"Gambar Syawal 09' "


- with my brothers -

- my family -


- my sweet home -

- with my relatives -

"Ihya' Ramadhan"


12-09-2009

Program Ihya' Ramadhan iaitu program yang dianjurkan oleh Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM telah diadakan di Kem Jugra, Banting. Program ni merupakan program yang julung2 kalinya dianjurkan oleh FKP dan ia juga merupakan pengalaman pertama ana dalam mengendalikan "Grand Program" di USIM ni..masa kat KUSZA dulu ada juga buat...tapi itu citer lama..Program Ihya' Ramadhan merupakan idea Ustaz Rumaizuddin n Ustaz Wan Fazrul. Macam2 cabaran dalam melaksanakan program ni terutamanya di peringkat penyediaan kertas kerja..Hmm, berapa kali agaknya perlu diperbetulkan semula sbb Datin krg setuju dgn konsep kami...dan alhamdulillah kali ke 4 baru datin setuju..

- Praktikal Penyembelihan Kambing -

-Praktikal Penyembelihan Ayam-

Antara pengisian yang kami terapkan dalam program ni adalah teori dan praktikal penyembelihan. Sembelih apa ye? kami sembelih kambing n ayam jer...praktikal sembelihan kami lakukan di sebelah pagi..pada petangnya juga, majlis perasmian dan ifthar jamai'e dengan Dato' Shafie Salleh serta Datin Mizan..Selain itu juga, pengisian seperti tazkirah ramadhan, tadarus al-quran, qiyamullail juga dilaksanakan di dalam program tersebut. Banyak input yang ana perolehi dari program Ihya' Ramadhan ni...Walaupun ada suatu ketika, ana berada dalam dilema kerana beberapa perkara, tetapi alhamdulillah Allah permudahkan segalanya...

- Bergambar bersama Ustaz Farid -

Sebelum ana pulang ke kampus, ana sempat berbual2 dengan Ustaz Farid, Syeikh Kabir dari Mesir..Beliau banyak menasihati ana dan sahabat2 tentang Ramadhan dan kehidupan kita di dunia ini...Beliau juga menceritakan pengalaman beliau ketika belajar di Mesir...Seronok sebab banyak ilmu yang kami dapat dari perbualan tu...Alhamdulillah, secara keseluruhannya program berjalan dengan lancar. mudah2n apa yang diperolehi dari program tersebut dapat diaplikasikan dalam kehidupan ni...wallahu a'alam...

"Follow Up"


- Adik2ku yang sentiasa dalam ingatan -

Assalammualaikum dan salam ukhwah kepada pengunjung blog ana. Semoga antum sume dalam keadaan sihat dan mudah2n. Dah lama ana xupdate blog ni..fuh, rindu sgt2 dengan blog ni. maafkan ana sebab dh lama xupdate. alhamdulillah, ada juga peluang untuk ana mengupdate blog ni.

11-09-2009

Destinasi da'wah kami adalah Sekolah Rendah Agama Zahidiah, Sungai Buloh..program da'wah kami ini adalah progrm susulan untuk Little Caliph 2 yang lepas..Ana bersama dengan rakan-rakan seperjuangan bertolak selepas solat jumaat dan tepat pukul 3 kami tiba di sana. Alhamdulillah, bersyukur sangat kerana kehadiran kami disambut dengan wajah adik2 yang penuh dengan keceriaan dan kegembiraan , rindu sgt kot :-) .

- Seronok layan diorang berbual -

Program kami dmulakan dengan ucapan daripada tuan rumah iaitu sahabat ana, Ustaz Ahmad..Ana tertarik dengan kata2 beliau yang menyatakan bahawa generasi muda seperti adk2 di sana perlukan pendedahan yang cukup baik tentang akhlak dan peranan mereka sebagai khalifah kecil. Alhamdulillah, tengok reaksi adk2 sume begitu bersemangat sekali..

- Pengisian Ramadhan untuk adik2 -

Seterusnya, ana ditaklifkan untuk memberikan sedikit pengisian Ramadhan bersempena Ramadhan al-Mubarak..Ramadhan yang kita nanti2kan dan seharusnya kita merebut peluang yang telah dijanjikan oleh Allah..Alhamdulillah, selesai sahaja tazkirah Ramadhan, kami menyampaikan sijil penghargaan kepada adik2 yang terlibat dalam program kami...seronoknya mereka bukan main..ada juga yang nak buat kapal terbang dgn sijil tu, excited sgt kot..;)

Alhamdulillah, tepat pkul 6 kami bertolak pulang. berat rasanya nak tinggalkan adik2 di sana..Hanya doa dan ingatan kami yang akan menemani mereka sentiasa. semoga mereka sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah dalam menjalani kehidupan di dunia ini...begitu juga dengan kami...wallahu a'alam.