmatNya...Syukran atas ziarah..:-)
Untuk kali ini, ana teringin untuk berkongsi pengalaman dengan sahabat2 sekalian berkenaan dengan program "SAKTI" anjuran GPTD (Grup Pengkaji Tamadun Dunia) dan Jabatan Belia dan Sukan N9..

Program SAKTI telah diadakan di Pusat Da'wah Islamiah, Paroi. Program ini bermula pada 14hb-16hb yg lepas. Alhmdulillah, program ini telah memberikan ana kesan yang sangat mendalam peri pentingnya kita berfikiran global. Selama ini kita hanya memikirkan isu2 yg remeh...sedangkan masyarakat dan saudara kita di luar sana memerlukan kita untuk bersatu...Terima kasih buat ustaz rumaizuddin yang telah banyak memberi peluang kepada ana dan rakan2 sekumpulan untuk join dalam program seperti ini...

Sepanjang 3 hari berkampung di Pusat Da'wah Islamiah, Paroi, kami didedahkan dengan berbagai-bagai talk dan bengkel. Antara speaker yg terlibat adalah Prof Azimi Hamzah, En Ahmad Azam selaku pengasas GPTD, Ustaz Shamsul Azhar, YDP ABIM N9 dan ramai lagi... objektif sebenar program ni adalah untuk memberi pendedahan berkenaan kerja2 sukarela. Kami juga dilatih bagaimana membina personaliti belia yang unggul.

Antara input2 berguna yg ingin sy kongsikan pada shbt2 sume adalah...early bloomer dan late bloomer...early bloomer bermaksud orang yang hebat sejak dari awal lagi tetapi pada akh
irnya dia menjadi seorang yg rugi. ini kerana, dia rasakan bhw dia hebat dari akademik dan xperlu bersosial...maka orang di sekeliling merasakan tdk perlu untuk menegurnya kerana dia sudah sedia hebat...late bloomer bermaksud orang yg kurang pandai tetapi dia sentiasa mahu mencari peluang untuk memperbaiki diri...maka kerana itulah dia lambat untuk menyerlah...maka mana satu letaknya kita?? selain intu juga input yg diberi seperti beramallah di muka bumi ini dengan sebaiknya dan doakanlah agar pemergian kita ditangisi oleh penduduk langit dan bumi...janganlah kita risau apabila didatangi sesuatu masalah kepada kita kerana Allah xkan lupakan hamba2Nya yang beriman...

Pada hari kedua, ana perlu meninggalkan kem SAKTI untuk seketika bagi memenuhi tugas sukare
lawan di Yayasan Kasih Sayang, Kuala Pilah...dan Hari terakhir sesi pembentangan bagi projek Tamadun Dunia. Alhamdulillah, kumpulan ana akan mengkaji tamadun Syria dan tokoh Khalifah Umar Abd Aziz...kami dijadualkan ke Syria bulan 6 thn hadapan...doakan kami ye..objektif ke sana?..sudah tentu mengkaji tamadun dan tokoh, menguasai bhs arab, khidmat sosial dan networking...mudah2n segalanya dipermudahkanNya...

Program SAKTI ini benar2 meninggalkan kesan yang mendalam kepada ana...fikiran ana diajak berfikir dengan lebih luas...solidariti ummah perlu ditekankan...bagi menjamin Islam sentiasa terpelihara...terima kasih sekali lg buat rakan2 seperjuangan...buat abg jufitri, adik2 dr unisel, politeknik p.d, kolej lagenda dan sahabat2 uia, antum teruskanlah usaha murni ini...mudah2n mendapat keberkatan dari Nya...

-wallahu a'alam-

"Solidariti Ummah Benteng Segala Kemusnahan"

1 comments:

Mohd Hazimin Harun said...

Salam,
tahniah buat saudara dan sahabat2 GPTD. Semoga usaha kalian beroleh pencerahan dan barakah. Menekuni sejarah mampu membangkitkan iltizam dan memberi ibrah tak ternilai dalam perjuangan Islam.

Post a Comment