.:Tahmid Kesyukuran:.


Salam ukhwah....kaif halukum? atamanna lakum naharan sa'idan..lama sangat ana xupdate blog ni..hmm, bnyk sgt tugasan..masa yang dikurniakan seolah2 xmencukupi tetapi alhamdulillah diri ini masih diberikan peluang untuk mencoret apa yang terlintas di fikiran ku ini..

Mujtahid Imtihan...

Alhamdulillah, exam untuk sem ni dah berakhir tetapi perjuangan ku masih belum berakhir...biarpun peperangan di dewan peperiksaan telah lama berlalu, diri ini perlu teruskan mujahadah dalam mencari ilmu Allah yang tidak terhitung nilainya...natijah untuk exam kali ini?segalanya ku serahkan padaMu Ya Tuhanku...sesungguhnya Dikau lebih mengetahui tentang hamba-hambaMu...berapa banyak yang ku perolehi, daku redha dengan ketentuanMu...itulah usahaku selama ini...mudah2n diri ini dikurniakan apa yang terbaik di sisiMu ya Rabbi...

buat sahabat2 yang kini sedang 'berjihad' di dewan peperiksaan, selamat berjuang ana ucapkan dan didoakan semoga kalian berjaya dengan cemerlang..mudah2n ilmu yang kita miliki menjadikan kita semakin tunduk dan syukur terhadap kurniaanNya...

Hadiah buat ABAH & IBU...

Beberapa hari yang lalu pihak HEP menelefon dan meminta ana untuk berjumpa dengan seorang pegawai SB di sana secepat mungkin...terdetik di hati ana, apa kesalahan yang telah ana lakukan sehingga mereka memanggil ana? secara tiba2 fikiran ini membuat andaian, "mungkin disebabkan ana pakai kopiah putih untuk ke kuliah dan exam, tu sebabnya diorang panggil...ishh, xkanlah sebab tu"...cepat ana tangkis andaian yang bukan2 tu...

Tiba sahaja di pejabat HEP, ana berjumpa pegawai tersebut dan beliau terus mengucapkan tahniah...Tahniah kenapa??ana tertanya2 pada diri ini..."Awak terpilih untuk menerima anugerah dan wang zakat untuk Anugerah Kecemerlangan Akademik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan..."Alhamdulillah...syukur atas kurniaanMu, Rabbi..."bisik hatiku...Dalam beberapa hari saja lagi, genaplah usia ku yang ke 23..akan ku hadiahkan kurniaanMu ini kepada insan yang tidak jemu2 dalam mendoakan kejayaanku, IBU serta insan yang mengajarku erti kehidupan ini, ABAH...walaupun abah telah lama menghadap ilahi namun kekuatannya tetap di hatiku...syukur padaMu ya Allah kerana memberikan ku peluang untuk menggembirakan ABAH dan IBUku...

0 comments:

Post a Comment