::: Let's Begin!! :::




Assalammualaikum dan salam ukhwah buat sahabat semua..didoakan agar sentiasa dalam payungan rahmatNya...alhamdulilah, hari ini sudah 3 hari sesi perkuliahan bagi semester 6 bermula..sedar tak sedar, sudah 5 semester meninggalkan ana dan 2 semester lagi yang perlu ditempuhi..sebenarnya, bukanlah menjadi persoalan berkenaan berapa semester@tahun yang kita telah tempuhi, tetapi perkara yg perlu kita fikirkan bersama adalah adakah kita telah berjaya mengutip mutiara ilmu Allah sepanjang tempoh tersebut..adakah permukiman kita di USIM ini telah berjaya menjana suatu transformasi diri kepada yg lebih baik..mari kita fikirkan bersama..

Semester kali ini kelihatan agak mencabar dpd sem2 yg lalu...sudah tentu juga ujian dan cabarannya berbeza...apa yg perlu ana lakukan adalah jadikan cabaran ini sebagai pemangkin untuk kita lebih berjaya..hampir 3tahun ana berada di USIM dan sebelum itu 3 tahun juga berada di UDM-KUSZA...pelbagai cabaran dan halangan telah ana tempuhi...adakalanya ana gagal dan begitu juga sebaliknya...ujian dan cabaran inilah yg membuatkan kita lebih matang...matang dalam berfikir, matang dalam membuat keputusan, matang dalam menentukan prioriti sesuatu perkara dan sebagainya...

Ana yakin semester 6 menjanjikan cabaran yg berbeza dari sebelumnya...Alhamdulillah, dengan semangat dan azam tahun baru, mudah2n semester ini lebih baik daripada semester lepas serta menjadi platform terbaik untuk ana dan sahabat2 menuntut serta mengamalkan ilmu Allah ini...sama2 kita doakan apa yang terbaik untuk kita...wallahu a'alam..(^_^)...

::: Pareto's Principle :::





How the 80/20 rule can help you be more effective.

In 1906, Italian economist Vilfredo Pareto created a mathematical formula to describe an unequal distribution of wealth in his country, observing that twenty percent owned the eighty percent of the wealth. In the late 1940s, Dr. Joseph M. Juran inaccurately attributed the 80/20 rule to Pareto, calling it Pareto's Principle. While it may be misnamed, Pareto's Principle or Pareto's Law as it is sometimes called can be a very effective tool to help you manage effectively.

Where it come from?

After Pareto made his observation and created his formula, many others observed similar phenomena in their own areas of expertise. Quality management pioneer, Dr. Joseph Juran working in US in the 1930s and 40s recognized a universal principle he called the "vital few and trival many" and reduced it to writing. In an early work, a lack of precision in Juran's part made it appear that he was applying Pareto's observation about an economic to a broader body of work. The name Pareto's Principle stuck, probably because it sounded better than Juran's Principle.

As a result, Dr. Juran's observation of the 'vital few and trivia many', the principle that 20 percent of somethings always are responsible for 80 percent of the results, became known as a Pareto's Principle or the 80/20 Rule.

What it means

The 80/20 Rule means that in anything a few (20 percent) are vital and many (80 percent) are trivial. In Pareto's case, it meant 20 percent of the people owned 80 percent of the wealth. In Juran's initial work, he identified 20 percent of the defects causing 80 percent of the problems. Project Managers know that 20 percent of the work (the first percent 10 percent and the last 10 percent) consume 80 percent of your time and resources. You can apply the 80/20 Rule to almost anything, from the science of management to the physical world.

Let's imagine, you knows 20 percent of your stock takes up 80 percent of your warehouse space and that 80 percent of your stock comes from 20 percent of your suppliers. Also 80 percent of your sales will come from 20 percent of your sale staff.20 percent of your staff will cause 80 percent of your problems, but another 20 percent of your staff will provide 80 percent of your production. It works both ways.

How it can help you

The value of the Pareto Principle for a manager is that it reminds you to focus on the 20 percent that matters. Of the things you do during your day, only 20 percent really matter. Those 20 percents produce 80 percent of your results. Identify and focus on those things. When the fire drills of the day begin to sap your time, remind yourself of the 20 percent you need to focus on. If something in the schedule has to slip, if something isn't going to get done, make sure it's not part of that 20 percent.

There is a management theory floating around the moment that proposes to interpret Pareto's Principle in such a way as to produce what is called Superstar Management. The theory's supporters claim that since 20 percent of your people produce 80 percent of your results you should focus your limited time in managing only that 20 percents, the superstars. The theory is flawed, as we are discussing here because it overlooks the fact that 80 percent of your time should be spent doing what is really important. Helping the good become better is a better use of your time than helping the great become terrific. Apply the Pareto Principle to all you do, but use it wisely.

Manage this Issue

Pareto's Principle, the 80/20 Rule should serve as a daily reminder to focus 80 percent of your time and energy on the 20 percent of your work that is really important. Don't just 'work smart', work smart on the right things.

::: Keep on Moving :::





"Shah, blh tlg checkkan result ana? Jom kt check sama-sama...ana xtau berapa result ana" pinta sahabat baikku..sahabat yg sentiasa bersamaku tika ku susah dan senang.."Insyaallah, jom sama2 kt tgk..nanti enta kena belanja ana tau.." gurauku. Tatkala jari ini menekan tetikus dan membuka ewadi, riak wajah sahabat ana jelas menampakkan kekecewaan. "Alhamdulillah"..tapi kenapa ana dapat sikit sgt? ana xsangka akan dapat seperti ini. sekurang2nya DL pun dah cukup..hmm.." keluhnya..Ana cuba menenangkan beliau dengan kata-kata semangat sambil berdoa pada Allah agar memberikan kekuatan padanya...Ya Allah, berikanlah kekuatanMu kepada kami yg lemah ini...

........usai mengerjakan solat isya', handsetku berbunyi dan kelihatan di paparan seorang lagi sahabat akrabku.."Hello, assalammulaikum..kaif hal ya akhi?" tegurku. "waalaikumsalam, ana bikhair, alhmdulillah..akhi, ana khazin al an..my result is so bad.." luahnya dengan nada sedikit kecewa. "Akhi, la tahzan..insyaallah.Innallaha ma'ana..wenak al an?..balasku cuba untuk memujuknya.."ana fi qitar al an..insyaallah,esok pg bru sampai.kt jupe esok ye..syukran ya akhi.." balasnya dengan nada kesedihan. "Insyaallah ya akhi kareem..fi amanillah.." ku menutup bicara..

