..:: BBM di Pontianak ::..




5-8 Oktober 2010

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat sahabat semua. Maaf sebab dh lama xupdate blog disebabkan jadual yang cukup pack selain keterbatasan internet di Pontianak. Alhamdulilah, diberikan kesempatan untuk mencoretkan sesuatu berkenaan program BBM seterusnya. Pada 5-8 Oktober, delegasi BBM telah berkampung di Grand Mahkota Hotel, Pontianak. Hari pertama kami dimulai dengan Majlis Perasmian Program oleh Pengurusan Tertinggi Indonesia. Selepas itu, kami disajikan dengan diskursus bertajuk "Persaudaraan Negara-Negara Melayu Nusantara : Tinjauan Historis dan Prospeknya". Pada sebelah petang pula, kami melawat Tugu Khatulistiwa yang terletak di pinggir bandar Pontianak. Aktiviti sebelah malam pula ialah ice-breaking. Alhamdulillah, kesemua delegasi menjadi semakin rapat dan mesra selepas sesi ice-breaking tersebut.

Delegasi Malaysia

Adik-adik di Madrasah Al-Ikhsan, Pontianak

Hari kedua pula kami semua menaburkan keringat dan bakti di Madrasah Thanawiyah Ihsan, Pontianak. Madrasah ini merupakan madrasah swasta yang bergerak secara indipendant tanpa mendapat bantuan daripada kerajaan. Keadaan madrasah kelihatan sederhana dan sedikit usang tanpa kemudahan yang canggih. Apa yang menyentuh hati ana adalah semangat yang ditunjukkan oleh tenaga pengajar serta pelajar-pelajarnya dalam menyebarkan serta menuntut ilmu Allah. Usai mengecat dinding bangunan madrasah, kami mengadakan sedikit pengisian motivasi. Ana diminta menutup program tersebut dengan memberikan tazkirah kepada adik-adik di sana. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Keesokan harinya, kami bersiap untuk pulang ke Kuching setelah misi da'wah di Pontianak selesai. Mudah-mudahan perjalanan kami selamat dan dipeliharaNya...ameen.
babaibabai

.:: Bas Belia MABIMS ::.



Assalammualaikum dan salam ukhwah buat sahabat semua. Mungkin tidak terlambat lagi untuk ana ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Alhamdulillah, walaupun sibuk dengan tugasan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, rasa syukur di hati kerana diberikan kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di blog mujtahid islam ini.. Bas Belia MABIMS..Mungkin terlintas sejenak di minda sahabat-sahabat semua berkenaan apa itu Bas Belia MABIMS..Untuk pengetahuan sahabat sekalian, alhamdulillah ana telah terpilih untuk mewakili Malaysia sebagai delegasi bagi program ini. Program Bas Belia MABIMS ini dianjurkan bersempena pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei, Malaysia, Singapura dan Indonesia. Program BBM kali ini merupakan siri yang ke-2 dan Brunei Darussalam ditaklifkan sebagai tuan rumah selepas Singapura pada tahun sebelumnya. Program BBM ini akan berlangsung selama 2 minggu dari 4-17hb Oktober dan meliputi 3 buah negara iaitu Brunei, Malaysia(Sarawak) dan Indonesia (Pontianak).

~ bersama Luqman sebelum fly ~

Alhamdulillah, tepat pukul 2.30 petang ana tiba di KLIA. Terima kasih kepada Luqman dan Salmi yang sudi menghantar. Flight berlepas tepat jam 3.3o petang. Perjalanan ke Kuching mengambil masa selama 2 jam. Setibanya di Lapangan Terbang Kuching, ana bersama Ustaz Imran dijemput oleh pegawai JAKIM Sarawak dan kami dibawa ke Pusat Latihan Sarawak (PLS). Di PLS, kelihatan delegasi dari Singapura sudah tiba lebih awal. Kami beramah mesra dan bertukar-tukar pandangan sambil menikmati juadah hidangan makan malam. Ikan terubuk masin dan umai antara salah satu hidangan wajib bagi sesiapa yang bertandang ke Sarawak.

Usai makan malam, kami ditempatkan di hostel. Alhamdulillah, cukup selesa bagi recharge semula tenaga untuk aktiviti seterusnya pada keesokan hari. Esok merupakan hari yang cukup pack. Kami akan ke Serian dan kemudian ke Pontianak. Mudah-mudahan segala urusan kami dipermudahkanNya..amin. Wallahu a'alam.



