3 Disember 2011@konvo USIM

~Ibu dan keluarga sentiasa bersamaku susah dan senang~

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan blog ini terbiar akhirnya berpeluang juga tuannya untuk mengintai ke sini..huhu..salam sejahtera buat sahabat-sahabat sume..mohon maaf sebab sudah lama tidak mencoretkan idea dan pengalaman di sini.. 3 Disember 2011, tarikh keramat bagi ana dan zaujah. Alhamdulillah setelah hampir 4 tahun menimba ilmu di USIM, akhirnya segala penat lelah dan pengorbanan terbayar dengan kejayaan di genggaman. Sukar untuk ana gambarkan perasaan ini apabila dipilih oleh pihak universiti untuk merangkul Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang). Anugerah ini merupakan anugerah tertinggi bagi setiap IPTA di Malaysia. Penerima anugerah terlebih dahulu perlu dinilai prestasi Akademik dan kokurikulum mereka. Apabila Senat Universiti sebulat suara bersetuju, barulah akan diumumkan di majlis konvokosyen.

~Zaujah yang menjadi tulang belakang kejayaanku~

Ana gembira bukan hanya kejayaan yang dimiliki bahkan zaujah ana yang selalu memberi sokongan padu juga berjaya dianugerahkan Hadiah Buku Universiti di atas kecemerlangan di dalam bidang akademik. Alhamdulillah..syukur padaMu, Yang Maha Pemberi Rezeki... Sokongan ibu dan keluarga amat dihargai. Ibu sangat tabah membesarkan kami adik-beradik setelah pemergian abah 6 tahun yang lalu. Kejayaan ini ana hadiahkan untuk ibu. Teringat kata-kata ibu padaku.."You make me proud of you"..Mengimbau kembali kata-kata terakhir arwah abah padaku.."Zie, jaga ibu dan adik-adik. Belajar rajin-rajin"..Ku genggam kata-kata ini sehingga berjaya membuktikan pada orang sekelilingku, "I can do it"..


Buat mak dan abah, terimalah kejayaan ini sebagai hadiah untuk kepercayaan mereka padaku. Menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami di usia muda bukanlah penghalang untuk ana berjaya. Terusik hatiku pabila emak mengingatkanku.."Syukur dapat 4flat dalam pelajaran, harapnya 4flat jugalah sebagai seorang ketua keluarga" walaupun nadanya bersahaja, namun ia menyimpan makna sangat mendalam padaku.

~Reaksi ketika menyampaikan ucapan wakil graduan~

Mohd Shahrul Faizie...Bulan kejayaanku...nama yang cantik membawa maksud yang baik. Ana tidak mahu terus dibuai dengan kejayaan. hidup ini umpama roda. Tidak mustahil satu hari nanti kita berada di bawah. "keep on moving" bak kata mat salleh..teruskan maju ke hadapan. banyak cabaran baru menanti kita di hadapan. Apa yang penting...teruskan usaha dan tawakal padaNya...Insyaallah kita mampu berjaya. wallahu 'alam. (^_^)
READ MORE - 3 Disember 2011@konvo USIM

:: Mencari Lailatul Qadr ::


Pernah tak kita terfikir, apabila menjelang saja 10 malam terakhir Ramadhan, umat Islam mula berpecah kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan akan menambahkan lagi amal ibadat mereka dengan ibadah solat sunat tarawih, qiyamullail, dan iktikaf di masjid. Sebaliknya berbeza dengan satu lagi kumpulan. Semakin Ramadhan ke penghujungnya, semakin rancak memenuhi keinginan duniawi mereka dengan mengunjungi pusat membeli belah, menghias rumah, membuat kuih raya dan macam-macam lagi. Inilah realitinya yang sebenar.

Firman Allah swt bermaksud, “Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera) malam tersebut hingga naik fajar” (Al-Qadr)..

Di dalam ayat di atas, jelas Allah menerangkan tentang malam yang menjadi kecintaan para sahabat nabi s.a.w dan para salafus soleh. Keyakinan mereka terhadap apa yang dijanjikan Allah tidak pernah luntur. Berbeza dengan kita pada zaman moden ini. Kita membaca Al-Quran tetapi barangkali tiada penghayatan. Perkara inilah yang menyebabkan kita tidak merasai kehebatan Lailatul Qadr. Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan(83 tahun). Namun, ada diantara kita masih tidak menyedarinya.

