Kesan Zikir Terhadap Otak




Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.






Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.





*Entry asal di http://www.halaqah.net

MASUM 09'



-team ping pong USIM-

Assalammualaikum w.b.t buat antum pengunjung blog ini dan kepada sesiapa yang baru pertama kali menziarahi blog ini, ahlan wasahlan ana ucapkan...(^_^)..

Alhamdulillah, hampir seminggu MASUM (Karnival Sukan Universiti Malaysia) berlangsung di UUM, Sintok. Bermula 12 haribulan tempohari sehinggalah ke hari ini, sedar tak sedar tugas ana sebagai seorang pegawai sukan berada di penghujungnya. Disebabkan kekangan masa dan kudrat, hari ini barulah ana berkesempatan untuk postkan serba sedikit perkembangan berkenaan dengan kontinjen USIM di MASUM ni.

Ditaklifkan sebagai pegawai sukan yang menguruskan team ping pong bukanlah semudah yang disangkakan. Macam2 perlu diuruskan. Team kami xde coach, so kami berlatih sendiri je. Kesemuanya 14 pemain, 8 lelaki dan 6 perempuan. Macam2 kerenah yang perlu ana hadapi dari team ping pong ni. kiranya boleh la dikatakan team ni la yang paling 'nakal' sekali..(^_~)..nakal mcm ne ye?? hmm, fikir la sendiri..tapi nakal2 mereka, sumenye baik2 belaka...


First day, team muslimin bertemu UPM..boleh ke menang? insyaallah..pergi dgn semangat yg juang tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan..tdk mengapa, kita cuba lagi.kami tewas di tangan UPM..walaupun begitu, kedukaan kami terubat dengan kemenangan team muslimat ke atas team UIA..ana betul2 kagum dgn semangat mereka. UIA, nama yg cukup gah akhirnya berjaya dijinakkan oleh USIM, alhamdulillah..



Second day, seperti biasa pukul 8 kami tiba di Dewan Tan Sri Osman, venue kejohanan ping pong MASUM. hari ini muslimin akan berhadapan dengan UIA, ada chance la UIA nak bls dendam. Tanggapan ana sememangnya tepat apabila pasukan USIM mudah ditundukkan oleh UIA dengan kiraan 0-5...(~,~)...pada sebelah petang pula, team muslimat bertemu dgn team USM..majoriti pemain USM berbangsa cina...libasan mereka mungkin antum dapat bayangkan bagaimana...team muslimat USIM kecundang di tangan USM...xmengapa, bisik hati ana..insyaallah ada hikmah di sebalik kekalahan ini..seharusnya kita terima dengan hati yang redha dan sabar.


Hari terakhir peringkat kumpulan, team muslimin bertemu UiTM selaku favourite untuk juara kejohanan ni. Game hari ni bagi USIM hanya sekadar memenuhkan syarat dan bagi UiTM hanyalah game pemanas badan utk mereka. UiTM menurunkan semua reserve mereka...walaupun begitu team muslimin tetap menjanjikan saingan yang sengit untuk mereka. seperti hari-hari yang sebelumnya, tuah belum memihak kepada kami. kami tewas di tangan UiTM..di sebelah petangnya pula, team muslimat berdepan dengan game penentu untuk mara ke suku akhir apabila mereka berentap dengan UPM..seperti team muslimin, mereka tunduk di tangan UPM...

Sugul, sedih, muram jelas terpancar di riak wajah team ping pong USIM..ana faham apa yang mereka rasakan saat itu..lantas ana berikan kata2 perangsang bagi mengubat kedukaan mereka..kalah dan menang adalah adat permainan..mungkin mereka adalah yang terbaik di USIM tetapi masih jauh jika dibandingkan dengan universiti lain..

Sepanjang seminggu ana berkampung di UUM ini, terlalu banyak pengalaman dan pedoman yang diperolehi. Pengalaman menguruskan pasukan, menyelesaikan masalah dan ragam manusia, dan macam2 lagi sudah cukup membuktikan bahawa pengalaman itu sangat berharga untuk dimiliki..ana ingin kongsikan bahawa dalam sesebuah pasukan, elemen teamwork dan disiplin adalah sangat penting bagi menjana pasukan yang mantap dan cemerlang. Kedua2 elemen ini saling melengkapi antara satu sama lain. Apabila timbul konflik di dalam pasukan, segeralah diselesaikan agar ianya tidak melarat...