..:: Marhaban Ya Ramadhan ::..




Salam Ramadhan buat sahabat semua
. Bagaimana puasa anda hari ini? Mudah-mudahan Ramadhan kali ini menjanjikan perubahan yang terbaik buat kita semua. Sahabatku, sebagaimana yang kita ketahui, bulan Ramadhan menjanjikan pelbagai nikmat dan ganjaran kepada kita semua. Mungkin ada yang telah lebih 15 tahun berpuasa dan saban tahun apabila tibanya Ramadhan, pasti kita akan dikhabarkan tentang berita gembira berkenaan bulan Ramadhan itu sendiri.

Antara fadhilat dan keistimewaan yang boleh ana kongsikan antaranya ialah bulan Ramadhan itu merupakan penghulu segala bulan. Sahabatku, kita sedia maklum bulan Ramadhan merupakan ketua bagi 11 bulan yang lain. Ini menunjukkan bahawa Ramadhan adalah bulan yang mana di dalamnya terkandung 'modul' serta pengisian yang terbaik semestinya ciptaan Allah. Bulan Ramadhan jugalah bulan untuk kita persiapkan diri dengan bekalan ketaqwaan agar kita dapat menempuh segala ranjau berduri bagi 11 bulan selain Ramadhan. Oleh kerana itulah ia digelar "Penghulu Segala Bulan".


Menyentuh tentang 'modul' serta pengisian di bulan Ramadhan, kita lihat Allah telah menyediakan bagi kita modul-modul seperti qiyamullail, tadarrus Al-Quran, solat tarawikh, berpuasa dan banyak lagi. Mengambil tadarrus Al-Quran sebagai contoh, mungkin ada di antara kita yang liat untuk membaca Quran di bulan selain Ramadhan. Al-Quran pun sampai berdebu mengharapkan kipas angin yang tolong hilangkan debu tersebut. Apabila tibanya bulan Ramadhan, kesedaran unttuk bertadarrus Al-Quran pasti timbul dalam diri kita. Itulah pengisian dan modul yang telah Allah sediakan untuk kita. Disamping itu juga, sahabat..kita perlulah merangka modul kita sendiri sebelum Ramadhan itu tiba. Apa pengisian yang perlu kita lakukan ketika Ramadhan? Adakah kita hanya berdiam diri sehingga Ramadhan meninggalkan kita? Alangkah ruginya kita..Justeru, penuhilah Ramadhan dengan pengisian yang bermanfaat.

Ramadhan juga dikenali sebagai 'bengkel' atau 'kursus' bagi umat Islam. Cuba kita bayangkan, sewaktu di universiti ataupun sekolah menengah dahulu, kita sering dihantar untuk menghadiri kursus seperti Kem Kepimpinan Pengawas, Kem Jati Diri dan lain-lain lagi. Apa tujuannya? Tujuannya tak lain tak bukan untuk meningkatkan lagi kemahiran serta keupayaan kita dalam sesuatu bidang. Dalam erti kata yang mudah, bengkel atau kursus bertujuan untuk mengubah diri kita ke arah yang lebih baik. Ini selaras dengan konsep bulan Ramadhan itu sendiri. bulan Ramadhan adalah masa yang terbaik untuk kita berubah kepada yang lebih baik. Apa akan terjadi apabila kita menghadiri kursus selama 3 hari tetapi sepanjang kursus berlangsung, kita hanya tidur tanpa berbuat apa-apa..Pasti tiada perubahan akan berlaku..Begitu juga dengan Ramadhan. Jikalau selama satu bulan kita bertapak di bulan Ramadhan tanpa memanfaatkan segala peluang yang dihidangkan, betapa ruginya kita...mudah-mudahan dijauhkan..


Sebagai penutup bicara, jadilah seperti sebiji telur. Apabila direndam di dalam air masin, pasti akan menjadi masin. Begitu juga dengan kita. Kita memasuki bulan Ramadhan dan meninggalkannya dengan kesedaran serta perubahan. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini menjanjikan segalanya yang terbaik untuk kita semua...Wallahu A'alam.


..:: Jawharatul 'Ilm ::..