........keesokan pagi, ana menjemputnya dan kami bersembang di As-Salam..banyak perkara yang kami bincangkan..ana lihat kesedihan masih lagi menyelubunginya..hanya kata2 semngat yang mampu ana berikan padanya...

Kita mengetahui bahawa hidup di dunia ini adalah persinggahan untuk menuju syurga Allah..kerana itulah Allah menguji hamba-hambaNya. bermacam2 ujian yg Allah timpakan kepada kita..di dalam firmanNya juga, Allah tidak akan membebani hambaNya melainkan dengan kemampuannya hambaNya itu..jadi, jelas bahawa setiap ujian yang kita lalui, kita mampu untuk menghadapinya...jangan pernah berputus asa kerana sifat itu akan menjadikan kita seolah-olah tidak bersyukur terhadap apa yg telah Allah berikan kepada kita..di dalam KitabNya, Allah juga berfirman kepada hambaNya bermaksud janganlah kita mengaku bahawa kita beriman sedangkan kita tidak diuji..ini jelas menunjukkan bahawa setiap ujian itu adalah indikator bagi seseorang Muslim menentukan tahap keimanannya..

Setiap insan pasti akan merasai kegagalan. Ana juga tidak ketinggalan untuk merasainya. sewaktu di pengajian diploma, ana pernah mendapat keputusan yg cemerlang tetapi semester yg berikutnya, result ana menjunam jatuh..ketika itu, hanya Allah yg mengetahui apa yg ana rasakan..Ana cuba untuk positifkan diri...we have to keep on moving..kegagalan jadikan sebagai pengajaran..cuba perbaiki diri..Hidup ini seperti roda. Adakalanya kita berada di atas dan adakalanya kita berada di bawah. Persiapkanlah diri kita untuk menghadapi saat2 kita di bawah agar kita tidak terlalu kecewa. Apabila kita terlalu kecewa, tidak mustahil kita akan menyalahkan takdir dan lebih buruk lagi jika kita menyalahkan Allah!! Nauzubillah..sama2 kita muhasabah diri kita...

Ana tertarik dengan lirik yg didendangkan oleh sebuah kumpulan nasyid tanah air yang berbunyi :

Usah Berputus Asa
Kerana Ada Rahmat di Sebaliknya

Dalam Hidup Ini

Teruslah Berdoa Pada Allah

Pengasih Pemurah dan Penyayang


Don't give up...It is a keyword to success..Menjelang tahun baru kali ini, semaikan azam dan semangat yang baru selain berusaha untuk penuhi azam yang masih belum tercapai..dalam diri kita semua terdapat kekuatan yang tersembunyi...carilah ia dan keluarkannya, nescaya kita akan berjaya..kepada sahabt2 sekalian, kuatkanlah diri, betulkanlah niat dalam mencari ilmu demi mendapat keredhanNya...wallahu a'alam..

::: Syukur PadaMu :::





23hb Disember 2009

Hari ini seperti biasa, ana akan ke ofis bagi menyelesaikan tugasan yg diamanahkan oleh Ustaz Radhi..Penubuhan Persatuan Mahasiswa FKP..agak mencabar juga tugasan yg diamanahkan ini..tp alhamdulillah dengan bantuan daripada Ustaz dan pensyarah yg lain, ringan sedikit bahu ini menggalas tanggungjawab yg diberikan..

Petang itu hati ana terdetik untuk menatap laptop kesayangan dan tergerak juga untuk membuka laman web yg bisa membuatkan ana gembira @ sebaliknya...itulah ewadi...my result...sedang berkira2 utk melayarinya atau tidak, dapat mesej dr sahabat ana, sudin..mesejnya berbunyi, "salam..nta dah tgk result?..cmne?..mesti 4 lg kan?...ana ok je mcm dulu juga..alhamdulillah..cuba la tengok nta punya.." ditemani dengan keredhaan atas apa jua yg bakal ana perolehi, ana gagahkan juga untuk buka ewadi..."Alhamdulillah"..kalimat pertama yg keluar dri bibirku seraya sujud syukur mengiringinya..."Terima kasih Ya Allah atas kurniaanMu...Mudah-mudahan nikmatMu ini akan menjadikan diri ku hamba yg bersyukur..."

Alhamdulillah, ana berjaya mengekalkan apa yg telah ana perolehi pada semester lalu..ana tidak pernah menjangka ana mampu utk perolehinya sekali lagi...tetapi, ana yakin bahawa kejayaan pasti akan hadir dengan usaha yg gigih diiringi hubungan yg utuh antara kita dan Pencipta semesta Alam...kini, ana mampu buktikan..kita semua mampu melakukannya...

Ibu, terimalah hadiah kejayaanku ini...daku bersyukur kerana mampu menggembirakanmu...Abah, walaupun dikau tiada di sisiku, daku sentiasa mendoakanmu dan ku tahu betapa gembiranya dikau dengan kejayaanku ini...semoga kita dapat bertemu di sana nanti...kepada para pensyarah, terima kasih atas segala ilmumu..mudah2n daku dapat mengamalkan ilmumu ini dgn baik..kpd sahabat setiaku, terima kasih kerana tidak pernah jemu mendoakan kejayaanku..(^_^)...kpd shbt2 sume, thnkz a lot...ana uhibbukum fillah...teruskan usaha dalam mencari keredhaan Allah...bittaufiq wannajah..wallahu a'alam..

::: 2nd International Muslim Unity Convention :::



15-16 Disember 2009

Assalammualaikum buat sahabat sekalian..maaf sbb dh lama xposting..blog ana under construction skjap..tu yg lama xpost..post kali ni ttg pengalaman ana menhadiri 2nd International Muslim Unity Convention bertempat di PWTC...Alhamdulillah, USIM menghantar 10 wakil untuk konvensyen ini..Konvensyen kali ini berjaya menghimpunkan ulama-ulama terkenal dari pelusuk dunia seperti Syeikh Salman al-Oudah, Syeikh Abdullah al-Bayyah, Syeikh Al-Yaqoubi dan ramai lagi...Perbincangan untuk konvensyen kali ini berteraskan konsep perpaduan dan hubungannya terhadap kehidupan muslim...Ucaptama yang disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad amat mengkagumkan hadirin yang hadir. Semangat dan keyakinan dalam membina perpaduan di kalangan umat Islam yang ditunjukkan oleh Tun amat memberi kesan kepada kami...

