.:: Sesuci Donglai ::.






Assalammualaikum dan salam kasih sayang kepada sahabat sekalian. Kaif halukum? Naharan sa'idan insyaallah. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di blog yang tak seberapa ini.

28 Mei 2010
Hari ini ana bersama adik-adik mahasiswa Tahun 1 dan 2 FKP telah menganjurkan program baktisiswa dan keluarga angkat orang asli di Kampung Donglai Baru, Hulu Langat Selangor. Program ini diadakan selama 3 hari 2 malam. Program ini berjalan lancar hasil komitmen yang ditunjukkan oleh pihak JHEOA dan mahasiswa/i USIM. Tujuan utama program ini diadakan ialah bagi melatih mahasiswa dan mahasiswi dengan amali dakwah terutamanya kepada Orang Asli. Sungguhpun program ini bermotifkan da'wah, tetapi perkataan da'wah sengaja tidak ditonjolkan bagi mengelak daripada timbulnya unsur-unsur penolakan di kalangan Orang Asli. Oleh sebab itu, perkataan keluarga angkat lebih sesuai digunakan dan dirasakan mudah diterima. Alhamdulillah, adik-adik yang mengikuti program tersebut kelihatan begitu teruja sekali memandangkan majoriti daripada mereka baru merasai pengalaman pertama bersama orang asli.

Hari pertama kami dimulakan dengan majlis perasmian dan pemberian anak angkat kepada keluarga angkat masing-masing. Selepas selesai perasmian, kami semua menziarahi keluarga angkat masing-masing. Kami tidak menetap di rumah keluarga angkat kerana tidak mahu membebankan mereka. Jadi, muslimin bermalam di rumah pegawai dan muslimat di Tadika. Amalan ziarah adalah digalakkan bagi menjalin hubungan erat serta mewujudkan suasana persekitaran yang baik seterusnya menyampaikan mesej dakwah kepada mereka. Pada sebelah malam pula, kami solat berjemaah di surau. Tazkirah disampaikan setiap kali selesai solat maghrib. Sewaktu tazkirah, kelihatan beberapa anak orang asli ingin masuk ke dalam surau tatapi malu. Ana mengajak mereka duduk bersama dan selesai saja tazkirah, kami melayani mereka dengan baik. Alhamdulillah, mereka berminat untuk mengikut kami solat Isya' bersama.

~ Bersama Anak-Anak Orang Asli ~

~ Excited diorang bersenam ~

Pada hari kedua, kami menunaikan qiyamullail dan berdoa bagi memohon rahmat Allah supaya membuka pintu hati Orang Asli kepada Islam. Pagi itu kami bersenamrobik bersama-sama anak Orang Asli. Seronok melihat keletah mereka. Selepas itu aktiviti gotong-royong diadakan. Apa yang menarik perhatian kami ialah, semua keluarga angkat turut serta membantu dan ini dapat lagi mengeratkan hubungan sesama kami. Hubungan kemesraan diperteguhkan lagi melalui acara sukaneka yang diadakan pada sebelah petang. Beberapa acara diadakan melibatkan kanak-kanak, kaum ibu dan bapa serta mahasiswa dan orang asli. Acara sukaneka seperti tiup belon, lari ikat kaki, musang berjanggut dan banyak lagi mendapat sambutan yang menggembirakan dari semua keluarga angkat.

Pada sebelah malam pula, persembahan kesenian telah diadakan. Masyarakat orang asli mempersembahkan tarian tradisional mereka yang dikenali sebagai tarian 'sewang'. Kami pula menghidangkan mereka dengan persembahan pentomen dengan mesej yang disampaikan berkisar tentang kepentingan pendidikan, akhlak, kasih sayang serta keluarga bahagia. Mereka kelihatan terhibur dan gembira dengan persembahan kami.

Hari terakhir diluangkan bersama dengan keluarga angkat. Ada yang ke dusun, air terjun dan bermacam-macam lagi. Ana dan beberapa orang sahabat menziarahi rumah keluarga angkat sahabat yang lain. Dengar katanya ayah angkat beliau membela lotong, kongkang serta kera. Alhamdulillah, first time dapat bergambar dengan lotong dan mendukungnya..(~_^)..comel betul anak lotong..Setelah majlis perasmian penutup, kami bergambar bersama keluarga angkat..ada yang menitiskan air mata kesedihan..ana yakin, ini bukanlah pertemuan terakhir kami, insyaallah akan ada pertemuan yang seterusnya...wallahu a'alam.