Kenali Penulis






Mohd Shahrul Faizie bin Zaini. Anak kelahiran Kluang, Johor ini mendapat pendidikan awal di SK Bukit Gambir pada tahun 1993-1995 dan SK Panjang Sari, Pagoh pada tahun 1995-1997. Melanjutkan pelajaran ke SMK Tun Perak, Muar pada tahun 1998-2003. Kemudian, beliau menyambung pengajian ke peringkat Diploa di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA). Setelah 3 tahun berkelana di KUSZA, beliau meneruskan pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Pengajian Islam dengan Kepujian.

Sepanjang pengajian di USIM, beliau bergiat aktif dalam aktiviti kepimpinan antaranya dilantik sebagai Presiden Da'wah and Islamic Management Committee (DIMAC') pada tahun 2009-2010 dan seterusnya mengggalas amanah sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (PMFKP). Beliau juga seorang DJ Radio USIM dan Pendebat Bahasa Inggeris bagi Pasukan FKP.

Merupakan pemenang Anugerah Pelajaran DiRaja (Royal Education Award) pada Majlis Konvokesyen ke-9 USIM dan berjaya menamatkan pengajian dengan memperolehi Pura Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) sebanyak 3.94. Berpegang kepada prinsip "Empower Your Inner Strength", beliau kini meneruskan karier sebagai Pengacara di TV Alhijrah. Program kendalian beliau ialah Isu Akidah dan Assalamualaikum.

Sudah mendirikan rumahtangga bersama isteri tercinta, Noorsyuhada Mohamed Salleh dan dikurniakan permata hati, Iman Nabeeha.

0 comments:

Post a Comment