Assalammualaikum dan salam ukhwah b
uat sahabat-sahabat semua. Apa khabar anda hari ini? Sama-sama kita doakan moga-moga hari ini adalah hari yang lebih baik dari semalam. Alhamdulillah, baru-baru ini ana telah menghadiri program Syarahan Perdana sempena 10 tahun USIM bertempat di Stadium Tertutup Nilai. Syarahan tersebut telah disampaikan oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia. Suasana yang cukup menarik dapat ana lihat di mana seluruh genap penjuru stadium dibanjiri oleh lautan pelajar dan kakitangan USIM. Suatu pemandangan yang sukar sekali di lihat di sini. Begitulah keterujaan kami untuk mendengar secara langsung syarahan daripada seorang Negarawan terbilang Malaysia.

Antara input yang mampu ana kongsikan kepada sahabat semua adalah berkisar tentang kepentingan ilmu. YABhg. Tun menekankan bahawa ilmu mampu untuk merubah kita dari kemunduran kepada kejayaan. Jikalau kita imbas kembali sejarah tokoh-tokoh ilmuan Islam terdahulu seperti Ibnu Sina, Al-Khawarizmi Al-Kindi dan lain-lain lagi, mereka begitu tekun dan bersungguh-sungguh dalam menuntut Ilmu. Mereka bukan hanya bermujahadah dalam satu cabang ilmu sahaja malahan mereka berjaya menguasai dalam pelbagai bidang Ilmu. Dalam erti kata yang mudah, mereka menguasai Ilmu Islam dan Ilmu keduniaan. Sebagaimana yang kita ketahui, dunia adalah tempat persinggahan sementara dan akhirat jualah tempat yang kekal selam-lamanya. Oleh sebab itu, kita perlu menguasai kedua-dua Ilmu ini dalam memastikan umat Islam tidak mundur dan ditindas oleh umat lain.

Selain itu juga, YABhg. Tun mengingatkan kita supaya tidak hanya tertumpu kepada Ilmu Islam sahaja. Ini kerana masyarakat di luar sana memerlukan kepakaran kita dalam pelbagai bidang. Justeru, perlu ada di kalangan umat Islam mempelajari ilmu pertahanan, pertanian, kejuruteraan dan sebagainya bagi menjana kemajuan umat Islam di dunia. Kerana itulah, kita perlu bersyukur kepadaNya dan berterima kasih kepada saudara-saudara kita yang bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu tersebut bagi faedah umat Islam.

Syarahan YABhg. Tun mengambil masa satu jam dan ana rasakan ianya cukup padat dengan nasihat serta idea-idea yang berguna kepada kami. Selepas selesai program, ana diminta untuk menemuramah YBhg. Dato' Naib Canselor dalam memberikan respon beliau terhadap program Syarahan Perdana ini. First time diberikan tugasan sebagai penemuramah TV secara spontan. Alhamdulillah, walaupun agak nervous sikit, semuanya berjalan dengan lancar. Mudah-mudahan Allah meberikan kekuatan dalam menempuh segala cabaran dalam kehidupan ini..Wallahu A'alam.

video

.:: Da'wah, Realiti dan Cabaran ::.






Salam ukhwah buat para sahabat sek
alian..Mudah-mudahan kita semua digolongkan dalam golongan mu'min yang beriman..aminn..Alhamdulillah, masih lagi diberikan kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di blog yang serba kekurangan ini..

30 Julai 2010

Ana telah menghadiri suatu seminar yang bertajuk Da'wah, Realiti dan Cabaran. Para Panelisnya, subhanallah hebat-hebat belaka. Mereka adalah Ustaz Ann Wan Seng (Setiausaha MACMA), Ustaz Nicholas Sylvester (Pengerusi Hidayah Centre) dan Ustaz Kamarul Zaman Mohamad (Timb. Pengerusi Hidayah Centre). Suatu perkongsian ilmu yang cukup berguna untuk kami yang hadir.