- USIM's Delegate -

- Syeikh Darwish from Egypt and Syeikh Ghumari from Morocco-



Syeikh Muhammad Abul Huda Al-Yaqoubi
Demascus, Syria

Imam Sayyid Hassan Al-Qazwini
Senior Scholar Shia' from Iraq/USA



Syeikh Salman Al-Oudah
Founder of Islam Today Network & Islamic Scolar
from Saudi Arabia

Syeikh Ahmad Hussin Darwish
Hadith Scholar from Egypt




Perbincangan diteruskan dengan pembentangan oleh Shuyukh yang hadir...Alhamdulillah, banyak yang kami perolehi daripada konvensyen ini...Antara situasi yang menarik perhatian ana dan peserta lain adalah di mana SyeikhQazwini iaitu Ulama terkenal berfahaman Syiah duduk bersama-sama Syeikh Al-Oudah berfahaman Sunni dengan satu matlamat iaitu Perpaduan dan Muslim Ummah. Walaupun mereka berlainan fahaman, atas kalimah La ila haillallah, semua perbezaan fahaman diketepikan. Apa yang ana boleh kongsikan pada sahabat semua, dalam membina perpaduan haruslah belajar untuk menerima perbezaan...Learn to agree and disagree...Alhamdulillah, secara keseluruhan program ini amat bermanfaat kepada kami yang hadir...mudah2n segala apa yg diperolehi dapat dikongsi bersama...

p/s: Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ulama yang hadir sila lawati muslim unity.

::: New Challenges :::



Assalammualaikum dan salam ceria buat sahabat seperjuangan..=) atamanna lakum naharan sa'idan..alhmdulillah, hari ni ana berkesempatan utk mencoretkan sesuatu di blog ini setelah sekian lama meninggalkannya...insyaallah, 2 minggu lagi sesi perkuliahan bagi student USIM bermula..segala preparation untuk menghadapinya telah sedaya upaya ana usahakan...kenapa ana update blog ni dgn tajuk new challenges?? hmm...sebenarnya ana baru sahaja memperolehi senarai subjek yang akan ditempuhi untuk sesi yg akan dtg ni...tidak seperti sesetengah universiti yang mana student mereka dibenarkan untuk memilih serta menyusun subjek, kelas serta pensyarah yang mereka rasakan selesa untuk semester itu...di USIM, segala2nya telah diatur serta disusun oleh bahagian akademik...jadi xhairanlah sekiranya ada sesetengah fakulti yg mengambil sebanyak 25 -27 jam kredit untuk satu semester...huhu...mcm ne agknya ye...


Ana juz nak kongsi info yg baru diperolehi ini dengan shbt2 ana yg lain...insyaallah, mudah2n kt lebih bersedia dan familiar dengan subjek2 ni...:

1) Research Methodology (3 hours)
Lecture : Part-Time Lecturer
Tutorial : Miss Kalsom Ali, Madam Khatijah Othman

2) Principle of Management (3 hours)
Lecture : Madam Khatijah Othman
Tutorial : Miss Kalsom

3) Human Development (3 hours)
Lecture : Madam Khatijah Othman
Tutorial : Miss Kalsom Ali

4) Al-Milal wa Al-Nihal (3 hours)
Lecture : Prof. Madya Syamsul Bahri Andi Galigo
Tutorial : "

5) Firaq Islamiyyah (3 hours)
Lecture : Dr. Kamaluddin Nurdin Marjuni
Tutorial : "

6) Creative Thinking and Problem Solving (2 hours)

7) Asas-asas Kaunseling (3 hours)
Lecture : Madam Salhah
Tutorial : Dr. Sapora

8) Pengajian Halaqah (2 hours)

Alhamdulillah, diharapkan dengan senarai subjek ini akan membuatkan kita lebih bersemangat dan bersedia menempuhinya...Allahumma yassir wa la tuassir...wallahu a'alam.

.

.::An American Millionaire Who Was Also Michael Jackson’s Lawyer Becomes Muslim::.




An American millionaire, Mark Shaffer declared his Islam in Saudi Arabia on Saturday, 17th October 2009. Mark was at that time on a holiday in Sausi Arabia to visit some famous cities like Riyadh , Abha and Jeddah for 10 days.
Mark is a well-known millionaire and also a practiced lawyer in Los Angeles , specializing in cases of civil laws. The last big case he handled was the case of the famous American pop singer, Michael Jackson
, a week before he passed away.

A tourist guide who accompanied Mark for 10 days in Saudi Arabia , Dhawi Ben Nashir told: Since he set foot for the first time in Saudi Arabia , Mark already started to ask question about Islam and Solat. As soon as he arrived in Saudi, Mark stayed in Riyadh for two days. While in Riyadh , Mark was very interested in Islam. After moving to Najran, we went to Abha and Al-Ula. There, his fascination on Islam grew more obvious, especially the time when we ventured out into the desert. Mark was amazed to see three Saudi youths who were in our group in Al-Ula, performing solat in the expanse of the very wide desert. A very fantastic panorama indeed.
After two days in Al-Ula, we went to Al-Juf. As soon as we arrived in Al-Juf, Mark asked if I could get him some books on Islam. I then obtained some books on Islam for him. Mark read all those books. The next morning, he asked me to teach him how to perform solat. I then taught him how to pray and take wudhu (ablution). Then, he joined me and performed solat beside me..

After solat, Mark told me that he felt peace in his soul. On Thursday afternoon, we left Al-Ula heading for Jeddah. He looked very serious throughout the journey reading those books about Islam. On Friday morning, we visited the old town of Jeddah . Before the time for the Friday prayer approached, we went back to the hotel and I excused myself to go for the Friday prayer. Then, Mark told me: I would like to join you for the Friday prayer so that I can witness myself how the Friday prayer is like. So I answered: welcome…

We then went to a masjid which was not far from the hotel where we stayed in Jeddah. Since we were quite late, I and many other jamaah had to pray outside, as the number of jamaah was overflowing. I could see Mark observing the jamaah, especially after the Friday prayer was completed, when everybody was shaking hands and embracing each other with radiant and happy faces. Mark was very impressed with what he saw.

