"iqra' bismi Robbikallazi kholaq"



Assalamualaikum w.b.t

Rasa2nya dah agak lama ana tak post sesuatu yg baru. Memandangkan skrg ni sudah pun masuk semester baru, jadi ana agak sibuk dengan kelas dan jadual yang baru disusun. Alhamdulillah, sempat juga nak bersihkan habuk2 yang ada dalam blog ni..=)

Semester baru bakal menjanjikan cabaran dan ujian yang baru. Adat bergelar seorang penuntut ilmu sememangnya perlu kepada mujahadah yang tinggi. Apa jua yang kita lakukan perlulah rasional dan betul. Hal ini menuntut kepada ilmu pengetahuan yang luas.

Iqra' - inilah ayat yang menyeru kepada kita agar memBACA...kerana memBACA adalah kunci ilmu pengetahuan. Lebih2 lagi sebagai mahasiswa Islam...tanggungjawab kita adalah besar dan ini semua terletak di atas pundak masing2. Ulama' terdahulu kaya dengan ilmu. Mereka bukan hanya mahir dalam 1 bidang, bahkan mereka juga mahir dalam pelbagai bidang ilmu termasuklah cendiakawan seperti Al-Farabi, Al-Kindi, Al-Khawarizmi, Imam Syafie dll.


Ilmu bukan hanya diperoleh dengan membaca malah kita juga boleh memperolehinya daripada alam sekeliling. Umat Islam harus bangkit dan sedar peri pentingnya ilmu dalam memimpin kehidupan akan datang. Kita bisa hancur dan mundur tanpa bekalan ilmu yang cukup kerana ilmu itu senjata yang cukup ampuh untuk menjatuhkan pihak lawan.

Yakinlah, setiap usaha yang kita lakukan untuk mencari ilmu pasti diberi ganjaran pahala. Bukanlah natijah dari menuntut ilmu, tetapi usaha yang dilakukan sepanjang kita mencari ilmu. Sibukkan diri dengan pencarian ilmu di usia muda ini. Moga nanti kita bukan hanya boleh memimpin sebuah keluarga malah kita mampu menguasai dunia!!!

"Robbi Zidni 'ilma warzuqni Fahma"

Handzalah


ABU HANZALAH BIN AR RABIE
www.iluvislam.com




Salah seorang sahabat serta jurutulis Rasulullah S.A.W yang terkenal ialah Abu Hanzalah bin Ar Rabie. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru saja dinikahkan. Oleh kerana itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah cara Rasulullah untuk merayakan kebahagiaan sahabat baginda.

Namun ketika Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau mendengar gendang perang dibunyikan begitu kuat sekali. Melalui seorang sahabatnya beliau mendapat berita bahwa tentera Islam mendapat tantangan yang hebat. dan dalam keadaan terlalu genting. Tanpa membuang waktu lagi Hanzalah lalu memakai pakaian perang lalu mengambil pedang. Dia menuju ke medan tempur tanpa sempat mandi junub.

Maka terjadilah pertempuran hebat sehingga banyak dari pihak Islam yang gugur syahid. Pihak musuh telah menyerang dari belakang. Akhirnya Hanzalah turut menjadi korban dalam keadaan sedang junub. maka Rasulullah SAW pun melihat mayat Hanzalah dimandikan oleh para malaikat seperti mana tercantum dalam sabdanya: “Aku melihat diantara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air dari awan di dalam bejana perak.”

Para sahabat tercengang-cengang mendengar ini. Salah seorang dari mereka, Abu Said Saidi lalu pergi melihat mayat Hanzalah. Wajah Hanzalah kelihatan tenang. Dari rambutnya kelihatan titisan air berlinangan turun. Sungguh beruntung Hanzalah mendapat layanan yang begitu istimewa dari malaikat. Tidak pernah terjadi dalam sejarah seorang syahid dimandikan dengan cara yang luarbiasa ini. Malahan matinya sebagai syuhada menjadikan ia sebagai penghuni syurga tanpa dihisab. subhanallah…