Bak kata pepatah, jangan dijolok sarang tebuan, buruk padahnya nanti. Begitulah juga dalam berda'wah. Da'ie perlu mengetahui selok-belok agama serta pantang-larangnya. Alhamdulillah, seminar ini menitikberatkan tentang pantang-larang ketika berda'wah kepada kaum Cina, Muslim dan Kristian. Ustaz Ann Wan Seng dengan penuh semangat menerangkan kepada kami bahawa terdapat perkara -perkara yang seharusnya kita perlu lakukan dan juga perlu dielakkan ketika berda'wah. Antara yang dapat ana kongsikan adalah da'ie perlu tekankan ilmu akidah sewaktu berda'wah kepada kaum cina. Majoriti da'ie terlalu menekankan tentang fiqah hingga menyebabkan mad'u salah faham terhadap Islam. Contoh yang paling mudah adalah khatan. Apabila seseorang yang masuk Islam, perlulah dikhatankan terlebih dahulu. Ini tidak seharusnya dipraktikkan oleh da'ie kerana ia akan memberi gambaran yang negatif terhadap mad'u. Mad'u seharusnya diberikan penjelasan terhadap ilmu ketuhanan (Akidah) terlebih dahulu agar mereka bertambah yakin terhadap Islam. Kemudian, barulah kita ajarkan mereka ilmu fiqah seperti solat, puasa, khatan dan sebagainya. Selain itu juga, dalam proses da'wah, kita perlu bergaul dan menunjukkan rasa ambil berat terhadap mad'u kita. Sebagai contoh, ziarahilah jiran kita yang berbangsa cina pada upacara kematian sanak saudara mereka..tapi ingat, jangan pakai baju merah! Pakailah baju hitam bagi menunjukkan kita menghormati mereka..tenangkan mereka dengan kata-kata semangat..Ini akan memberikan kesan yang amat dalam terhadap mereka dengan melihat bahawa Islam adalah agama yang mengambil berat.

Bagi masyarakat Hindu pula, Ustaz Kamarul Zaman bercerita berkenaan sejarah agama hindu dan dewa-dewa mereka. Untuk pengetahuan sahabat semua, berdasarkan sejarah dan dewa-dewa hindu, kita dapat membina suatu konklusi bahawa terdapat kelemahan dan kekurangan padanya. Pertama sekali adalah keterbatasan kuasa. Ada dikalangan dewa-dewa hindu meminta bantuan sesama mereka. Kedua ialah pelbagai rupa. Berbagai-bagai rupa dewa dapat kita saksikan terutamanya di kuil-kuil mereka. Tuhan berkepala gajah antara contoh yang mudah. Ketiga pula ialah tidak bermoral. Ada di antara dewa mereka yang berkahwin sesama jenis. Point yang terakhir ialah sembahan bermusim. Mereka menyembah tuhan-tuhan mereka mengikut musim. Thaipusam disambut pada bulannya dan begitu juga Deepavali.

-~Ustaz Nicholas memberikan ceramahnya ~

Panel terakhir iaitu Ustaz Nicholas Sylvester pula mengajak kami untuk menyingkap pantang larang berda'wah kepada orang kristian. Dalam ceramahnya menyebut bahawa pantang larang yang perlu kita ketahui dan amalkan ketika berda'wah terhadap orang kristian antaranya ialah tidak memandang rendah pada mereka. Kemudian, kita tidak seharusnya menyerang tanpa ilmu. Perkara ini sering berlaku ketika mana sesi dialog antara agama. Kadang kala kita terlalu emosional dan marah terhadap agama lain hinggakan menyalahkan agama lain tanpa mengusulkan bukti. Seterusnya, kita perlu menunjukkan contoh yang baik kepada mereka. Selain itu juga, sikap ambil berat menjadi tunjang dalam menyampikan mesej Islam kepada mereka. Selalu bertanya khabar, bersangka baik dan membantu mereka. Noktahi segala apa yang kita lakukan di atas dengan mendoakan mereka agar diberikan hidayah daripadaNya...

Sebagai penutup kalam, ana dapat simpulkan bahawa penda'wah@da'ie haruslah mempunyai ilmu serta kepakaran dalam berda'wah dengan sesiapa sahaja. Ada pantang -larang dalam berda'wah yang perlu dipatuhi bagi memastikan kelancaran da'wah tersebut. 'Ala kulli hal, teruskan berusaha dan bermohon kepadaNya mudah-mudahan urusan da'wah kita ipermudahkanNya..aminn.

.:: Sesuci Donglai ::.






Assalammualaikum dan salam kasih sayang kepada sahabat sekalian. Kaif halukum? Naharan sa'idan insyaallah. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di blog yang tak seberapa ini.