When we return to the hotel, Mark suddenly told me that he wanted to become a Muslim. So I said to him: Please have a shower
first. After Mark took the shower, I guided him in saying the kalimah of shahadah (declaration of faith) and then he prayed two rakaah. Later on, Mark expressed his desire to visit the Masjidil Haram in Makkah and perform solat there before leaving Saudi Arabia .

In order to fulfill his wish, we went to the Da’wah and Irshad office in the area of Al-Hamro’, Jeddah, to obtain a formal proof of his conversion to Islam, so that he would be allowed to enter the city of Makkah and Masjidil Haram. Then, Mark was given a temporary certificate of his conversion to Islam. As a number of group members who participated in Mark’s visit to Saudi Arabia had to go back to America on Saturday afternoon, Al-Ham
dulillah, Ustadz Muhammad Turkistani was willing to send Mark to the Holy Land of Makkah that same morning.

Regarding Mark’s visit to Masjidil Haram, Ustadz Muhammad Turkistani narrated: After Mark obtained his temporary certificate, we straight away departed heading for the noble Masjidil Haram. When he witnessed the Masjidil Haram, he face looked radiant and it emanated an extraordinary happiness. When we entered the Masjidil Haram and witnessed the Ka’bah for ourselves, his happiness increased. By Allah, I could not express that scene with words. After performing the tawaf around the noble Ka’bah, we performed the sunnah solat and went out of Masjidil Haram. I could see Mark very reluctantly wanting to leave Masjidil Haram.

After Mark declared his Islamic faith, he had the chance to express his happiness in Al-Riyadh Newspaper saying: I could not express my feeling at this time but I am being reborn and my life has just started… then he added: I am very happy. This happiness that I am feeling could not be expressed in words especially when I visited the Masjidil Haram and noble Ka’bah.

Regarding his next step after his conversion to Islam, Mark explained: I will learn more about Islam, I will delve deeper into this religion of Allah (Islam) and come back to Saudi Arabia to perform theHajj.

As to what impelled him into converting to Islam, Mark explained: I have already had information about Islam, but it was very limited. When I visited Saudi Arabia and personally witnessed the Muslims there, and saw how they performed the solat, I felt a very strong drive to know more about Islam. When I read true information about Islam, I became confident that Islam is a religion of haq (truth).

Sunday morning, 18th October 2009, Mark left the Airport of King Abdul Aziz Jeddah heading for America . When filling in the immigration form before leaving Jeddah, Mark wrote ISLAM as his religion.

p/s : This article was taken from:
http://prisonerofjoy.blogspot.com/2009/11/american-millionaire-who-was-also.html

.:YTAR Camp:.





Assalammualaikum dan salam ukhwah buat sahabat2 sekalian...apa khabar anda semua? ana harapkan semoga dalam keadaan sihat dan ceria selalu...maafkan ana sbb dah lama x update blog ni...alhamdulillah, hari ni diberikan kesempatan untuk update...

20-23hb November 2009

YTAR Camp kali ni diadakan di Residence Hotel, Uniten..ana bersama dengan seorang junior serta sahabat dari UKM bertolak dari USIM seawal pukul 3petang dan kami ke sana dengan menaiki komuter..hari itu, ramai sangat orang di KTM..msg2 berebut nak masuk dlm tren walaupun dah macam sardin dibuatnya...itulah manusia...huhu..:-)

Sampai saja di Residence Hotel, kami terus check-in dan berehat di bilik masing2..alhamdulillah, selesa sgt bla dapat berehat dan melelapkan mata buat seketika...aktiviti pertama kami bermula seawal pukul 9 malam bertempat di dewan COIT, uniten..Aktiviti kami dimulakan dengan slot ice breaking di mana slot ni merupakan slot wajib bagi memulakan aktiviti di setiap YTAR Camp..very interesting sbb melalui slot ni, ana dapat mengenali senior dan junior2 dgn lebih rapat lg..alhamdulillh..

- Group Discussion -

-Fully Attention-

Slot open discussion pula menyusul selepas itu..kami diminta untuk memberikan buah fikiran bagi apa yang telah kami baca di bawah tajuk Rundingan Baling. Untuk pengetahuan sahabat2, rundingan Baling @ Baling Talk diadakan bagi menyelesaikan kemelut ancaman komunis pada ketika itu..rundingan ini diketuai oleh Tunku Abdul Rahman dan di pihak Komunis diketuai oleh Chin Peng..Antara kandungan yg dibincangkan dalam rundingan ini adalah pengampunan kepada komunis dengan syarat komunis perlu meletakkan senjata dan menyerah kalah..tetapi Chin Peng hanya mahu menyerah kalah dengan syarat Pari Komunis diiktiraf oleh kerajaan..TAR tidak bersetuju dan rundingan Baling gagal dalam mencapai kata sepakat..Aktiviti kami pada malam itu tamat pada pukul 11 malam..tapi ana dan shbt2 yg lain tidak dapat tidur lagi kerana kami merupakan jawatankuasa penaja bagi penubuhan YTAR Alumni..malam itu jg kami merangka perlembagaan bagi pertubuhan Alumni YTAR...pkul 4 pagi baru dpt lena...huhu letihnya..;~p

-Dinner with my frenz-

-Sahabat ana yg tangkap gambar ni pun dah ngantuk, tu yg blur je..:-)
- Meeting ajk penaja Alumni YTAR -


Keesokn harinya, seawal pukul 6.30 pg kami berjoging mengelilingi uniten..jauh jg..tapi seronok sbb cuaca pagi itu begitu indah...rasa segar badan ni...alhmdlh..usai sarapan, aktiviti kami sepanjang hari itu adalah group discussion..honestly, mmg berat sangat mata ni..maklumlah, xcukup tdr mlm semalam...kami diminta utk bincangkan tajuk2 yg diberi..tajuk2 yg diberi adalah National Unity, Malay Culture, First Development Plan dan National Constitution..mgkn shbt2 blh bygkan betapa berat tajuk yg diberi...nway, alhmdlh ana dpt berikan yg terbaik sepanjang sesi discussion...

