"Follow Up"


- Adik2ku yang sentiasa dalam ingatan -

Assalammualaikum dan salam ukhwah kepada pengunjung blog ana. Semoga antum sume dalam keadaan sihat dan mudah2n. Dah lama ana xupdate blog ni..fuh, rindu sgt2 dengan blog ni. maafkan ana sebab dh lama xupdate. alhamdulillah, ada juga peluang untuk ana mengupdate blog ni.

11-09-2009

Destinasi da'wah kami adalah Sekolah Rendah Agama Zahidiah, Sungai Buloh..program da'wah kami ini adalah progrm susulan untuk Little Caliph 2 yang lepas..Ana bersama dengan rakan-rakan seperjuangan bertolak selepas solat jumaat dan tepat pukul 3 kami tiba di sana. Alhamdulillah, bersyukur sangat kerana kehadiran kami disambut dengan wajah adik2 yang penuh dengan keceriaan dan kegembiraan , rindu sgt kot :-) .

- Seronok layan diorang berbual -

Program kami dmulakan dengan ucapan daripada tuan rumah iaitu sahabat ana, Ustaz Ahmad..Ana tertarik dengan kata2 beliau yang menyatakan bahawa generasi muda seperti adk2 di sana perlukan pendedahan yang cukup baik tentang akhlak dan peranan mereka sebagai khalifah kecil. Alhamdulillah, tengok reaksi adk2 sume begitu bersemangat sekali..

- Pengisian Ramadhan untuk adik2 -

Seterusnya, ana ditaklifkan untuk memberikan sedikit pengisian Ramadhan bersempena Ramadhan al-Mubarak..Ramadhan yang kita nanti2kan dan seharusnya kita merebut peluang yang telah dijanjikan oleh Allah..Alhamdulillah, selesai sahaja tazkirah Ramadhan, kami menyampaikan sijil penghargaan kepada adik2 yang terlibat dalam program kami...seronoknya mereka bukan main..ada juga yang nak buat kapal terbang dgn sijil tu, excited sgt kot..;)

Alhamdulillah, tepat pkul 6 kami bertolak pulang. berat rasanya nak tinggalkan adik2 di sana..Hanya doa dan ingatan kami yang akan menemani mereka sentiasa. semoga mereka sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah dalam menjalani kehidupan di dunia ini...begitu juga dengan kami...wallahu a'alam.

0 comments:

Post a Comment