Assalammualaikum kepada sahabat-sahabat yang menziarahi blog ana... ahlan wasahlan wa syukran ana ucapkan kepada antum...mudah2n wadah informasi ini menjadi medium bagi kita berkongsi pengalaman dan saling ingat-mengingati sesama kita...
Alhamdulillah, pada 1 Ogos yg lalu, group ana telah menganjurkan program motivasi sukarelawan. Kami bersama2 Yayasan Kasih Sayang, Negeri Sembilan berganding bahu untuk memberi kefahaman yang baik kepada umum peri pentingnya seorang sukarelawan...penceramahnya?? sudah tentu kaunselor dari MAINS, Encik Zuhairy Md.Nopiah atau panggilan manjanya, "ateh"... dlam slot beliau, ateh mengingatkan bahawa sukarelawan haruslah ikhlas, dan sentiasa bersedia untuk membantu walau dalam apa jua keadaan..sukarelawan juga boleh ditafsirkan dengan 3 suku kata..."suka" "rela" dan "wan"...adakah kita suka? adakah kita rela? dan adakah kita bersedia ditawan oleh kerja2 yg memerlukan kita di sana....sama2 kita fikirkannya...
Audiens kami rata-rata mereka terdiri daripada kanak2 dan belia serta golongan veteran. Dikalangan mereka juga adalah 'non-muslim'. Semasa ana mengendalikan slot ana, agak mencabar juga kerana kita perlu mengurangkan "gap" antara muslim dan non-muslim pada ketika itu. "Ibu", panggilan mesra untuk Timb. Presiden YKS mengingatkan ana agar jangan terlalu 'ekstrim' dalam menerangkan tentang Islam. Ini kerana kita akan membina jurang di antara non-muslim dan muslim. Kita perlu lebih 'friendly' dan lebih banyak menggunakan manhaj 'athifi' iaitu kelembutan dalam berbicara serta berusaha untuk memenangi hati mereka.
Alhamdulillah, secara keseluruhannya program kami berjalan dengan lancar. Ana amat bersyukur kerana segalanya dipermudahkanNya...Harapan ana semoga usaha kami mendapat keberkatanNya...ingatlah, kita menenunaikan amanah yg diberikanNya...Dialah yang memberi hidayah kepada hamba2Nya....
Petang itu kami bertolak pulang ke Nilai. Keesokan harinya, amanah yang lain menanti kami...program "Little Caliph" di Sekolah Rendah Agama Zahidiah, Sungai Buloh...Ya Allah berkatilah amal kami...
"Allahumma yassir wa la tu'assir"
0 comments:
Post a Comment