Waktu petang pula, kami diuji dengan "Frisbee Challenge"..Game ni adalah gabungan antara ragbi dn bola jaring...mula2 agak kekok dgn game ni, tp lama kelamaan rasa seronok sgt..alhamdulillah, group ana dinobatkan sebagai naib juara utk game ni...mcm xpercaya je..honestly, game ni mmg best..Malam pula merupakan sesi pembentangan bagi apa yg telah kami bincangkan sepanjang hari itu..macam biasa, interesting tp quite tired..huhu...=) presentation tamat pkul 11 dan seperti biasa, ana dn jwtnkuasa penaja y lain terpaksa berkumpul dan mbuat persiapan utk presentation depan CEO YTAR esok pg...pukul 4 juga baru lena...huhu..

- Runner-up for Frisbee Challenge-

- Rustam and Gan -

Hari ini adlah hari terakhir dan pagi itu, kami perlu melalui ujian kecergasan@fitness test..kami diminta untuk melakukan bridging..ia seakan2 pumping dengan menggunakan lengan, perlu bertahan selama 5 minit tanpa jejakkan badan dan lutut ke atas tanah..badan perlu tegak..fuh, sgt2 mencabar...lepas selesai bridging test, badan rasa ringan sgt...alhmdlh..kemudian kami perlu berlari 6 pusingan trek sejauh 2.4 km..alhamdulillah, ana berjaya tamatkan dalam masa 14 minit..tp, itu pun xcukup fit sbb masa bagi seseorang yg fit adlh 12 minit dn ke bawah...insyaallah blh diperbaiki..=)

Usai sarapan, kami diberikan talk mengenai penjagaan kesihatan...dan selepas itu tibalah waktu yang ditunggu2 iaitu pembentangan perlembagaan Pertubuhan Alumni YTAR..Alhamdulillah, secara kesuluruhannya semua ok cuma ada sedikit penambahbaikan yg perlu dilakukan..YTAR Camp sememangnya menjanjikan pengalaman yang amat berharga buat ana dn shbt2 yg lain...ku bersyukur atas kurniaanMu, Ya Tuhanku..
.

.:Are we Regressive?:.


There is no doubting the fact that Arabs and Muslims are sadly the most regressive people in the world, according to the Human Development Reports supervised by renowned Muslim and Arab scholars, and released by the UN and other similar reports. In other words, the term 'Muslim' has been linked, in the minds of the people of the world, with violence, terrorism, anarchy, chaos, disturbances, famine, poverty and backwardness. There are of course certain exceptions to this rule, but not many.

Even Pakistan , a nuclear power, is at risk of becoming a failed state, due to poverty, corruption, internal fighting and political mismanagement. And when it comes to Turkey , seen as an exception in the Muslim world, the secularists there consider themselves closer to the West than to the Muslim world. They also ascribe the progress achieved by their country in many fields to a secular approach, rather than the influence of Islam. I have heard top Turkish scholars, thinkers and politicians say that they prefer to be at the rearguard of the Western world than at the vanguard of the Muslim world.

It goes without saying that some Arab countries exist in a less developed state politically, let alone scientifically or technologically.

Why are those who are supposed to be 'the best of all peoples', as revealed in the Quran, lagging behind? Why are the supposedly infidel people of the world making great progress in various fields, while the 'faithful' are lagging behind everybody else?

Ironically enough, a huge percentage of the Chinese people, whose number is approaching 1.5 billion, are atheists. But these non-believers have achieved the highest development rate the world over - it reached 13 per cent at one stage. Add to this the fact that these atheists have 'invaded' almost every house in the world with their products. A high-ranking Chinese official once bragged that, "It is China and not the United States of America that is invading the world". He challenged the Americans to get their products into a quarter of the houses entered by Chinese products. The official also bragged that the Chinese have 'invaded' the US itself. "Aren't the American flags fluttering over the White House made in China ?" he asked.

Experts predict that, in the near future, half of the products that will be sold in the world will be made by the Chinese. Even the Ramadan lambs that are slaughtered by Muslims in Cairo and other Muslim and Arab countries are raised in China . The prayer mats used by faithful Muslims the world over are made by Chinese non-believers, who only believe in doing their jobs in a very sincere and faithful manner. It goes without saying that all the little presents, such as rosaries and Islamic handicrafts, that the pilgrims take home with them after the pilgrimage season are made in China .
It is true that a Muslim country such as Malaysia has made great progress technologically, but some argue that were it not for the Chinese minority in that country, the Malaysians would not have been able to achieve what they have.

And if we consider the second-most progressive country in the world, India , we find that the majority of the people there revere cows. But that has not prevented them from competing with America in the computer industry, to the extent that the famous American writer Thomas Friedman fears that Silicon Valley will one day relocate to India.

In other words, the most progressive people in the world are non-believers by Islamic standards whereas we, Muslims, ironically waste most of our time classifying the peoples of the world into believers and non-believers, and fighting among ourselves over who is more 'faithful'.

I wish we spent more time learning from the non-believers, who produce most of the products we buy. If we had, we would probably be less regressive.

This is by no means a call for atheism - God forbid - but a suggestion that we better ourselves, as our great religion instructs us to do. The great Prophet Mohammad (PBUH) called upon us to seek knowledge - even in China.

p/s: This article was written by Dr Faisal Al Qasim who is a Syrian journalist based in Doha .

Salam ISLAH
Sebarkan Salam..

.:Pre-YTAR CAMP:.


- YTAR camp at Heritage Hotel, KL 2008 -

Asslammualaikum sahabat2 sume..salam ukhwah ana ucapkan kepada pengunjung blog ini..sama2 kita doakan semoga kita tergolong dalam golongan hamba-hambaNya yang soleh...hari ni rutin harian ana seperti biasa ke office dan siapkan kerja2 yang masih belum diselesaikan...alhamdulillah, masih berkesempatan untuk menjenguk blog ni walaupun banyak komitmen lain...

Jumaat, 20 hb ni insyaallah ana akan join YTAR (Yayasan Tunku Abdul Rahman) Camp...camp ni biasanya diadakan setiap tahun dan ana merupakan batch YTAR yang
ke 3...alhamdulillah, bersyukur kerana terpilih untuk menjadi sebahagian daripada keluarga YTAR...camp YTAR ni klu sahabat2 nak tau, very interesting tp pada masa yg sama mengerah keringat kami yang hadir...mana tidaknya, sebelum mulanya camp, kami akan diberikan tugasan reading assignment...kebiasaannya YTAR akan bagi kami buku berkaitan perjalanan hidup Bapa Kemerdekaan kita, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj...setibanya waktu di camp, kami akan diberikan tugasan seperti pembentangan, lakonan dan banyak aktiviti yg lain...