Insyaallah, 20 hb ni team ping pong USIM akan kembali ke bumi Nilai. Walaupun mereka gagal di UUM namun tersemat di hati setiap pemain bahawa mereka akan menjanjikan yang terbaik untuk MASUM 2010 di mana USIM akan menjadi tuan rumah bagi fasa 1 MASUM..Alhamdulillah, syabas USIM!..kepada para atlet, berjuanglah bersungguh-sungguh demi semangat kesukanan dan kecintaan terhadap universiti...wallahu a'alam.

"kekalahan bukan bererti kegagalan, namun sebenarnya kejayaan yang ditangguhkan"

Eid Mua'llimin



Alhamdulillah ana berkesempatan untuk menerjah masuk ke blog ana hari ini ^_^. Atas kesibukan kerja yang ada, ana cuba luangkan sedikit masa untuk menulis...

Tanggal 16 mei setiap tahun adalah hari yang paling istimewa buat para guru. Guru umpama ibu bapa kita, kerana mereka juga telah banyak mendidik dan mencurahkan ilmu tanpa jemu...guru umpama gedung ilmu. Mereka juga ibarat perpustakaan, ensiklopedia dan kamus bagi insan yang dahagakan ilmu. Mereka bukan sahaja seorang guru, malah mereka jugalah seorang doktor, pelakon, penyanyi, peguam, polis dan sebagainya. Kiranya, tanggungjawab yang dipikul oleh para guru adalah besar dan seharusnya kita menghormati mereka. Ingat ni selalu!! ^_^

Ibu ana juga merupakan seorang guru. Bagi ana, ibu adalah guru pertama dalam hidup ana. Ibu juga adalah sekolah pertama ana. Terima kasih ibu ^_~...sayang ibu..

Bersempena hari yang istimewa ini, ana ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik walau dimana jua kalian berada. Terima kasih kerana telah mengajar, mendidik dan mentarbiyah diri ini. Jasa dan pengorbanan para guru sekelian hanya Allah yang dapat membalasnya. Ana doakan agar semua guru didunia ini dirahmati Allah selalu dan semoga keikhlasan kalian dalam mendidik anak bangsa akan diberi kebaikan yang berpanjangan amin...

"Jika hari ini seorang Perdana Menteri memerintah negara, jika hari ini seorang peguam menang bicara, jika hari ini seorang ulama' tinggi ilmunya...semuanya bermula dari seorang guru biasa, yang tanpa jemu mengajar tulis baca"

Berapa Nilai Kasih Ibu???






Ini adalah kisah mengenai Nilai kasih Ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.

Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

Tolong pergi kedai
$4.00

Tolong jaga adik $4.00

Tolong buang sampah $1.00

Tolong kemas bilik $2.00

Tolong siram bunga $3.00

Tolong sapu sampah $3.00

Jumlah : $17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya.

Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan PERCUMA

Kos berjaga malam kerana menjagamu PERCUMA

Kos air mata yang menitis keranamu PERCUMA

Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu PERCUMA

Kos menyediakan makan minum,
pakaian, dan keperluanmu PERCUMA


Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu".

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang ditulisnya.


_______________________________________________________________________________


Imam Muslim di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan sebuah hadith yang berbunyi:

رغم أنفه من أدرك والديه عند الكبر أحدهما أو كليهما فلم يدخل الجنة

Maksudnya: “Kehinaan bagi sesiapa yang memiliki kedua ibu-bapanya yang tua salah seorang atau kedua-duanya, dan tidak dapat memasuki syurga.”[1]

[1] Sahih Muslim bawah bab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab

Tribute khas untuk Ibuku, Pn Noriza


Assalamualaikum w.b.t.

