Mendaki...Melihat...Mentafsir






Hari Ahad yang lalu, aku dan 2 lagi sahabat telah berjaya mencabar diri dengan menawan puncak Broga. Memang lah tak tinggi mana pun Broga ni, tapi kalau tak kena cara, memang takkan sampai puncak lah jawabnya.  

Perjalanan bermula

Seawal jam 5 pagi kami bertolak dengan harapan dapat melihat panorama sunrise di Broga. Sepanjang perjalanan ke sana, saya sempat berfikir samada mampu atau tidak untuk saya mendaki. Manakan tidak, dahlah semalamnya 'belasah' tenis sampai pukul 11. Sengal-sengal badan dan tangan ni pun tak hilang lagi dah nak mendaki pulak. 

Sebaik tiba di kaki bukit Broga, kami segera menyempurnakan hak Allah terlebih dahulu. Apa tu??? Mestilah kewajipan bersolat. Di sini memang tidak disediakan surau namun itu bukanlah alasan untuk kita skip solat. Beralaskan kain pelikat dan surat khabar serta diselubungi kegelapan dan kesejukan fajar, kami solat subuh berjemaah bersama. What a beautiful moment!!

Alhamdulilah, usai semua prioriti terhadap Khaliq. Doa dipinta semoga dipermudahkan segala urusan kami. Nervous juga sebab ini kali pertama kami bertiga mendaki Broga. Torchlight, beg galas, DSLR dan sedikit sandwich menjadi peneman kami untuk sampai di puncak. Ecehh, menuju puncak la sangat..;p 

10 minit mendaki, peluh sudah mula membasahi badan lantas aku berfikir sendirian aktiviti mendaki ini sangat baik untuk mereka yang inginkan berat badan yang ideal. =) Sepanjang pendakian kami, ramai juga yang pancit dan terpaksa berhenti. Kami?? masih steady lagi, alhamdulillah.

Cabaran yang menanti

Setiap apa yang kita lakukan pasti ada cabarannya. Di sini, kami diuji dari sudut fizikal dan mental. Lebih 30 minit mendaki, dada kian berombak kencang. Nafas semakin laju membayangkan adrenalin kami yang semakin lincah. Sahabat aku yang juga produser Isu Akidah hampir tidak dapat meneruskan pendakian. Ingin pitam dan muntah katanya. Aku dan seorang sahabat lagi, Fadzil tersenyum dan memandang antara satu sama lain. Kami faham benar memandangkan tubuh Lutfi yang 'comel' dan kegemarannya terhadap 'fast food'. Apa yang boleh kami berikan adalah kata-kata semangat supaya Lutfi mampu teruskan pendakian ke puncak. 

Ada satu bukit di Broga ini yang sangat curam. Aku hampir-hampir terjatuh disebabkan permukaannya yang berpasir dan kasut aku yang dh pun haus ni. Namun semuanya dapat diatasi dengan baik dan kami bertiga teruskan pendakian hingga ke puncak.

Tepat jam 7 pagi kami tiba di puncak. Alhamdulillah, rasa seronok sangat dapat melihat keindahan puncak Broga di waktu fajar. Port yang kami dapat pun sangat strategik untuk kami snap gambar dan capture video ala2 travelog gitu. =)

~ Sang Suria mula menerangi bumi ~

Indahnya Ciptaan Ilahi

Sejujurnya aku amat teruja dengan udara yang segar, pemandangan yang sangat cantik lantas membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah S.W.T. Setiap apa yang diciptakanNya ada kelebihan dan hikmahnya yang tersendiri.  Banyak lagi keindahan alam yang begitu menenangkan jiwa, mendamaikan hati, melapangkan minda. 

~ Pemandangan dari puncak Broga ~

Menariknya, setiap kejadian Allah ini semuanya berzikir dan bertasbih memuji kebesaranNya. Kadang-kadang kita yang baru tersedar sebenarnya Allah S.W.T telah merakamkan perkara ini melalui firmanNya : 

"Segala yang ada di langit dan bumi semuanya bertasbih kepada Allah dan Dialah (Allah) yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." (Al-Hadid: 1)

Oleh kerana itulah, kita harus sentiasa basahi lidah dengan zikrullah sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah S.W.T. 

~ We are Brogarian! ~

Melihat dengan mata hati

Hampir 2 jam kami meluangkan masa berharga di puncak Broga menikmati pemandangan di sini. Tepat jam 9.30 pagi kami pun turun ke kaki bukit Broga. Sebenarnya nak turun lebih mencabar dan menyakitkan. Namun itu semua satu pengalaman yang sangat berharga. Pengalaman yang tidak akan diperolehi dengan duduk di rumah sambil main game seharian. 

~ Snap Time! ~

~ Breakfast ~

~ Orang ramai mula memenuhi Broga seawal jam 7 pagi ~

Syukur, seronok, takjub, bangga dan puas dengan aktiviti yang aku lakukan hari ini. Adakalanya kita perlu keluar melihat alam kerana di situlah kita akan mengenal kembali siapakah diri kita sebenarnya. Melihat alam dengan mata hati akan membawa kita ke satu dimensi yang sangat berbeza. Dimensi itulah yang membuka mata kita tentang keagungan dan kebesaran Allah S.W.T. Tatkala itu jugalah kita akan berasa kerdil dan dhaifnya diri.

Memetik firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ankabut ayat ke 20 :  

"Katakanlah: Mengembaralah di atas muka bumi, serta perhatikanlah bagaimana Allah memulakan penciptaan setiap makhluk kemudian Allah menciptakan kejadin yang akhir. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu."


Secebis pengalaman bisa mematangkan kita.....
Al-Faqir.