28 Mei 2010
Hari ini ana bersama adik-adik mahasiswa Tahun 1 dan 2 FKP telah menganjurkan program baktisiswa dan keluarga angkat orang asli di Kampung Donglai Baru, Hulu Langat Selangor. Program ini diadakan selama 3 hari 2 malam. Program ini berjalan lancar hasil komitmen yang ditunjukkan oleh pihak JHEOA dan mahasiswa/i USIM. Tujuan utama program ini diadakan ialah bagi melatih mahasiswa dan mahasiswi dengan amali dakwah terutamanya kepada Orang Asli. Sungguhpun program ini bermotifkan da'wah, tetapi perkataan da'wah sengaja tidak ditonjolkan bagi mengelak daripada timbulnya unsur-unsur penolakan di kalangan Orang Asli. Oleh sebab itu, perkataan keluarga angkat lebih sesuai digunakan dan dirasakan mudah diterima. Alhamdulillah, adik-adik yang mengikuti program tersebut kelihatan begitu teruja sekali memandangkan majoriti daripada mereka baru merasai pengalaman pertama bersama orang asli.

Hari pertama kami dimulakan dengan majlis perasmian dan pemberian anak angkat kepada keluarga angkat masing-masing. Selepas selesai perasmian, kami semua menziarahi keluarga angkat masing-masing. Kami tidak menetap di rumah keluarga angkat kerana tidak mahu membebankan mereka. Jadi, muslimin bermalam di rumah pegawai dan muslimat di Tadika. Amalan ziarah adalah digalakkan bagi menjalin hubungan erat serta mewujudkan suasana persekitaran yang baik seterusnya menyampaikan mesej dakwah kepada mereka. Pada sebelah malam pula, kami solat berjemaah di surau. Tazkirah disampaikan setiap kali selesai solat maghrib. Sewaktu tazkirah, kelihatan beberapa anak orang asli ingin masuk ke dalam surau tatapi malu. Ana mengajak mereka duduk bersama dan selesai saja tazkirah, kami melayani mereka dengan baik. Alhamdulillah, mereka berminat untuk mengikut kami solat Isya' bersama.

~ Bersama Anak-Anak Orang Asli ~

~ Excited diorang bersenam ~

Pada hari kedua, kami menunaikan qiyamullail dan berdoa bagi memohon rahmat Allah supaya membuka pintu hati Orang Asli kepada Islam. Pagi itu kami bersenamrobik bersama-sama anak Orang Asli. Seronok melihat keletah mereka. Selepas itu aktiviti gotong-royong diadakan. Apa yang menarik perhatian kami ialah, semua keluarga angkat turut serta membantu dan ini dapat lagi mengeratkan hubungan sesama kami. Hubungan kemesraan diperteguhkan lagi melalui acara sukaneka yang diadakan pada sebelah petang. Beberapa acara diadakan melibatkan kanak-kanak, kaum ibu dan bapa serta mahasiswa dan orang asli. Acara sukaneka seperti tiup belon, lari ikat kaki, musang berjanggut dan banyak lagi mendapat sambutan yang menggembirakan dari semua keluarga angkat.

Pada sebelah malam pula, persembahan kesenian telah diadakan. Masyarakat orang asli mempersembahkan tarian tradisional mereka yang dikenali sebagai tarian 'sewang'. Kami pula menghidangkan mereka dengan persembahan pentomen dengan mesej yang disampaikan berkisar tentang kepentingan pendidikan, akhlak, kasih sayang serta keluarga bahagia. Mereka kelihatan terhibur dan gembira dengan persembahan kami.

Hari terakhir diluangkan bersama dengan keluarga angkat. Ada yang ke dusun, air terjun dan bermacam-macam lagi. Ana dan beberapa orang sahabat menziarahi rumah keluarga angkat sahabat yang lain. Dengar katanya ayah angkat beliau membela lotong, kongkang serta kera. Alhamdulillah, first time dapat bergambar dengan lotong dan mendukungnya..(~_^)..comel betul anak lotong..Setelah majlis perasmian penutup, kami bergambar bersama keluarga angkat..ada yang menitiskan air mata kesedihan..ana yakin, ini bukanlah pertemuan terakhir kami, insyaallah akan ada pertemuan yang seterusnya...wallahu a'alam.




.:: Sesekali Diuji ::.