- lunch with my members, nice meals! -

Camp YTAR ni sememangnya wajib dan excuse hanya diberikan kepada yang betul2 deserve mendapatkannya...pengisian pula? kalau kem pada tahun lepas, kami diberikan tugasan untuk melakonkan semula scene2 yang terdapat di dalam buku, "Tunku Abdul Rahman : His Life and Times"...macam2 gaya yang dilakonkan oleh sahabat2 ana...program outdoor xberapa banyak sangat..cuma lebih kepada aktiviti indoor...apa2 pun YTAR camp sememangnya interesting sbb sepanjang camp itu, kami tidak digalakkan untuk berkomunikasi dalam bahasa melayu sebaliknya kami digalakkan berbahasa inggeris...ini secara xlangsung dapat meningkatkan penguasaan bahasa kami...

Honestly, pada mulanya ana rasakan yang diri ni kerdil sgt bila dikelilingi dengan sahabat2 YTAR yang terdiri daripada kaum melayu, cina dan india...bahasa diorang very fluent...tergagap2 juga bla berbual dgn diorang...tp ana ingat nasihat guru ana; kita adalah student, dan kita xperlu rasa malu kerana kita sedang belajar dan bukanlah pelik sekiranya terdapat kesilapan...alhamdlh, lama kelamaan ana dapat menyesuaikan diri... :-)

Camp esk ni xdpt bayangan lagi...insyaallah pukul 3 ana bertolak ke Residence Hotel..doakan ana ye mudah2n segala urusan dipermudahkanNya...

.:Tahmid Kesyukuran:.


Salam ukhwah....kaif halukum? atamanna lakum naharan sa'idan..lama sangat ana xupdate blog ni..hmm, bnyk sgt tugasan..masa yang dikurniakan seolah2 xmencukupi tetapi alhamdulillah diri ini masih diberikan peluang untuk mencoret apa yang terlintas di fikiran ku ini..

Mujtahid Imtihan...

Alhamdulillah, exam untuk sem ni dah berakhir tetapi perjuangan ku masih belum berakhir...biarpun peperangan di dewan peperiksaan telah lama berlalu, diri ini perlu teruskan mujahadah dalam mencari ilmu Allah yang tidak terhitung nilainya...natijah untuk exam kali ini?segalanya ku serahkan padaMu Ya Tuhanku...sesungguhnya Dikau lebih mengetahui tentang hamba-hambaMu...berapa banyak yang ku perolehi, daku redha dengan ketentuanMu...itulah usahaku selama ini...mudah2n diri ini dikurniakan apa yang terbaik di sisiMu ya Rabbi...

buat sahabat2 yang kini sedang 'berjihad' di dewan peperiksaan, selamat berjuang ana ucapkan dan didoakan semoga kalian berjaya dengan cemerlang..mudah2n ilmu yang kita miliki menjadikan kita semakin tunduk dan syukur terhadap kurniaanNya...

Hadiah buat ABAH & IBU...

Beberapa hari yang lalu pihak HEP menelefon dan meminta ana untuk berjumpa dengan seorang pegawai SB di sana secepat mungkin...terdetik di hati ana, apa kesalahan yang telah ana lakukan sehingga mereka memanggil ana? secara tiba2 fikiran ini membuat andaian, "mungkin disebabkan ana pakai kopiah putih untuk ke kuliah dan exam, tu sebabnya diorang panggil...ishh, xkanlah sebab tu"...cepat ana tangkis andaian yang bukan2 tu...

Tiba sahaja di pejabat HEP, ana berjumpa pegawai tersebut dan beliau terus mengucapkan tahniah...Tahniah kenapa??ana tertanya2 pada diri ini..."Awak terpilih untuk menerima anugerah dan wang zakat untuk Anugerah Kecemerlangan Akademik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan..."Alhamdulillah...syukur atas kurniaanMu, Rabbi..."bisik hatiku...Dalam beberapa hari saja lagi, genaplah usia ku yang ke 23..akan ku hadiahkan kurniaanMu ini kepada insan yang tidak jemu2 dalam mendoakan kejayaanku, IBU serta insan yang mengajarku erti kehidupan ini, ABAH...walaupun abah telah lama menghadap ilahi namun kekuatannya tetap di hatiku...syukur padaMu ya Allah kerana memberikan ku peluang untuk menggembirakan ABAH dan IBUku...

Kenali Penulis






Mohd Shahrul Faizie bin Zaini. Anak kelahiran Kluang, Johor ini mendapat pendidikan awal di SK Bukit Gambir pada tahun 1993-1995 dan SK Panjang Sari, Pagoh pada tahun 1995-1997. Melanjutkan pelajaran ke SMK Tun Perak, Muar pada tahun 1998-2003. Kemudian, beliau menyambung pengajian ke peringkat Diploa di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA). Setelah 3 tahun berkelana di KUSZA, beliau meneruskan pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Pengajian Islam dengan Kepujian.

Sepanjang pengajian di USIM, beliau bergiat aktif dalam aktiviti kepimpinan antaranya dilantik sebagai Presiden Da'wah and Islamic Management Committee (DIMAC') pada tahun 2009-2010 dan seterusnya mengggalas amanah sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (PMFKP). Beliau juga seorang DJ Radio USIM dan Pendebat Bahasa Inggeris bagi Pasukan FKP.

Merupakan pemenang Anugerah Pelajaran DiRaja (Royal Education Award) pada Majlis Konvokesyen ke-9 USIM dan berjaya menamatkan pengajian dengan memperolehi Pura Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) sebanyak 3.94. Berpegang kepada prinsip "Empower Your Inner Strength", beliau kini meneruskan karier sebagai Pengacara di TV Alhijrah. Program kendalian beliau ialah Isu Akidah dan Assalamualaikum.

Sudah mendirikan rumahtangga bersama isteri tercinta, Noorsyuhada Mohamed Salleh dan dikurniakan permata hati, Iman Nabeeha.

