Sudah menjadi lumrah dalam industri penyiaran, setiap rancangan/program yg dihasilkan akan dinilai berdasarkan rating penonton. Bagi rancangan yang memiliki rating tinggi dan menguntungkan maka ia akan dapat bertahan lama. Bagi yang tidak, alamatnya kena tutup kedai lah. Namun begitu, kebiasaannya sesuatu rancangan tidak akan ditutup sewenang-wenangnya sebelum pelbagai usaha untuk penambahbaikan dilakukan. Apabila segala usaha telah pun dibuat namun rating masih tare tu jee...faham-fahamlah...
Isu Akidah juga tidak ketinggalan melalui pelbagai usaha transformasinya. Bayangkan sejak penubuhan Tv Alhijrah pada tahun 2011 Isu Akidah dikenali dengan Misteri Alam Melayu, kemudian melalui proses penjenamaan semula sebagai Kes Akidah sehinggalah ke hari ini ia dikenali dengan Isu Akidah. Banyak perubahan yg telah dilakukan. Alhamdulillah, kini Isu Akidah semakin dikenali ramai. Fanpage FB Isu Akidah yg dahulunya sukar meningkat bilangan LIKE, alhamdulillah kini semakin bertambah. Rating yang paling tinggi pernah diperolehi pula langsung tidak dijangka iaitu mencecah hampir 300k penonton. Alhamdulillah.
Namun begitu, langit tidak selalunya cerah. Selepas peningkatan mendadak tersebut, Isu Akidah struggle untuk mengulangi kejayaan rating tertinggi. Kini rating IA hanya sekadar 100k dan ke bawah. Agak mengejutkan ada yg berkata Isu Akidah pernah dicadangkan pihak pengurusan untuk ditutup! Itulah cabaran dalam penghasilan sesebuah program. Saya selaku hos juga menerima tempiasnya. Namun, saya dan sahabat-sahabat krew yang lain tidak pernah berputus asa. Kami jadikan ia sebagai satu cabaran untuk menaikkan lagi semangat dakwah kami. Kini kami mengorak langkah untuk memastikan Isu Akidah mendapat tempat di hati penonton.
Wasiat Allahyarham Che' Bukh
Allahyarham Datuk Bukhari Che Muda |
Pemergian CEO TV Alhijrah ke pangkuan Ilahi amat dirasai kerana Allahyarham Datuk Bukhari atau panggilan mesranya Che' Bukh merupakan individu yang merealisasikan program Isu Akidah ini. Semangat da'wah beliau jelas kelihatan apabila Isu Akidah yang dahulunya dikenali sebagai Misteri Alam Melayu berterusan penyiarannya sehingga kini. Apa yang kami kagum, beliau tidak hanya melihat kepada rating semata-mata malahan apa yang ditekankan beliau adalah kepentingan rancangan Isu Akidah ini kepada umat Islam. Arwah pernah mewasiatkan saya untuk terus thabit dan istiqamah dalam perjuangan mempertahankan aqidah ASWJ melalui penghasilan rancangan Isu Akidah. Sehingga hari ini, segala nasihat dan semangat yg diberikan menjadi 'tonik' buat saya dan sahabat2 di Isu Akidah.
Cabaran Musim Baru
Tahun baru 2014 menjanjikan pelbagai cabaran yang lebih 'ganas'. Semakin banyak program2 fresh yang bakal dikeluarkan. Ibarat diberi peluang kedua, Isu Akidah tidak mahu memandang ke belakang lagi. Look n Feel yang baru, content dan isu yang lebih segar, imej hos yang 'evergreen' serta ahli panel yang berwibawa menjanjikan kelainan buat penonton khususnya peminat setia Isu Akidah. Isu-isu akidah semasa seperti Syiah, Ajaran Sesat dan banyak lagi akan dikupas dengan penuh ilmiah namun secara santai dan mudah difahami penonton. Objektif kami tetap sama iaitu mempertahankan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah dan menjadi agen kepada penyatuan ummah.
Isu Akidah juga akan melaksanakan pendekatan yang lebih mesra penonton iaitu dengan menghadiri seminar2 anjuran masyarakat dan sekaligus mengambil respon mereka untuk diselitkan dalam 30 minit IA bersiaran. Sebenarnya banyak lagi transformasi yang bakal dilaksanakan tapi kalau saya kongsikan semua di sini maka kuranglah elemen surprisenya. So klu sahabat-sahabat nak lihat warna-warni Isu Akidah musim 12, tunggu.....Jika tiada aral melintang, insyaallah musim baru Isu Akidah akan bersiaran pada bulan Februari 2014.
Hmm, rasanya setakat ini sahaja coretan hati saya berkenaan Isu Akidah. Saya harap agar sahabat-sahabat semua terus menyokong perjuangan kami dalam memartabatkan aqidah ASWJ. Honestly, saya sayangkan rancangan ini dan berharap ia akan dapat diteruskan untuk selamanya demi kemaslahatan Ummah.
Isu Akidah. Kami Dedah Demi Akidah!!!
0 comments:
Post a Comment