Salam ukhwah buat pengunjung blog mujtahid islam..setelah sekian lama ana tidak update blog ni..ada juga sahabat-sahabat yang bertanya dengan nada gurauan seperti "enta dah cerai talak tiga ke dengan blog mujtahid islam?,hehe"..bukanlah begitu sebenarnya..ana ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan hinggakan tidak berkesempatan untuk menjengah blog ini tambahan pula kondisi kesihatan yang kurang baik sejak akhir-akhir ini..ujian dariNya..alhamdulillah, dengan berkatNya hari ini diberikan juga kesempatan untuk kembali semula..

Ada sahabat bertanyakan pada ana..Apa perlu kita lakukan jika ditimpa ujian dariNya? Hmm.. soalan yang mudah dijawab tetapi sukar untuk dilaksanakannya..sabar dan redha mungkin jawapan yang tepat untuk persoalan itu tetapi sejauh mana kita mampu untuk melaluinya...Jika mereka yang mampu sabar dan terima segala ujian serta tidak berputus asa, alhamdulillah mudah-mudahan Allah tambahkan keimanan kita dan digolongkan dalam golongan hamba-hambaNya yang disayangi...tetapi jika sebaliknya...alangkah ruginya kita..

Janganlah kita mendabik dada mengatakan bahawa kita telah beriman sedangkan kita belum pernah diuji..jelas sekali menunjukkan sesungguhnya ujian itu adalah satu kayu ukur dalam menilai keimanan dan ketaqwaan kita pada Allah...Setiap hambaNya pasti akan diuji...Janganlah berputus asa padaNya..Sesungguhnya hanya Dialah sebaik-baik tempat pertolongan...mohonlah padanya...tetapi usahlah pergantungan terhadapNya hanya bermusim...apabila sudah melepasi ujian tersebut, kita menjadi leka dan lupa padaNya...nauzubillah min zalik..Ya Allah berikanlah kekuatan kepada hati-hati kami untuk mencintaiMu..

Hidup kita tidak akan berseri tanpa cabaran dan rintangan...ujian dan cabaran itulah yang akan mematangkan kita..matang dalam menilai sesuatu, matang dalam berfikir serta bertindak..Ujian dan cabaran juga menjadi asam garam serta rencah dalam kehidupan kita..jadi, tekadkanlah dalam hati bahawa kita mampu untuk melaluinya dengan kesabaran serta keredhaan padaNya...

Insyaallah, esok ana bersama sahabat-sahabat yang lain akan bertolak ke kampung Orang Asli Donglai Baru,Hulu Langat. Harap semua dapat doakan kami dalam menyebarkan mesej Islam kepada mereka.. Mudah-mudahan segala ujian dipermudahkanNya. Wallahu a'alam..

::: Ku Kembali :::



Salam kasih sayang diucapkan kepada semua pengunjung blog mujtahid islam. Apa khabar anda semua? Ana harapkan agar anda semua sihat dan ceria-ceria selalu..hmm..kenapa ana highlightkan tajuk kali ini dengan tajuk ku kembali?? sbnarnya dah lama ana xupdate blog ni disebabkan kesibukan harian yang memaksa ana untuk berehat seketika...alhamdulillah, hari ini ana telah kembali dan berkesempatan untuk menceritakan serba sedikit apa yang telah berlaku sepanjang beberapa minggu yang lalu.


20hb Januari 2010




Alhamdulillah, pada hari itu ana telah menemubual Dato' Naib Canselor USIM, Prof. Dato' Muhammad Muda di konti Radio USIM. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, ini adalah kali kedua ana menemubual Dato'. Kali pertama ketika beliau masih menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Penyelidikan USIM. Gementar?? ada sikit, tapi bila mengingatkan personaliti Dato' yang sentiasa ceria dan ramah itu membuatkan ana yakin untuk menjalankan tugas sebagai DJ dengan baik. Sebaik sahaja Dato' tiba di konti Radio, ana bersama rakan setugas memulakan bicara. Alhamdulillah, sepanjang temubual eksklusif kami bersama Dato' VC, banyak input yang ana perolehi. Pelbagai pendekatan serta agenda perubahan dikongsikan bersama pendengar-pendengar USIM. Antaranya ialah Key Result Area yang mana ianya menekankan kejayaan hasil serta produk di bidang yang tertentu. Selain itu juga, Dato' VC menggalakkan para mahasiswa USIM supaya memupuk pemikiran yang matang. Ini kerana dengan pemikiran yang matang, ia akan menghasilkan tindakan serta pelaksanaan yang berkesan. Jadi, mahasiswa perlu berubah dan berusaha untuk berganding bahu dalam memajukan universiti.

