"Di Ambang Ramadhan"



Presiden YKSNS bersama Ustaz Haji Azameer Haji Alias, Timb. Mufti N9

15hb Ogos 2009

Tepat pukul 5 petang, ana perlu tiba di Yayasan Kasih Sayang, Kuala Pilah. Perjalanan dari Paroi ke Kuala Pilah mengambil masa kira2 1 jam...itu pun tengok pada keadaan jalan...Hari ini ana cuma berseorangan sbb sahabat2 seperjuangan yang lain mempunyai masyaqqah dan xdpt bersama2 dengan ana...setelah meminta kebenaran dari abang jufitri, ana terus bergegas ke KP..

Alhamdulillah, tepat kul 5 ana tiba di YKS..syukur Ya Allah Kau pelihara perjalananku ini...setibanya di sana, ana bersiap2 untuk ditaklifkan sebagai moderator dan pengerusi majlis bagi Program "Di Ambang Ramadhan"..Program ini dianjurkan oleh YKSNS untuk memberi persediaan rohani kepada saudara2 baru serta penghuni2 YKSNS...tepat pukul 7 mlm, jemputan telah memenuhi Masjid Tok Muar..alhamdulillah, penceramah jemputan kami, Ybhg. Ustaz Hj Azameer Haji Alias, Timbalan Mufti N9 hadir setibanya waktu Maghrib dan beliau mengimamkan solat Maghrib...

Usai solat Maghrib dan berwirid, Ustaz Azameer memberikn ceramah beliau...Banyak input yang diberikan...Sebagaimana kita tahu, kita perlu setkan minda dan hati kita bagi menempuhi Ramadhan..Ramadhan merupakan madrasah atau universiti bagi umat Islam..Di bulan ini jugalah kita ditarbiahkan menjadi seorang muslim yg sabar..sabar dengan godaan nafsu..Di bulan ini juga dilimpahi rahmat dan keberkatan Allah...itu di antara input2 yg diberikan oleh Al-Fadhil ustaz Azameer.

Setelah bersama2 solat Isya', majlis perasmian disempurnakan oleh ADUN Senaling, YB Ismail Lasim. Beliau melahirkan rasa syukur dan gembira dengan usaha YKSNS yang membantu saudara baru dalam memahami Islam dan sewajarnya dijadikan contoh buat umum...Alhamdulillah, terdetik di hatiku agar Allah berikan ku kekuatan untuk terus berdiri teguh dalam usaha da'wah ini...mudah2n segala amalanku diterima...amin...


Tepat kul 10.30 ana bertolak ke Pusat Da'wah Islamiah, Paroi. Pukul 11 akan ada sesi perbincangan dan pembentangan misi Tamadun Dunia...Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah...Allahumma yassir wa la tu'assir...amin.

"Beramallah selagi nyawa dikandung badan"

0 comments:

Post a Comment