Masihkah ada peluang untuk mengecapi nikmat lailatul qadr? Jawapannya ya. Ada beberapa malam lagi untuk kita manfaatkan demi mendapatkan keberkatan lailatul qadr. Gunakan masa, kudrat dan segala apa yang dikurniakan Allah untuk kita mendapatkannya.


READ MORE - :: Mencari Lailatul Qadr ::

:::Ahlan Ya Ramadhan!:::




Ramadhan datang lagi! Namun apa yang terlintas di fikiran sesetengah umat Islam ialah keluhan kerana tidak dapat makan dan minum di siang hari...apatah lagi pada perokok tegar...ramadhan merupakan waktu yang ingin dijauhi...namun pernahkah kita menghayati apa yang terkandung di dalam surah Al-Baqarah ayat 183: "Wahai-wahai orang yang beriman, telah difardhukan ke atas kamu akan kewajipan puasa seperti yang telah difardhukan ke atas umat-umat yang terdahulu. Mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa".

Ahlan ya Ramadhan. Selamat datang wahai penghulu segala bulan. Kita seharusnya bersyukur kerana masih berpeluang untuk bertemu dengan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan. Jika diimbau kembali, sifat para sahabat dan salafus soleh ketika menanti kehadiran Ramadhan amat mengagumkan. Mereka sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan untuk bersama Ramadhan. Mereka menangis kebimbangan sekiranya tidak dapat menikmati kemuliaan Ramadhan..Tetapi, bagaimana dengan diri kita?? Sama-sama kita muhasabah.

Ramadhan seharusnya disambut dengan penuh gembira. Setahun sekali kita bertemu dengannya. Allah menjanjikan pelbagai kelebihan di bulan Ramadhan. Di bulan Ramadhan inilah diturunkannya Al-quran. Bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadr. Banyak lagi kemuliaan dan kelebihan yang telah dikurniakan Allah sepanjang bulan Ramadhan. Justeru, kita sebagai hambaNya, bersamalah merebut kelebihan-kelebihan tersebut agar kelak di penghujung ramadhan, kita tergolong dalam golongan hamba-hambaNya yang bertaqwa.


READ MORE - :::Ahlan Ya Ramadhan!:::

..:: Khabar Gembira ::..


Jam menunjukkan tepat 1 tengahari. Pandanganku beralih kepada laptop yang sejak tadi dibiarkan terbuka. Terdetik untuk mengetahui resultku bagi semester lalu. Biarpun hanya subjek tesis sahaja yang kuambil namun hati ini ingin mengetahui keputusan keseluruhan yang bakal kuperolehi. Laman portal e-wadi usim segera ku buka. Alhamdulillah, syukur padamu Ya Allah seraya sujud syukur mengiringi perasaanku ketika itu. Aku berjaya mengekalkan keputusan terbaik untuk semester ini. Aku tahu bahawa semester ini merupakan penentu keputusan untuk 4 tahun aku belajar di sini.

Terlintas di fikiranku untuk mengetahui bilakah majlis konvokesyen akan diadakan. Lantas, ku membuka akaun facebook untuk mengetahui apa2 berkaitan dengan konvo. Alhamdulillah, di situ aku perolehi maklumat di mana 3 Disember ini aku akan selamat berkonvo dengan rakan-rakan seperjuangan. Ada juga rakan-rakan yang menyatakan aku bakal menerima Anugerah Pingat Emas Diraja. Hmm..aku terdiam sejenak. Adakah aku layak untuk menerimanya?...yang pasti aku serahkan segala urusan kepadaNya...Aku yakin, setiap manusia itu sudah ditetapkan rezekinya..cuma kita perlu berusaha dan bertawakal padaNya...


Aku lupakan dahulu tentang konvo. Masih ada banyak yang perlu aku lakukan. Bergelar seorang suami menjadikan diri ini semakin matang dalam kehidupan berumahtangga. Lebih-lebih lagi, aku dan zaujah bakal menerima ahli baru dalam keluarga kami. Alhamdulillah, mengikut perkiraan Dr. due date baby kami pada 25 Disember ini. Syukur padamu Ya Allah..Semoga segala urusan kami dipermudahkanNya..Ameen.
READ MORE - ..:: Khabar Gembira ::..