"Gambar Syawal 09' "


- with my brothers -

- my family -


- my sweet home -

- with my relatives -

"Ihya' Ramadhan"


12-09-2009

Program Ihya' Ramadhan iaitu program yang dianjurkan oleh Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM telah diadakan di Kem Jugra, Banting. Program ni merupakan program yang julung2 kalinya dianjurkan oleh FKP dan ia juga merupakan pengalaman pertama ana dalam mengendalikan "Grand Program" di USIM ni..masa kat KUSZA dulu ada juga buat...tapi itu citer lama..Program Ihya' Ramadhan merupakan idea Ustaz Rumaizuddin n Ustaz Wan Fazrul. Macam2 cabaran dalam melaksanakan program ni terutamanya di peringkat penyediaan kertas kerja..Hmm, berapa kali agaknya perlu diperbetulkan semula sbb Datin krg setuju dgn konsep kami...dan alhamdulillah kali ke 4 baru datin setuju..

- Praktikal Penyembelihan Kambing -

-Praktikal Penyembelihan Ayam-

Antara pengisian yang kami terapkan dalam program ni adalah teori dan praktikal penyembelihan. Sembelih apa ye? kami sembelih kambing n ayam jer...praktikal sembelihan kami lakukan di sebelah pagi..pada petangnya juga, majlis perasmian dan ifthar jamai'e dengan Dato' Shafie Salleh serta Datin Mizan..Selain itu juga, pengisian seperti tazkirah ramadhan, tadarus al-quran, qiyamullail juga dilaksanakan di dalam program tersebut. Banyak input yang ana perolehi dari program Ihya' Ramadhan ni...Walaupun ada suatu ketika, ana berada dalam dilema kerana beberapa perkara, tetapi alhamdulillah Allah permudahkan segalanya...

- Bergambar bersama Ustaz Farid -

Sebelum ana pulang ke kampus, ana sempat berbual2 dengan Ustaz Farid, Syeikh Kabir dari Mesir..Beliau banyak menasihati ana dan sahabat2 tentang Ramadhan dan kehidupan kita di dunia ini...Beliau juga menceritakan pengalaman beliau ketika belajar di Mesir...Seronok sebab banyak ilmu yang kami dapat dari perbualan tu...Alhamdulillah, secara keseluruhannya program berjalan dengan lancar. mudah2n apa yang diperolehi dari program tersebut dapat diaplikasikan dalam kehidupan ni...wallahu a'alam...

"Follow Up"


- Adik2ku yang sentiasa dalam ingatan -

Assalammualaikum dan salam ukhwah kepada pengunjung blog ana. Semoga antum sume dalam keadaan sihat dan mudah2n. Dah lama ana xupdate blog ni..fuh, rindu sgt2 dengan blog ni. maafkan ana sebab dh lama xupdate. alhamdulillah, ada juga peluang untuk ana mengupdate blog ni.

11-09-2009

Destinasi da'wah kami adalah Sekolah Rendah Agama Zahidiah, Sungai Buloh..program da'wah kami ini adalah progrm susulan untuk Little Caliph 2 yang lepas..Ana bersama dengan rakan-rakan seperjuangan bertolak selepas solat jumaat dan tepat pukul 3 kami tiba di sana. Alhamdulillah, bersyukur sangat kerana kehadiran kami disambut dengan wajah adik2 yang penuh dengan keceriaan dan kegembiraan , rindu sgt kot :-) .

- Seronok layan diorang berbual -

Program kami dmulakan dengan ucapan daripada tuan rumah iaitu sahabat ana, Ustaz Ahmad..Ana tertarik dengan kata2 beliau yang menyatakan bahawa generasi muda seperti adk2 di sana perlukan pendedahan yang cukup baik tentang akhlak dan peranan mereka sebagai khalifah kecil. Alhamdulillah, tengok reaksi adk2 sume begitu bersemangat sekali..

- Pengisian Ramadhan untuk adik2 -

Seterusnya, ana ditaklifkan untuk memberikan sedikit pengisian Ramadhan bersempena Ramadhan al-Mubarak..Ramadhan yang kita nanti2kan dan seharusnya kita merebut peluang yang telah dijanjikan oleh Allah..Alhamdulillah, selesai sahaja tazkirah Ramadhan, kami menyampaikan sijil penghargaan kepada adik2 yang terlibat dalam program kami...seronoknya mereka bukan main..ada juga yang nak buat kapal terbang dgn sijil tu, excited sgt kot..;)

Alhamdulillah, tepat pkul 6 kami bertolak pulang. berat rasanya nak tinggalkan adik2 di sana..Hanya doa dan ingatan kami yang akan menemani mereka sentiasa. semoga mereka sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah dalam menjalani kehidupan di dunia ini...begitu juga dengan kami...wallahu a'alam.

...teruskan usahamu...


Bismillah...

Assalammualaikum dan salam sejahtera ana ucapkan buat pengunjung blog yang ana kasihi...diharapkan agar antum semua di dalam payungan rahmatNya...Macam ne dgn Ramadhan kita?? Ramadhan dah memasuki fasa yang ketiga...jadi sama2 kita mengkoreksi diri kita samada kita telah mengecapi kemanisan Ramadhan itu atau sebaliknya...

Ana ingin meminta maaf kerana sudah agak lama tidak update blog ni...banyak tugasan dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan..tapi dalam kesibukan itu, Allah masih lagi memberi peluang kepada hambaNya ini untuk menjalani tanggungjawabnya sebagai khalifah dan alhamdulillah, hari ini dah selesai program follow up da'wah kami untuk adik2 di SRA Zahidiah, Sungai Buloh...insyaallah, ana akan postkannya nanti...ana mut'ibun jiddan al an...diharapkan agar sahabat2 sume nantikannya...syukran 'ala ziarah. wassalam.

"Ziarah Da'wah"



Assalammualaikum dan salam ukhwah ana ucapkan kepada pengunjung setia blog ana...ana doakan mudah2n kita semua di dalam rahmat serta kasih sayangNya...Ramadhan Kareem juga ana ucapkan.semoga dengan kehadiran Ramadha
n tahun ini akan menjadikan diri kita seorang hamba yang bertaqwa..Maafkan ana kerana dah lama xupdate blog..terlalu byk tugasan dan komitmen menyebabkan tiada kelapangan untuk entri yg terbaru...tp alhmdulillah, hari ini kelapangan dan kudrat yang diberikan olehNya akan digunakan sebaiknya..