Temubual eksklusif kami berakhir selepas 30 minit ke udara. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Prof. Dato' Muhammad Muda, Naib Canselor USIM. Tidak dilupakan kepada para pendengar Radio USIM yang setia. Mudah-mudahan segala amalan kita diredhaiNya. Wallahu A'alam.


::: Teguhkan Iltizammu :::




Assalammualaikum dan salam sejahtera buat kalian..lama sangat ana xupdate blog.maafkan ana kerana sudah lama x update disebabkan tanggungjawab yang semakin menggunung di bahu ini..Alhamdulillah, hari ini ana berkesempatan untuk mengadap laptop kesayangan ini.


13hb Januari 2010

Alhamdulillah, hari itu ana bersama dengan sahabat seperjuangan Grup Penjejak Muda Tamadun Dunia (GPTD) - Umawi telah bertemu dengan koordinator program kami yang juga Setiausaha Agung ABIM Negeri Sembilan, Abg Kamarul Ariffin. Alhamdulillah, sepanjang pertemuan kami beliau telah berkongsi pengalaman serta buah fikiran dalam melakukan kajian tamadun di negara luar. Antara destinasi yang telah dijejaki diantaranya ialah Pulau Krismas, Pulau Cocos di Australia serta Mekah bagi kajian perkampungan melayu di sana. Pertemuan selama hampir 3 jam memberikan input yang cukup berguna kepada kami dalam melaksanakan kajian Tamadun Warisan Umar Abdul Aziz.

Sebaik sahaja kami ingin pulang, kami singgah di Pustaka Media Al-Azhar dan dengan keizinan Allah kami bertemu Pengarang Kamus Miftah yang cukup popular, Ustaz Khairi. Beliau cukup peramah dan sepanjang pertemuan kami, hanya bahasa arab menjadi bahasa utama kami..(^_^)..kami dipelawa untuk ke rumah beliau dan kami bersetuju. Ana cukup gembira dengan keluarga Ustaz Khairi. Anak-anak beliau sudah mula menghafaz Al-Quran sedari umur 3 tahun lagi. Selepas solat Maghrib, kami berbual berkenaan dengan pengalaman dan beliau menawarkan kami ruang perniagaan bersama Al-Azhar Media..Alhamdulillah, hanya itu kalimah yg mampu ana lafazkan..

Insyaallah, kerjasama dengan Al-Azhar Media diharapkan berjaya dan dapat membantu kajian Tamadun Umawi kami..kami berharap dapat menghasilkan buku berkenaan Tamadun Umawi sekembalinya kami pulang dari Syria nanti..Insyaallah..wallahu a'alam.

::: 2010!! Are We Ready ? :::




Assalammualaikum dan salam ukhwah buat sahabat yg dikasihi sekalian..Didoakan agar sume sihat2 belaka dan sentiasa di dalam perlindunganNya..amin..

Pejam celik pejam celik, sedar2 kita sudah berada di tahun baru, 2010 dan pastinya tahun 2009 yg kita telah lalui tidak akan kita temui semula..hanya kenangannya sahaja akan menemani kita..sesetengah orang menafsirkan apabila tibanya tahun baru, segala2nya perlulah baru..azam perlu baru, rumah perlu baru, anak perlu baru, isteri pun perlu baru (ad
a ke??) dan macam2 lagi...sebenarnya bukanlah begitu..tahun baru tidak semestinya baru dari segi material ttp apa yg penting adalah bagaimana kita transformasikan diri kita menjadi seperti 'sesuatu yang baru'..'sesuatu yang baru' ini bermaksud kita membersihkan diri daripada segala kekotoran yang terpalit sepanjang tahun 2009 yg lalu..kita pasti mengetahui bahawa kita banyak melakukan kesilapan hasil daripada kecuaian kita sendiri atau sebaliknya..jadi, bersempena dengan tahun baru ini, sama2 kita bermuhasabah untuk menjadi insan yg baru di sisi Allah..Allah Maha Pengampun atas hamba-hambaNya..barangsiapa yang bertaubat atas kesilapannya dengan sebenar-benar taubat maka dia diibaratkan seperti kain putih yg bersih di sisi Allah...inilah matlamat dan azam yg seharusnya tertanam di dalam diri kita...