..:: Transformasi Al-Hijrah ::..



Assalammualaikum semua..pokpok Kef halukum? Harap semua sentiasa sihat. Hmm..dah lama sangat tak mencoret apa-apa di blog ni. Kenapa ye..? wallahua'alam..Anyway, hari ni tergerak untuk mencoret sesuatu di blog kesayangan.. love Dah hampir 2 bulan ana berpraktikal + bekerja di TV Alhijrah, sebuah channel TV Islamik terbaru. Alhamdulillah, kerja di sini sangat enjoy walaupun burden kerja agak heavy. Tapi, itulah lumrah bekerja. Sebab itu sesetengah sahabat ana yang dah bekerja terlebih dahulu daripada ana merindui waktu perkuliahan mereka di universiti@kolej. Hmm..kadang-kadang ana juga begitu. Rindu suasana persekitaran usim. Lecture, tutorial, assignment, presentation dan macam-macam lagi lah.

Namun, suatu yang cukup bernilai ana perolehi di sini ialah pengalaman dan ilmu.peluk Pengalaman membuat skrip dan menjadi pengacara. Sesuatu perkara yang tidak pernah ana lakukan sebelum ni. Alhamdulillah, syukur padaNya yang telah membuka peluang dan jalan ke arah memartabatkan Islam di mata masyarakat luar. Sekarang ni, ana dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan segmen "Tazkirah Jalanan" dan Misteri Alam Melayu. Kelmarin baru selesai shooting di Dataran Nilai bagi edisi Rabi'ul Awwal. Insyaallah, next week untuk edisi Rabi'ul Akhir. Next week merupakan minggu yang agak heavy. Kendalikan 2 rancangan dalam dua masa. Tazkirah Jalanan dan Misteri Alam Melayu.

Ahir kalam, semoga segala yang dilakukan mendapat keberkatan dariNya. Ameen.senyum
READ MORE - ..:: Transformasi Al-Hijrah ::..

..:: BBM di Pontianak ::..



5-8 Oktober 2010

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat sahabat semua. Maaf sebab dh lama xupdate blog disebabkan jadual yang cukup pack selain keterbatasan internet di Pontianak. Alhamdulilah, diberikan kesempatan untuk mencoretkan sesuatu berkenaan program BBM seterusnya. Pada 5-8 Oktober, delegasi BBM telah berkampung di Grand Mahkota Hotel, Pontianak. Hari pertama kami dimulai dengan Majlis Perasmian Program oleh Pengurusan Tertinggi Indonesia. Selepas itu, kami disajikan dengan diskursus bertajuk "Persaudaraan Negara-Negara Melayu Nusantara : Tinjauan Historis dan Prospeknya". Pada sebelah petang pula, kami melawat Tugu Khatulistiwa yang terletak di pinggir bandar Pontianak. Aktiviti sebelah malam pula ialah ice-breaking. Alhamdulillah, kesemua delegasi menjadi semakin rapat dan mesra selepas sesi ice-breaking tersebut.

Delegasi Malaysia

Adik-adik di Madrasah Al-Ikhsan, Pontianak

Hari kedua pula kami semua menaburkan keringat dan bakti di Madrasah Thanawiyah Ihsan, Pontianak. Madrasah ini merupakan madrasah swasta yang bergerak secara indipendant tanpa mendapat bantuan daripada kerajaan. Keadaan madrasah kelihatan sederhana dan sedikit usang tanpa kemudahan yang canggih. Apa yang menyentuh hati ana adalah semangat yang ditunjukkan oleh tenaga pengajar serta pelajar-pelajarnya dalam menyebarkan serta menuntut ilmu Allah. Usai mengecat dinding bangunan madrasah, kami mengadakan sedikit pengisian motivasi. Ana diminta menutup program tersebut dengan memberikan tazkirah kepada adik-adik di sana. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Keesokan harinya, kami bersiap untuk pulang ke Kuching setelah misi da'wah di Pontianak selesai. Mudah-mudahan perjalanan kami selamat dan dipeliharaNya...ameen.
babaibabai
READ MORE - ..:: BBM di Pontianak ::..