28 Ogos 2009

Alhamdulillah, program kami kali ini adalah ziarah da'wah ke perkampungan Orang Asli..destinasi da'wah kali ini adalah bertempat di Kg. Sungai Lui, Jempol..kami bertolak seawal jam 11 pagi setelah ana menghadiri mesyuarat Ihya' Ramadhan FKP..sampai di Kuala Pilah dan mengerjakan Solat Jumaat di sana..tepat jam 2 petang, ana, sahabat2 seperjuangan dan ibu(Timb. Pres. YKSNS) bertolak ke Kg Sungai Lui..Perjalanan kami rasakan cukup bermakna kerana itulah pengalaman pertama kami untuk program ziarah da'wah ini..alhamdulillah, kami tiba di sana tepat jam 3 petang..bila kami lalu melintasi rumah2 Orang Asli di sana, banyak anjing2 peliharaan yang dilepaskan oleh tuan mereka...macam kucing jer...:-)

-Sumbangan YKSNS kepada Cik Jang-

-Kenangan bersama Cik Jang-

Di sana, kami menziarahi sebuah keluarga iaitu keluarga Cik Jang...Beliau merupakan anak jati Kg. Sungai Lui dan kini menetap bersama anak dan cucunya..beliau adalah seorang muslim dan memerlukan bantuan untuk menebang pokok di sekeliling rumahnya yang menanti masa untuk tumbang...melihat kehidupan beliau yang cukup sederhana serta di kelilingi oleh saudara2 non-muslim, terdetik rasa syukur di hati kerana Allah memberikan kekuatan kepada beliau untuk berpegang teguh kepada agama...setelah berkongsi pengalaman dan cerita, ana mengambil sedikit gambar pokok yang mengelilingi rumah Cik Jang untuk dihantar ke Jabatan Hal Ehwal Orang Asli bagi tindakan susulan...alhamdulillah, kami memberikan sedikit sumbangan dari YKSNS kepada keluarga Cik Jang dan berharap bahawa pertemuan kami tidak akan berakhir setakat itu saja..

-Berkongsi Pengalaman bersama Cik Yunos-

- Kenangan sebelum Pulang -

Sebelum pulang, kami singgah di rumah ketua kampung, Encik Yunos..Beliau seorang yang peramah dan suka bercerita...banyak ilmu dan pengalaman dikongsikan bersama kami...menurut cik yunos, bilangan penduduk muslim adalah seimbang dengan non-muslim..banyak rintangan dan halangan yang dihadapi dalam memastikan kelangsungan Islam di situ...tambahnya lagi sekiranya seseorang yg masuk Islam akan dibuang dari keluarga dan dinafikan haknya terhadap harta...mereka yg masuk Islam akan disisih serta dipulaukan...selain itu juga, surau di kg tersebut tidak dibenarkan untuk azan dilaungkan...tapi itu semuanya waktu dahulu...kini Orang Asli non muslim sudah mula untuk menerima serta menghormati Islam...

- Menyediakan Juadah Berbuka Puasa -

- Apa Yang Penting?? Kerjasama.. -

Jam menunjukkan pukul 5 petang dan kami perlu bertolak pulang awal kerana perlu berbuka puasa bersama2 dengan penghuni rumah Kasih Sayang...hari ini jga merupakan hari ulangtahun kelahiran ke -44 Presiden YKSNS, Cikgu Adnan..mudah2n Allah memberkati umur cikgu dan dimurahkan rezeki serta diberikan kekuatan untuk terus melaksanakan usaha murni YKSNS ini...Kami tiba di Kuala Pilah tepat jam 6 petang dan bergotong-royong menyediakan juadah berbuka puasa...usai solat maghrib, isya' dan tarawih secara berjemaah, ana mengetuai bacaan tahlil dan doa selamat bagi cikgu adnan...selesai jamuan dan berkemas, kami bertolak pulang ke USIM...alhamdulillah, mudah2n segala amalan kami diterimaNya...

"Hapuskan Islam Liberal"


20 Ogos 2009

"Assalammualaikum, shahrul..awak free 20 Ogos ni? Saya nak minta tolong awak carikan kwn2 utk join program Seminar Pemurnian Aqidah..ajak zaini sekali ye.." pinta Ustaz Wan Fazrul pada ku.."Insyaallah ustaz, saya akan tolong ustaz handle program ini, syukran ustaz.."balasku..

Seminar Pemurnian Aqidah - Sebuah program ilmiah yang amat baik pengisiannya dengan bertemakan "Aqidah Murni Tanpa Liberalisme"...Seminar ini bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, KL..Alhamdulillah, ana bersama pensyarah2 da'wah di antaranya Ustaz Wan, Ustaz Yuseri dan Ustazah Marina...Pelajar pula seramai 30 orang yang majoritinya muslimat...:-) biasalah kan?...

Pembentang kertas kerja pertama iaitu Ustaz Ariffin. Di dalam pembentangan beliau, byk pendedahan baru yang kami perolehi..beliau mengatakan ramai pelopor Islam Liberal datang dari Universiti terkemuka Indonesia, Universiti Islam Indonesia(UIN) seperti Harun Nasution dan lain2 lg..Tokoh Islam Liberal ini terlalu bahaya sehinggakan mereka menganggap bhw perkahwinan sejenis adalah hak asasi manusia...

Pembentang kertas kerja seterusnya ialah Dr.Khalif Muammar dengan isu2 'feminisme'..feminisme ini boleh dita'rifkan sebagai menyamaratakan kedudukan perempuan dengan lelki...antara2 isu2nya, talak boleh dijatuhkan oleh isteri, pembahagian faraid yang samarata dan byk lagi...feminisme di Malaysia dipelopori oleh Sister in Islam (SIS)...ada yg bertanya, beberapa bulan yg lalu ada diadakan 'Musawwah' dan ia dirasmikan oleh Dr. Mashitah..so apakah maknanya itu??..

Pembentang kertas kerja terakhir ialah Dr. Anis Malik Thoha.Beliau mengulas tentang bahayanya fahaman pluralisme..pluralisme terhasil daripada konsep liberal yang menyamaratakan agama Islam dengan agama yg lain..sedangkan Allah telah menegaskan bhw Agama di sisi Allah adalah agama Islam...

kira2 pukul 5, seminar ini berakhir...alhamdulillah, banyak yg kami perolehi drpd seminar pemurnian aqidah ini..mudah2n aqidah kita sentiasa terpelihara dari anasir2 yang boleh memesongkan..amin.
Wallahu a'alam..