.:Pre-YTAR CAMP:.


- YTAR camp at Heritage Hotel, KL 2008 -

Asslammualaikum sahabat2 sume..salam ukhwah ana ucapkan kepada pengunjung blog ini..sama2 kita doakan semoga kita tergolong dalam golongan hamba-hambaNya yang soleh...hari ni rutin harian ana seperti biasa ke office dan siapkan kerja2 yang masih belum diselesaikan...alhamdulillah, masih berkesempatan untuk menjenguk blog ni walaupun banyak komitmen lain...

Jumaat, 20 hb ni insyaallah ana akan join YTAR (Yayasan Tunku Abdul Rahman) Camp...camp ni biasanya diadakan setiap tahun dan ana merupakan batch YTAR yang
ke 3...alhamdulillah, bersyukur kerana terpilih untuk menjadi sebahagian daripada keluarga YTAR...camp YTAR ni klu sahabat2 nak tau, very interesting tp pada masa yg sama mengerah keringat kami yang hadir...mana tidaknya, sebelum mulanya camp, kami akan diberikan tugasan reading assignment...kebiasaannya YTAR akan bagi kami buku berkaitan perjalanan hidup Bapa Kemerdekaan kita, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj...setibanya waktu di camp, kami akan diberikan tugasan seperti pembentangan, lakonan dan banyak aktiviti yg lain...

- lunch with my members, nice meals! -

Camp YTAR ni sememangnya wajib dan excuse hanya diberikan kepada yang betul2 deserve mendapatkannya...pengisian pula? kalau kem pada tahun lepas, kami diberikan tugasan untuk melakonkan semula scene2 yang terdapat di dalam buku, "Tunku Abdul Rahman : His Life and Times"...macam2 gaya yang dilakonkan oleh sahabat2 ana...program outdoor xberapa banyak sangat..cuma lebih kepada aktiviti indoor...apa2 pun YTAR camp sememangnya interesting sbb sepanjang camp itu, kami tidak digalakkan untuk berkomunikasi dalam bahasa melayu sebaliknya kami digalakkan berbahasa inggeris...ini secara xlangsung dapat meningkatkan penguasaan bahasa kami...

Honestly, pada mulanya ana rasakan yang diri ni kerdil sgt bila dikelilingi dengan sahabat2 YTAR yang terdiri daripada kaum melayu, cina dan india...bahasa diorang very fluent...tergagap2 juga bla berbual dgn diorang...tp ana ingat nasihat guru ana; kita adalah student, dan kita xperlu rasa malu kerana kita sedang belajar dan bukanlah pelik sekiranya terdapat kesilapan...alhamdlh, lama kelamaan ana dapat menyesuaikan diri... :-)

Camp esk ni xdpt bayangan lagi...insyaallah pukul 3 ana bertolak ke Residence Hotel..doakan ana ye mudah2n segala urusan dipermudahkanNya...

2 comments:

NuRuLhiDaYani Bt AhmaD said...

salam..semoga camp yg dihadiri memberi manfaat terhadap diri dan hasil dari camp tu nanti d kongsi bersama..em kesilapan yg berlaku dalam hidup seharian adalah untuk mentarbiah diri untuk menjadi lebih baik..insyaAllah..salam alaik..

shahrulfaizie said...

salam alaik...syukran ya ukhti..mudah2n apa yg diperolehi dari camp nanti akan dapat dimanfaatkan dan dikongsikan bersama..insyaallah..alfu syukr..

Post a Comment