.:: Bas Belia MABIMS ::.



Assalammualaikum dan salam ukhwah buat sahabat semua. Mungkin tidak terlambat lagi untuk ana ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Alhamdulillah, walaupun sibuk dengan tugasan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, rasa syukur di hati kerana diberikan kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di blog mujtahid islam ini.. Bas Belia MABIMS..Mungkin terlintas sejenak di minda sahabat-sahabat semua berkenaan apa itu Bas Belia MABIMS..Untuk pengetahuan sahabat sekalian, alhamdulillah ana telah terpilih untuk mewakili Malaysia sebagai delegasi bagi program ini. Program Bas Belia MABIMS ini dianjurkan bersempena pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei, Malaysia, Singapura dan Indonesia. Program BBM kali ini merupakan siri yang ke-2 dan Brunei Darussalam ditaklifkan sebagai tuan rumah selepas Singapura pada tahun sebelumnya. Program BBM ini akan berlangsung selama 2 minggu dari 4-17hb Oktober dan meliputi 3 buah negara iaitu Brunei, Malaysia(Sarawak) dan Indonesia (Pontianak).

~ bersama Luqman sebelum fly ~

Alhamdulillah, tepat pukul 2.30 petang ana tiba di KLIA. Terima kasih kepada Luqman dan Salmi yang sudi menghantar. Flight berlepas tepat jam 3.3o petang. Perjalanan ke Kuching mengambil masa selama 2 jam. Setibanya di Lapangan Terbang Kuching, ana bersama Ustaz Imran dijemput oleh pegawai JAKIM Sarawak dan kami dibawa ke Pusat Latihan Sarawak (PLS). Di PLS, kelihatan delegasi dari Singapura sudah tiba lebih awal. Kami beramah mesra dan bertukar-tukar pandangan sambil menikmati juadah hidangan makan malam. Ikan terubuk masin dan umai antara salah satu hidangan wajib bagi sesiapa yang bertandang ke Sarawak.

Usai makan malam, kami ditempatkan di hostel. Alhamdulillah, cukup selesa bagi recharge semula tenaga untuk aktiviti seterusnya pada keesokan hari. Esok merupakan hari yang cukup pack. Kami akan ke Serian dan kemudian ke Pontianak. Mudah-mudahan segala urusan kami dipermudahkanNya..amin. Wallahu a'alam.



0 comments:

Post a Comment