"Hapuskan Islam Liberal"


20 Ogos 2009

"Assalammualaikum, shahrul..awak free 20 Ogos ni? Saya nak minta tolong awak carikan kwn2 utk join program Seminar Pemurnian Aqidah..ajak zaini sekali ye.." pinta Ustaz Wan Fazrul pada ku.."Insyaallah ustaz, saya akan tolong ustaz handle program ini, syukran ustaz.."balasku..

Seminar Pemurnian Aqidah - Sebuah program ilmiah yang amat baik pengisiannya dengan bertemakan "Aqidah Murni Tanpa Liberalisme"...Seminar ini bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, KL..Alhamdulillah, ana bersama pensyarah2 da'wah di antaranya Ustaz Wan, Ustaz Yuseri dan Ustazah Marina...Pelajar pula seramai 30 orang yang majoritinya muslimat...:-) biasalah kan?...

Pembentang kertas kerja pertama iaitu Ustaz Ariffin. Di dalam pembentangan beliau, byk pendedahan baru yang kami perolehi..beliau mengatakan ramai pelopor Islam Liberal datang dari Universiti terkemuka Indonesia, Universiti Islam Indonesia(UIN) seperti Harun Nasution dan lain2 lg..Tokoh Islam Liberal ini terlalu bahaya sehinggakan mereka menganggap bhw perkahwinan sejenis adalah hak asasi manusia...

Pembentang kertas kerja seterusnya ialah Dr.Khalif Muammar dengan isu2 'feminisme'..feminisme ini boleh dita'rifkan sebagai menyamaratakan kedudukan perempuan dengan lelki...antara2 isu2nya, talak boleh dijatuhkan oleh isteri, pembahagian faraid yang samarata dan byk lagi...feminisme di Malaysia dipelopori oleh Sister in Islam (SIS)...ada yg bertanya, beberapa bulan yg lalu ada diadakan 'Musawwah' dan ia dirasmikan oleh Dr. Mashitah..so apakah maknanya itu??..

Pembentang kertas kerja terakhir ialah Dr. Anis Malik Thoha.Beliau mengulas tentang bahayanya fahaman pluralisme..pluralisme terhasil daripada konsep liberal yang menyamaratakan agama Islam dengan agama yg lain..sedangkan Allah telah menegaskan bhw Agama di sisi Allah adalah agama Islam...

kira2 pukul 5, seminar ini berakhir...alhamdulillah, banyak yg kami perolehi drpd seminar pemurnian aqidah ini..mudah2n aqidah kita sentiasa terpelihara dari anasir2 yang boleh memesongkan..amin.
Wallahu a'alam..

"EKSPRESI 09' "


Rabu 19hb Ogos 2009

"Asslammualaikum, shahrul...esok awak free x? tanya sifuku, Ustaz Rusydan pada ku. "Insyaallah ustaz, saya rasa esok saya lapang...xada apa2 rasanya" balasku.."Kalau macam tu, esok shahrul temankan saya ke Ulu Yam ye. Saya dijemput untuk talk EKSPRESI 09' anjuran SPMM..."pinta ustaz Rusydan padaku. "Insyaallah, ustaz." balasku dengan senyuman kegembiraan...

EKSPRESI 09' - Program anjuran SPMM USIM, bertempat di Laman Bestari Resort, Ulu YAm..Ana dan sifuku bertolak seawal jam 8.30 pagi..perjalanan yang sarat dengan ilmu kerana ketika itulah peluang yang terbaik untuk ana berkongsi ilmu dengan ustaz...maklumlah, ustaz ana ni seorang yang sibuk, Timb. Dekan. jadi xhairanlah jika sukar untuk bertemu dengannya...banyak ilmu yang ana perolehi sepanjang perjalanan..di samping tu juga, ana menjadi co-pilot utk ustaz..:-)

Alhamdulillah, kami tiba di Ulu Yam tepat seperti yg dijanjikan..pkl 11 pagi..Dalam slot ustaz yang bertajuk "Da'wah dan Keperluan", ustaz mengajak kami supaya meneliti tanggungjawab kami sebagai penda'wah..selain itu juga, ustaz menerangkan tentang personaliti penda'wah, tajuk, halangan2 dalam berda'wah dan apakah manhaj2 yang sesuai dalam berda'wah..Ustaz menerangkan apakah tajuk yg paling utama ketika ingin berda'wah?? agk2 apa ye, sahabat? ustaz jelaskan, paling utama adalah kt menerangkan kpd mad'u kita tentang asal-usul kejadian diri...bawa mad'u kita meneliti apakah yang menyebabkan mereka berada di dunia ini...