Rasanya dah beberapa hari tak menjengok blog ni. Atas kekangan masa dan kerja ana terpaksa tangguhkan penulisan blog ini, namun bersempena Hari Ibu ana turut titipkan lagu khas buat ibu tersayang...umum mengetahui Hari Ibu disambut pada 10 mei setiap tahun. Walaupun entry ini agak lewat, hakikatnya ana dah pun memberi ucapan selamat hari ibu kepada ibu ana...bagi ana, setiap hari adalah Hari Ibu...^_^

Ibuku, Pn Noriza bte Othman adalah insan yang teristimewa. Ibu seorang yang sabar walaupun banyak dugaan dan cabaran yang beliau hadapi...apatah lagi semenjak pemergian abah. Kagum melihat ketabahan ibu dalam menjaga dan mendidik kami, anak-anakmu. Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa dan pengorbananmu ibu...

Bersempena Hari Ibu, ku dedikasikan lagu ini khas buatmu...


Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu


p/s : Selamat Hari Ibu buat semua ibu di dunia ini.

"Kasih ibu membawa ke syurga, kasih abah sepanjang masa"

La Tahzan



Kenapa kenyataan tidak seindah impian?? Kenapa terlalu sukar untuk menggapai kebahagiaan?? Duhai hati, inilah kehidupan...seorang Mukmin itu tidak akan sunyi daripada ujian dan dugaan, sebagai tanda kasihNya kepada kita...sebagai penilaian tahap keimanan dan keyakinan kita kepadaNya.

Tidak salah menyimpan impian, namun iringilah dengan usaha dan doa serta tawakkal. Terima apa jua yang berlaku dengan tabah dan penuh redho. Biarlah hidup kita derita dengan usaha. Kelak kita akan dimuliakan jika tidak di dunia, namun pastinya di syurga.

Ujian adalah tarbiyah dari Allah, sama ada kita bersifat sabar ataupun sebaliknya apabila menghadapinya. Disebalik kesusahan pasti ada kesenangan!!!

"Sabar itu separuh daripada iman"

Kelebihan 5 Jari


Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan .."Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???

"Kejadian manusia adalah bukti kekuasaan Allah"

Al - Hubb


Apa itu CINTA?

Cinta adalah kecenderungan hati ke atas sesuatu. Namun cinta mestilah mengikut keutamaan, iaitu:

1-CINTA kepada Allah

2-CINTA kepada Rasul

3-Cinta pada diri sendiri

4-Cinta pada ibubapa, pasangan, keluarga

5-Cinta pada saudara muslim

"Katakanlah jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, keluarga-keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatirkan kerugiaannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya."
(At-Taubah:24)

Selepas CINTA Allah dan Rasul, maka barulah datang susunan cinta yang lain.

Sabda Rasulullah SAW,
"Kamu tidak akan masuk syurga hingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman sehingga kamu berkasih sayang"
(Hadith riwayat Muslim)

Cinta Antara Pasangan Kekasih dalam Islam

Melihat kepada maksiat-maksiat yang bakal terjadi akibat percintaan, bahkan dapat dilihat dengan jelas perbuatan maksiat dan mungkar ketika bercinta, jelas sekali Islam mengharamkan perbuatan tersebut. Cuma hari ini, di mana alam persekolahan remaja , mahasisiwa/mahasiswi bercampur gaul antara lelaki dan wanita, di tambah dengan kemudahan perhubungan moden, serta arus pemikiran moden dan barat yang global, amat susah untuk menegah lelaki dan wanita daripada jatuh cinta.

Oleh itu, jika pasangan bercinta masih menjaga adab-adab dan akhlak, maka cinta itu adalah baik. Sebaliknya, jika ia melanggar hukum agama, maka sudah pasti perbuatan itu adalah haram, dan cinta mereka juga haram. Adab-adab bercinta adalah sama dengan adab-adab bertunang. Pertunangan tidak menghalalkan apa-apa. Ia hanya sekadar suatu tanda dan perjanjian sementara sebelum termeterainya ikatan sah melalui aqad niqah. Jesteru, percintaan juga tidak menghalalkan apa-apa.


Dipetik daripada hasil tulisan Dato' Siti Noorbahyah Mahmud
(Bab 1,C.H.Tips Kebahagiaan Rumahtangga)


"Cinta sejati hanya dari Ilahi"