.:: Da'wah, Realiti dan Cabaran ::.






Salam ukhwah buat para sahabat sek
alian..Mudah-mudahan kita semua digolongkan dalam golongan mu'min yang beriman..aminn..Alhamdulillah, masih lagi diberikan kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di blog yang serba kekurangan ini..

30 Julai 2010

Ana telah menghadiri suatu seminar yang bertajuk Da'wah, Realiti dan Cabaran. Para Panelisnya, subhanallah hebat-hebat belaka. Mereka adalah Ustaz Ann Wan Seng (Setiausaha MACMA), Ustaz Nicholas Sylvester (Pengerusi Hidayah Centre) dan Ustaz Kamarul Zaman Mohamad (Timb. Pengerusi Hidayah Centre). Suatu perkongsian ilmu yang cukup berguna untuk kami yang hadir.

Bak kata pepatah, jangan dijolok sarang tebuan, buruk padahnya nanti. Begitulah juga dalam berda'wah. Da'ie perlu mengetahui selok-belok agama serta pantang-larangnya. Alhamdulillah, seminar ini menitikberatkan tentang pantang-larang ketika berda'wah kepada kaum Cina, Muslim dan Kristian. Ustaz Ann Wan Seng dengan penuh semangat menerangkan kepada kami bahawa terdapat perkara -perkara yang seharusnya kita perlu lakukan dan juga perlu dielakkan ketika berda'wah. Antara yang dapat ana kongsikan adalah da'ie perlu tekankan ilmu akidah sewaktu berda'wah kepada kaum cina. Majoriti da'ie terlalu menekankan tentang fiqah hingga menyebabkan mad'u salah faham terhadap Islam. Contoh yang paling mudah adalah khatan. Apabila seseorang yang masuk Islam, perlulah dikhatankan terlebih dahulu. Ini tidak seharusnya dipraktikkan oleh da'ie kerana ia akan memberi gambaran yang negatif terhadap mad'u. Mad'u seharusnya diberikan penjelasan terhadap ilmu ketuhanan (Akidah) terlebih dahulu agar mereka bertambah yakin terhadap Islam. Kemudian, barulah kita ajarkan mereka ilmu fiqah seperti solat, puasa, khatan dan sebagainya. Selain itu juga, dalam proses da'wah, kita perlu bergaul dan menunjukkan rasa ambil berat terhadap mad'u kita. Sebagai contoh, ziarahilah jiran kita yang berbangsa cina pada upacara kematian sanak saudara mereka..tapi ingat, jangan pakai baju merah! Pakailah baju hitam bagi menunjukkan kita menghormati mereka..tenangkan mereka dengan kata-kata semangat..Ini akan memberikan kesan yang amat dalam terhadap mereka dengan melihat bahawa Islam adalah agama yang mengambil berat.

Bagi masyarakat Hindu pula, Ustaz Kamarul Zaman bercerita berkenaan sejarah agama hindu dan dewa-dewa mereka. Untuk pengetahuan sahabat semua, berdasarkan sejarah dan dewa-dewa hindu, kita dapat membina suatu konklusi bahawa terdapat kelemahan dan kekurangan padanya. Pertama sekali adalah keterbatasan kuasa. Ada dikalangan dewa-dewa hindu meminta bantuan sesama mereka. Kedua ialah pelbagai rupa. Berbagai-bagai rupa dewa dapat kita saksikan terutamanya di kuil-kuil mereka. Tuhan berkepala gajah antara contoh yang mudah. Ketiga pula ialah tidak bermoral. Ada di antara dewa mereka yang berkahwin sesama jenis. Point yang terakhir ialah sembahan bermusim. Mereka menyembah tuhan-tuhan mereka mengikut musim. Thaipusam disambut pada bulannya dan begitu juga Deepavali.

-~Ustaz Nicholas memberikan ceramahnya ~

Panel terakhir iaitu Ustaz Nicholas Sylvester pula mengajak kami untuk menyingkap pantang larang berda'wah kepada orang kristian. Dalam ceramahnya menyebut bahawa pantang larang yang perlu kita ketahui dan amalkan ketika berda'wah terhadap orang kristian antaranya ialah tidak memandang rendah pada mereka. Kemudian, kita tidak seharusnya menyerang tanpa ilmu. Perkara ini sering berlaku ketika mana sesi dialog antara agama. Kadang kala kita terlalu emosional dan marah terhadap agama lain hinggakan menyalahkan agama lain tanpa mengusulkan bukti. Seterusnya, kita perlu menunjukkan contoh yang baik kepada mereka. Selain itu juga, sikap ambil berat menjadi tunjang dalam menyampikan mesej Islam kepada mereka. Selalu bertanya khabar, bersangka baik dan membantu mereka. Noktahi segala apa yang kita lakukan di atas dengan mendoakan mereka agar diberikan hidayah daripadaNya...

Sebagai penutup kalam, ana dapat simpulkan bahawa penda'wah@da'ie haruslah mempunyai ilmu serta kepakaran dalam berda'wah dengan sesiapa sahaja. Ada pantang -larang dalam berda'wah yang perlu dipatuhi bagi memastikan kelancaran da'wah tersebut. 'Ala kulli hal, teruskan berusaha dan bermohon kepadaNya mudah-mudahan urusan da'wah kita ipermudahkanNya..aminn.

0 comments:

Post a Comment