Dalam sesi soal jawab, alhamdulillah kerana byk soalan diajukan oleh para peserta program tg rata2 mrk pelajar tahun 1 dan 2..antara soalan2 mrk:

1) Kadang2 sbg da'e. kita mudah berputus asa apabila mad'u kita menolak da'wah kita...adakah perlu kita meneliti natijah dan hasil drpd da'wah kita atau kita hanya serahkan sahaja pada Allah?

Ustaz menjawab, sebenarnya kedua2nya perlu...yang pertama sekali, kita perlu sedar bhw Allah ingin melihat usaha kita, adakah kita telah menjalankan kewajipan kita utk berda'wah...Hidayah samada mad'u kita terima atau tidak, itu kerja Allah..yang kedua, kita juga perlu menilai hasil usaha kita bagi mengetahui adakah metode dan manhaj kita sesuai pada mad'u...mgkin dari situ kt dapat memperbaiki lagi kelemahan kita...

Alhamdulillah, selepas solat zuhur, kami bertolak ke USIM. sebelum ke USIM, ustaz ajak ana singgah ke Bukit Mahkota bagi menziarahi ayah ustaz..ayah ustaz kini terlantar di rumah kerana diserang penyakit "Brain infection"..sama2 kita doakan semoga beliau cepat sembuh...amin. Suatu pengalaman ilmu yang amat berharga bagi ana..tahniah ana ucapkan kepada SPMM..teruskan usaha da'wah antum..ana akan sentiasa menyokong antum semua..semoga hati ini sentiasa di jalanNya..
Wallahu a'alam..

"Di Ambang Ramadhan"



Presiden YKSNS bersama Ustaz Haji Azameer Haji Alias, Timb. Mufti N9

15hb Ogos 2009

Tepat pukul 5 petang, ana perlu tiba di Yayasan Kasih Sayang, Kuala Pilah. Perjalanan dari Paroi ke Kuala Pilah mengambil masa kira2 1 jam...itu pun tengok pada keadaan jalan...Hari ini ana cuma berseorangan sbb sahabat2 seperjuangan yang lain mempunyai masyaqqah dan xdpt bersama2 dengan ana...setelah meminta kebenaran dari abang jufitri, ana terus bergegas ke KP..

Alhamdulillah, tepat kul 5 ana tiba di YKS..syukur Ya Allah Kau pelihara perjalananku ini...setibanya di sana, ana bersiap2 untuk ditaklifkan sebagai moderator dan pengerusi majlis bagi Program "Di Ambang Ramadhan"..Program ini dianjurkan oleh YKSNS untuk memberi persediaan rohani kepada saudara2 baru serta penghuni2 YKSNS...tepat pukul 7 mlm, jemputan telah memenuhi Masjid Tok Muar..alhamdulillah, penceramah jemputan kami, Ybhg. Ustaz Hj Azameer Haji Alias, Timbalan Mufti N9 hadir setibanya waktu Maghrib dan beliau mengimamkan solat Maghrib...

Usai solat Maghrib dan berwirid, Ustaz Azameer memberikn ceramah beliau...Banyak input yang diberikan...Sebagaimana kita tahu, kita perlu setkan minda dan hati kita bagi menempuhi Ramadhan..Ramadhan merupakan madrasah atau universiti bagi umat Islam..Di bulan ini jugalah kita ditarbiahkan menjadi seorang muslim yg sabar..sabar dengan godaan nafsu..Di bulan ini juga dilimpahi rahmat dan keberkatan Allah...itu di antara input2 yg diberikan oleh Al-Fadhil ustaz Azameer.

