..:: Jawharatul 'Ilm ::..




Assalammualaikum dan salam ukhwah b
uat sahabat-sahabat semua. Apa khabar anda hari ini? Sama-sama kita doakan moga-moga hari ini adalah hari yang lebih baik dari semalam. Alhamdulillah, baru-baru ini ana telah menghadiri program Syarahan Perdana sempena 10 tahun USIM bertempat di Stadium Tertutup Nilai. Syarahan tersebut telah disampaikan oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia. Suasana yang cukup menarik dapat ana lihat di mana seluruh genap penjuru stadium dibanjiri oleh lautan pelajar dan kakitangan USIM. Suatu pemandangan yang sukar sekali di lihat di sini. Begitulah keterujaan kami untuk mendengar secara langsung syarahan daripada seorang Negarawan terbilang Malaysia.

Antara input yang mampu ana kongsikan kepada sahabat semua adalah berkisar tentang kepentingan ilmu. YABhg. Tun menekankan bahawa ilmu mampu untuk merubah kita dari kemunduran kepada kejayaan. Jikalau kita imbas kembali sejarah tokoh-tokoh ilmuan Islam terdahulu seperti Ibnu Sina, Al-Khawarizmi Al-Kindi dan lain-lain lagi, mereka begitu tekun dan bersungguh-sungguh dalam menuntut Ilmu. Mereka bukan hanya bermujahadah dalam satu cabang ilmu sahaja malahan mereka berjaya menguasai dalam pelbagai bidang Ilmu. Dalam erti kata yang mudah, mereka menguasai Ilmu Islam dan Ilmu keduniaan. Sebagaimana yang kita ketahui, dunia adalah tempat persinggahan sementara dan akhirat jualah tempat yang kekal selam-lamanya. Oleh sebab itu, kita perlu menguasai kedua-dua Ilmu ini dalam memastikan umat Islam tidak mundur dan ditindas oleh umat lain.

Selain itu juga, YABhg. Tun mengingatkan kita supaya tidak hanya tertumpu kepada Ilmu Islam sahaja. Ini kerana masyarakat di luar sana memerlukan kepakaran kita dalam pelbagai bidang. Justeru, perlu ada di kalangan umat Islam mempelajari ilmu pertahanan, pertanian, kejuruteraan dan sebagainya bagi menjana kemajuan umat Islam di dunia. Kerana itulah, kita perlu bersyukur kepadaNya dan berterima kasih kepada saudara-saudara kita yang bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu tersebut bagi faedah umat Islam.

Syarahan YABhg. Tun mengambil masa satu jam dan ana rasakan ianya cukup padat dengan nasihat serta idea-idea yang berguna kepada kami. Selepas selesai program, ana diminta untuk menemuramah YBhg. Dato' Naib Canselor dalam memberikan respon beliau terhadap program Syarahan Perdana ini. First time diberikan tugasan sebagai penemuramah TV secara spontan. Alhamdulillah, walaupun agak nervous sikit, semuanya berjalan dengan lancar. Mudah-mudahan Allah meberikan kekuatan dalam menempuh segala cabaran dalam kehidupan ini..Wallahu A'alam.

video

2 comments:

erma fatiha said...

Penguasaan ilmu Islam bersama Sains mampu menggerakkan jasad umat Islam yang kian lemah lantas mencetus ledakan penghayatan yang mendalam.

Ilmu dan penghayatan harus bersama.Menuntut ilmu tanpa penghayatan ibarat mayat hidup.

Sayang sekali,mereka yang berilmu sains tidak ditekankan ilmu tauhid,syariah dan juga akhlak.

Mereka yang belajar 'agama' kadang-kala hanya mengikut silibus .Belajar tanpa penghayatan.

Nasihat untuk diri sendiri dan juga sahabat-sahabat.

Moga istiqamah dalam menghayati ilmu.

Ibnu Zaini said...

Naam ya ukhti..ana bersetuju dengan apa yang enti katakan..Perlu saling ingat-mengingati supaya kita tidak terlupa bahawa kita menggalas tanggungjawab yang amat besar di muka bumi ini..syukran.

Post a Comment