..:: BBM di Pontianak ::..




5-8 Oktober 2010

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat sahabat semua. Maaf sebab dh lama xupdate blog disebabkan jadual yang cukup pack selain keterbatasan internet di Pontianak. Alhamdulilah, diberikan kesempatan untuk mencoretkan sesuatu berkenaan program BBM seterusnya. Pada 5-8 Oktober, delegasi BBM telah berkampung di Grand Mahkota Hotel, Pontianak. Hari pertama kami dimulai dengan Majlis Perasmian Program oleh Pengurusan Tertinggi Indonesia. Selepas itu, kami disajikan dengan diskursus bertajuk "Persaudaraan Negara-Negara Melayu Nusantara : Tinjauan Historis dan Prospeknya". Pada sebelah petang pula, kami melawat Tugu Khatulistiwa yang terletak di pinggir bandar Pontianak. Aktiviti sebelah malam pula ialah ice-breaking. Alhamdulillah, kesemua delegasi menjadi semakin rapat dan mesra selepas sesi ice-breaking tersebut.

Delegasi Malaysia

Adik-adik di Madrasah Al-Ikhsan, Pontianak

Hari kedua pula kami semua menaburkan keringat dan bakti di Madrasah Thanawiyah Ihsan, Pontianak. Madrasah ini merupakan madrasah swasta yang bergerak secara indipendant tanpa mendapat bantuan daripada kerajaan. Keadaan madrasah kelihatan sederhana dan sedikit usang tanpa kemudahan yang canggih. Apa yang menyentuh hati ana adalah semangat yang ditunjukkan oleh tenaga pengajar serta pelajar-pelajarnya dalam menyebarkan serta menuntut ilmu Allah. Usai mengecat dinding bangunan madrasah, kami mengadakan sedikit pengisian motivasi. Ana diminta menutup program tersebut dengan memberikan tazkirah kepada adik-adik di sana. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Keesokan harinya, kami bersiap untuk pulang ke Kuching setelah misi da'wah di Pontianak selesai. Mudah-mudahan perjalanan kami selamat dan dipeliharaNya...ameen.
babaibabai

.:: Bas Belia MABIMS ::.



Assalammualaikum dan salam ukhwah buat sahabat semua. Mungkin tidak terlambat lagi untuk ana ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Alhamdulillah, walaupun sibuk dengan tugasan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, rasa syukur di hati kerana diberikan kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di blog mujtahid islam ini.. Bas Belia MABIMS..Mungkin terlintas sejenak di minda sahabat-sahabat semua berkenaan apa itu Bas Belia MABIMS..Untuk pengetahuan sahabat sekalian, alhamdulillah ana telah terpilih untuk mewakili Malaysia sebagai delegasi bagi program ini. Program Bas Belia MABIMS ini dianjurkan bersempena pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei, Malaysia, Singapura dan Indonesia. Program BBM kali ini merupakan siri yang ke-2 dan Brunei Darussalam ditaklifkan sebagai tuan rumah selepas Singapura pada tahun sebelumnya. Program BBM ini akan berlangsung selama 2 minggu dari 4-17hb Oktober dan meliputi 3 buah negara iaitu Brunei, Malaysia(Sarawak) dan Indonesia (Pontianak).

~ bersama Luqman sebelum fly ~

Alhamdulillah, tepat pukul 2.30 petang ana tiba di KLIA. Terima kasih kepada Luqman dan Salmi yang sudi menghantar. Flight berlepas tepat jam 3.3o petang. Perjalanan ke Kuching mengambil masa selama 2 jam. Setibanya di Lapangan Terbang Kuching, ana bersama Ustaz Imran dijemput oleh pegawai JAKIM Sarawak dan kami dibawa ke Pusat Latihan Sarawak (PLS). Di PLS, kelihatan delegasi dari Singapura sudah tiba lebih awal. Kami beramah mesra dan bertukar-tukar pandangan sambil menikmati juadah hidangan makan malam. Ikan terubuk masin dan umai antara salah satu hidangan wajib bagi sesiapa yang bertandang ke Sarawak.

Usai makan malam, kami ditempatkan di hostel. Alhamdulillah, cukup selesa bagi recharge semula tenaga untuk aktiviti seterusnya pada keesokan hari. Esok merupakan hari yang cukup pack. Kami akan ke Serian dan kemudian ke Pontianak. Mudah-mudahan segala urusan kami dipermudahkanNya..amin. Wallahu a'alam.