Setelah bersama2 solat Isya', majlis perasmian disempurnakan oleh ADUN Senaling, YB Ismail Lasim. Beliau melahirkan rasa syukur dan gembira dengan usaha YKSNS yang membantu saudara baru dalam memahami Islam dan sewajarnya dijadikan contoh buat umum...Alhamdulillah, terdetik di hatiku agar Allah berikan ku kekuatan untuk terus berdiri teguh dalam usaha da'wah ini...mudah2n segala amalanku diterima...amin...


Tepat kul 10.30 ana bertolak ke Pusat Da'wah Islamiah, Paroi. Pukul 11 akan ada sesi perbincangan dan pembentangan misi Tamadun Dunia...Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah...Allahumma yassir wa la tu'assir...amin.

"Beramallah selagi nyawa dikandung badan"

"Penjejak Tamadun Dunia"



14 Ogos 2009

Assalammualaikum...salam ukhwah buat sahabat sekalian..ana doakan semoga sahabat sekalian sentiasa di bawah lindungan rahmatNya...Syukran atas ziarah..:-)
Untuk kali ini, ana teringin untuk berkongsi pengalaman dengan sahabat2 sekalian berkenaan dengan program "SAKTI" anjuran GPTD (Grup Pengkaji Tamadun Dunia) dan Jabatan Belia dan Sukan N9..

Program SAKTI telah diadakan di Pusat Da'wah Islamiah, Paroi. Program ini bermula pada 14hb-16hb yg lepas. Alhmdulillah, program ini telah memberikan ana kesan yang sangat mendalam peri pentingnya kita berfikiran global. Selama ini kita hanya memikirkan isu2 yg remeh...sedangkan masyarakat dan saudara kita di luar sana memerlukan kita untuk bersatu...Terima kasih buat ustaz rumaizuddin yang telah banyak memberi peluang kepada ana dan rakan2 sekumpulan untuk join dalam program seperti ini...

Sepanjang 3 hari berkampung di Pusat Da'wah Islamiah, Paroi, kami didedahkan dengan berbagai-bagai talk dan bengkel. Antara speaker yg terlibat adalah Prof Azimi Hamzah, En Ahmad Azam selaku pengasas GPTD, Ustaz Shamsul Azhar, YDP ABIM N9 dan ramai lagi... objektif sebenar program ni adalah untuk memberi pendedahan berkenaan kerja2 sukarela. Kami juga dilatih bagaimana membina personaliti belia yang unggul.

Antara input2 berguna yg ingin sy kongsikan pada shbt2 sume adalah...early bloomer dan late bloomer...early bloomer bermaksud orang yang hebat sejak dari awal lagi tetapi pada akh
irnya dia menjadi seorang yg rugi. ini kerana, dia rasakan bhw dia hebat dari akademik dan xperlu bersosial...maka orang di sekeliling merasakan tdk perlu untuk menegurnya kerana dia sudah sedia hebat...late bloomer bermaksud orang yg kurang pandai tetapi dia sentiasa mahu mencari peluang untuk memperbaiki diri...maka kerana itulah dia lambat untuk menyerlah...maka mana satu letaknya kita?? selain intu juga input yg diberi seperti beramallah di muka bumi ini dengan sebaiknya dan doakanlah agar pemergian kita ditangisi oleh penduduk langit dan bumi...janganlah kita risau apabila didatangi sesuatu masalah kepada kita kerana Allah xkan lupakan hamba2Nya yang beriman...

Pada hari kedua, ana perlu meninggalkan kem SAKTI untuk seketika bagi memenuhi tugas sukare
lawan di Yayasan Kasih Sayang, Kuala Pilah...dan Hari terakhir sesi pembentangan bagi projek Tamadun Dunia. Alhamdulillah, kumpulan ana akan mengkaji tamadun Syria dan tokoh Khalifah Umar Abd Aziz...kami dijadualkan ke Syria bulan 6 thn hadapan...doakan kami ye..objektif ke sana?..sudah tentu mengkaji tamadun dan tokoh, menguasai bhs arab, khidmat sosial dan networking...mudah2n segalanya dipermudahkanNya...