Tahun Baru juga perlulah kita jadikan ia sebagai platform untuk kita lebih berjaya...jikalau tahun 2009 merupakan tahun yang kurang berjaya untuk kita, tekadkan dalam hati dan zahirkan dengan amalan bahawa perkara tersebut tidak akan berulang lagi...tahun 2010 ini akan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan dengan syarat transformasi diri perlulah ditingkatkan ke arah yang lebih baik...kukuhkanlah hubungan kita dengan Allah serta hubungan kita dengan hamba-hambaNya...solidariti ummah adalah amat penting dalam memastikan kejayaan umat Islam di dunia ini...Ibnu Khaldun, bapa sosiologi Islam mengatakan bahawa ketamadunan Isl
am akan tercapai sekiranya di kalangan umat Islam mempunyai 'sense of solidarity'..Hindarilah perbalahan kerana golongan yang menyukai perbalahan adalah golongan musyrikin...belajarlah untuk menerima dan tidak menerima..nescaya kita tidak akan berbalah atas urusan yg remeh...

"Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat pula kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku. (Al-Baqarah: 104)

Bersyukurlah...kalimat ini yang perlu ada dalam diri serta diamalkan oleh setiap umat Islam...Syukur atas nikmat Allah yang tidak ternilai harganya...Syukur kerana kita masih lagi diberikan peluang untuk beribadah dan memperbaiki diri dalam meniti dunia yang hanya tempat persinggahan sementara menuju ke syurga..

Allah berfirman : "Turunlah kamu sekalian, sebahagian kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain. Dan kamu mempunyai tempat kediaman dan kesenangan (tempat mencari kehidupan) di muka bumi sampai wakru yang telah ditetapkan" (Al-A'raaf : 24)

Mudah2n kita harapkan agar Tahun Baru Islam dan juga Masihi kali ini menjadi tahun yang terbaik untuk kita semua
..kuatkan azam dan teruskan berjuang kerana perjuangan kita masih belum selesai...mencari keredhaan Ilahi yang hakiki..wallahu a'alam..


::: Perjuangan Masih Panjang :::





30 hb Disember 2009

Hari itu merupakan hari yang agak sibuk untuk ana dan sahabat2 jawatankuasa penaja penubuhan Persatuan Mahasiswa FKP..Insyaallah, tepat pukul 3 petang, kami akan membentangkan segala gerak kerja kami di hadapan Dekan dan Timbalan Dekan FKP..Gerak kerja untuk finalizekan segala tugasan bermula seawal 9 pagi..alhamdulillah dengan berkat usaha teamwork kami, slide show untuk pembentangan berjaya disempurnakan tepat pada waktunya..

Tepat pukul 3 petang kami berkumpul di Bilik Mesyuarat Dekan, FKP..Sedikit mendukacitakan kerana Dekan tidak dapat bersama2 kami atas urusan yg tidak dapat dielakkan. Bagaimanapun, kami bersyukur kerana Dr. Rushdan dan Dr. Radhi dapat bersama kami dalam pembentangan tersebut..Sesi pembentangan berjalan lancar..Walaupun ana sedikit berasa gugup, alhamdulillah ana berjaya membentangkannya sebaik mungkin..Ada sedikit komen dan penambahbaikan terhadap perlembagaan persatuan yg kami rangka.. Selepas agenda pembentangan selesai, kami berbincang tentang perkara berbangkit berkenaan luahan serta pendapat mahasiswa terhadap pengurusan fakulti..

Diskusi seperti ini adalah penting bagi melahirkan kesefahaman serta mutual understanding di antara mahasiswa dan pihak pengurusan fakulti..Insyaallah, segala luahan telah diteliti dan kita sama2 nantikan perubahan serta penambahbaikan dari pihak pengurusan..next step utk jawatankuasa penaja adalah sesi pelantikan bagi Majlis Eksekutif Persatuan Mahasiswa FKP..mudah2n segala apa yg dilakukan mendapat keredhaanNya..amin.

%%TITLE%%


%%CONTENT%%