.:YTAR Camp:.





Assalammualaikum dan salam ukhwah buat sahabat2 sekalian...apa khabar anda semua? ana harapkan semoga dalam keadaan sihat dan ceria selalu...maafkan ana sbb dah lama x update blog ni...alhamdulillah, hari ni diberikan kesempatan untuk update...

20-23hb November 2009

YTAR Camp kali ni diadakan di Residence Hotel, Uniten..ana bersama dengan seorang junior serta sahabat dari UKM bertolak dari USIM seawal pukul 3petang dan kami ke sana dengan menaiki komuter..hari itu, ramai sangat orang di KTM..msg2 berebut nak masuk dlm tren walaupun dah macam sardin dibuatnya...itulah manusia...huhu..:-)

Sampai saja di Residence Hotel, kami terus check-in dan berehat di bilik masing2..alhamdulillah, selesa sgt bla dapat berehat dan melelapkan mata buat seketika...aktiviti pertama kami bermula seawal pukul 9 malam bertempat di dewan COIT, uniten..Aktiviti kami dimulakan dengan slot ice breaking di mana slot ni merupakan slot wajib bagi memulakan aktiviti di setiap YTAR Camp..very interesting sbb melalui slot ni, ana dapat mengenali senior dan junior2 dgn lebih rapat lg..alhamdulillh..

- Group Discussion -

-Fully Attention-

Slot open discussion pula menyusul selepas itu..kami diminta untuk memberikan buah fikiran bagi apa yang telah kami baca di bawah tajuk Rundingan Baling. Untuk pengetahuan sahabat2, rundingan Baling @ Baling Talk diadakan bagi menyelesaikan kemelut ancaman komunis pada ketika itu..rundingan ini diketuai oleh Tunku Abdul Rahman dan di pihak Komunis diketuai oleh Chin Peng..Antara kandungan yg dibincangkan dalam rundingan ini adalah pengampunan kepada komunis dengan syarat komunis perlu meletakkan senjata dan menyerah kalah..tetapi Chin Peng hanya mahu menyerah kalah dengan syarat Pari Komunis diiktiraf oleh kerajaan..TAR tidak bersetuju dan rundingan Baling gagal dalam mencapai kata sepakat..Aktiviti kami pada malam itu tamat pada pukul 11 malam..tapi ana dan shbt2 yg lain tidak dapat tidur lagi kerana kami merupakan jawatankuasa penaja bagi penubuhan YTAR Alumni..malam itu jg kami merangka perlembagaan bagi pertubuhan Alumni YTAR...pkul 4 pagi baru dpt lena...huhu letihnya..;~p

-Dinner with my frenz-

-Sahabat ana yg tangkap gambar ni pun dah ngantuk, tu yg blur je..:-)
- Meeting ajk penaja Alumni YTAR -


Keesokn harinya, seawal pukul 6.30 pg kami berjoging mengelilingi uniten..jauh jg..tapi seronok sbb cuaca pagi itu begitu indah...rasa segar badan ni...alhmdlh..usai sarapan, aktiviti kami sepanjang hari itu adalah group discussion..honestly, mmg berat sangat mata ni..maklumlah, xcukup tdr mlm semalam...kami diminta utk bincangkan tajuk2 yg diberi..tajuk2 yg diberi adalah National Unity, Malay Culture, First Development Plan dan National Constitution..mgkn shbt2 blh bygkan betapa berat tajuk yg diberi...nway, alhmdlh ana dpt berikan yg terbaik sepanjang sesi discussion...

Waktu petang pula, kami diuji dengan "Frisbee Challenge"..Game ni adalah gabungan antara ragbi dn bola jaring...mula2 agak kekok dgn game ni, tp lama kelamaan rasa seronok sgt..alhamdulillah, group ana dinobatkan sebagai naib juara utk game ni...mcm xpercaya je..honestly, game ni mmg best..Malam pula merupakan sesi pembentangan bagi apa yg telah kami bincangkan sepanjang hari itu..macam biasa, interesting tp quite tired..huhu...=) presentation tamat pkul 11 dan seperti biasa, ana dn jwtnkuasa penaja y lain terpaksa berkumpul dan mbuat persiapan utk presentation depan CEO YTAR esok pg...pukul 4 juga baru lena...huhu..

- Runner-up for Frisbee Challenge-

- Rustam and Gan -

Hari ini adlah hari terakhir dan pagi itu, kami perlu melalui ujian kecergasan@fitness test..kami diminta untuk melakukan bridging..ia seakan2 pumping dengan menggunakan lengan, perlu bertahan selama 5 minit tanpa jejakkan badan dan lutut ke atas tanah..badan perlu tegak..fuh, sgt2 mencabar...lepas selesai bridging test, badan rasa ringan sgt...alhmdlh..kemudian kami perlu berlari 6 pusingan trek sejauh 2.4 km..alhamdulillah, ana berjaya tamatkan dalam masa 14 minit..tp, itu pun xcukup fit sbb masa bagi seseorang yg fit adlh 12 minit dn ke bawah...insyaallah blh diperbaiki..=)

Usai sarapan, kami diberikan talk mengenai penjagaan kesihatan...dan selepas itu tibalah waktu yang ditunggu2 iaitu pembentangan perlembagaan Pertubuhan Alumni YTAR..Alhamdulillah, secara kesuluruhannya semua ok cuma ada sedikit penambahbaikan yg perlu dilakukan..YTAR Camp sememangnya menjanjikan pengalaman yang amat berharga buat ana dn shbt2 yg lain...ku bersyukur atas kurniaanMu, Ya Tuhanku..
.

1 comments:

Unknown said...

salam, boleh ana btanya..berapa org yg dpanggil ye ms sesi temuduga tu?? and all of the discusion in english or malay?

Post a Comment