3 Disember 2011@konvo USIM


~Ibu dan keluarga sentiasa bersamaku susah dan senang~

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan blog ini terbiar akhirnya berpeluang juga tuannya untuk mengintai ke sini..huhu..salam sejahtera buat sahabat-sahabat sume..mohon maaf sebab sudah lama tidak mencoretkan idea dan pengalaman di sini..
3 Disember 2011, tarikh keramat bagi ana dan zaujah. Alhamdulillah setelah hampir 4 tahun menimba ilmu di USIM, akhirnya segala penat lelah dan pengorbanan terbayar dengan kejayaan di genggaman. Sukar untuk ana gambarkan perasaan ini apabila dipilih oleh pihak universiti untuk merangkul Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang). Anugerah ini merupakan anugerah tertinggi bagi setiap IPTA di Malaysia. Penerima anugerah terlebih dahulu perlu dinilai prestasi Akademik dan kokurikulum mereka. Apabila Senat Universiti sebulat suara bersetuju, barulah akan diumumkan di majlis konvokosyen....


~Zaujah yang menjadi tulang belakang kejayaanku~

Ana gembira bukan hanya kejayaan yang dimiliki bahkan zaujah ana yang selalu memberi sokongan padu juga berjaya dianugerahkan Hadiah Buku Universiti di atas kecemerlangan di dalam bidang akademik. Alhamdulillah..syukur padaMu, Yang Maha Pemberi Rezeki... Sokongan ibu dan keluarga amat dihargai. Ibu sangat tabah membesarkan kami adik-beradik setelah pemergian abah 6 tahun yang lalu. Kejayaan ini ana hadiahkan untuk ibu. Teringat kata-kata ibu padaku.."You make me proud of you"..Mengimbau kembali kata-kata terakhir arwah abah padaku.."Zie, jaga ibu dan adik-adik. Belajar rajin-rajin"..Ku genggam kata-kata ini sehingga berjaya membuktikan pada orang sekelilingku, "I can do it"..


Buat mak dan abah, terimalah kejayaan ini sebagai hadiah untuk kepercayaan mereka padaku. Menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami di usia muda bukanlah penghalang untuk ana berjaya. Terusik hatiku pabila emak mengingatkanku.."Syukur dapat 4flat dalam pelajaran, harapnya 4flat jugalah sebagai seorang ketua keluarga" walaupun nadanya bersahaja, namun ia menyimpan makna sangat mendalam padaku.


~Reaksi ketika menyampaikan ucapan wakil graduan~

Mohd Shahrul Faizie...Bulan kejayaanku...nama yang cantik membawa maksud yang baik. Ana tidak mahu terus dibuai dengan kejayaan. hidup ini umpama roda. Tidak mustahil satu hari nanti kita berada di bawah. "keep on moving" bak kata mat salleh..teruskan maju ke hadapan. banyak cabaran baru menanti kita di hadapan. Apa yang penting...teruskan usaha dan tawakal padaNya...Insyaallah kita mampu berjaya. wallahu 'alam. (^_^)

3 comments:

syu_faizie said...

Alhamdulillah 'ala kulli hal wa astaghfirullah 'ala kulli zanbin...
abg, moga kejyaan juga mengiringi bahtera rumahtangga kita. "moga 4 flat juga mnjdi ketua keluarga, krn itulah kjyaan hakiki"...

aisya said...

salam ukhwah,
tahniah buat kak syu n abg shah, semoga terus sukses dlm kehidupan. slmt menimang chya mata. doakan kami juga:)

ummu said...

assalamualaikum
tahniah...
gembira dgn kejayaan anda sekeluarga

Post a Comment