Program SAKTI ini benar2 meninggalkan kesan yang mendalam kepada ana...fikiran ana diajak berfikir dengan lebih luas...solidariti ummah perlu ditekankan...bagi menjamin Islam sentiasa terpelihara...terima kasih sekali lg buat rakan2 seperjuangan...buat abg jufitri, adik2 dr unisel, politeknik p.d, kolej lagenda dan sahabat2 uia, antum teruskanlah usaha murni ini...mudah2n mendapat keberkatan dari Nya...

-wallahu a'alam-

"Solidariti Ummah Benteng Segala Kemusnahan"

Pemergianmu....



Rabu 5-08-09


"Salam, abang shah...abang tau tak yang ewah dah meninggal dunia sebab H1N1,innalillah." hatiku berdetik kencang melihat mesej di handset ku....lantas ku menelefon Hasybi bagi mendapat kepastian..."betul abang shah, ewah meninggal dunia subuh tadi...abang sabar ye...kita doakan mudah2n ewah ditempatkan bersama org2 yg soleh..." kata Hasybi. "Terima kasih, bi...sama2 kita doakan ye." balasku. Tanpa ku sedari, air mataku menitis..Innalillahi wainna ilaihi raji'un...abey, mudah2n dikau ditempatkan bersama golongan2 soleh...detik hati kecilku.


Adikku, begitu pantas dikau meninggalkanku..setelah hampir lima tahun kita bersama, suka duka kita tempuhi bersama..dirimu seorang adik yang sabar, sabar dalam melayan kerenah abangmu ini...masih ku ingat ketika ku ditimpa kemalangan sewaktu di KUSZA dahulu, dikaulah yang menjagaku, menyuapkanku, menemaniku dan melayan kerenahku ketika itu...tidak akan kulupakan semua itu dalam ingatanku...ku berdoa semoga Allah membalas segala kebaikanmu padaku..


Kau sering bercerita kepadaku bahawa dikau ingin menjadi seorang penda'wah yang berjaya...penda'wah yang dapat melaksanakan amanah Allah dengan baik...ketahuilah, bahawa bahawa bibirku tidak pernah lekang berdoa untukmu...walaupun dikau sering dilanda kedukaan, daku tetap bersamamu...adikku, semoga taman2 syurga menantimu di sana, amin... Terfikir daku sendirian...kematian yang bakal menjemput ku menghadap ilahi...entah sekarang, hari ini, esok, lusa atau bila? semua itu menjadi rahsiaNya...daku hanya perlu bersedia untuk menerima kedatangannya...bagaimanakah amalanku selama 23 tahun ini??adakah ia mencukupi untuk menampung dosaku?? Ya Allah, berkatilah segala amalanku...

Kematian itu satu kepastian...usia muda bukanlah untuk bersukaria...penuhilah kekosongan hidupmu dengan amalan2 kebaikan...apabila kematian menjemput maka tidak ada peluang untuk kita kembali lagi... Ya Allah, ampunilah dosa2ku, dan seluruh umat Islam yang telah meninggal dunia...semoga roh mereka dicucuri rahmat...amin.


"Allahummakhtim lana bihusnil khotimah...wa la takhtim a'laina bi suu'il khotimah"

"Little Caliph"


Salam ukhwah buat pengunjung blog ini dan sekuntum senyuman buat antum ana hulurkan...:-) Alhamdulillah, ana masih diberikan peluang untuk berkongsi idea serta pengalaman2 yang terlalu berharga untuk kita sama2 hayatinya...


2 Ogos 2009...program "Little Caliph" menyusul selepas program Motivasi Sukarelawan...seawal 6.30 pg ana bersama2 sahabat2 yg xpernah mengenal penat jemu dalam arena da'wah, kami bertolak ke Sungai Buloh...destinasi Da'wah kami kali ini adalah Sekolah Rendah Agama Zahidiah, Sungai Buloh...tepat 7.45 pagi kami tiba di sana dan amat menggembirakan kami apabila kami melihat beberapa orang pelajar telah tiba terlebih dahulu bagi menyambut ketibaan kami...Ya Allah, kuatkanlah hati mereka dalam agama Mu...

Setelah selesai set up segala peralatan yg ingin digunakan, kami bersarapan dan mulakan dengan slot taaruf...alhamdulillah, seramai 50 orang pelajar di antara mereka yang majoritinya berada di darjah 4 dan 5 berasa gembira dengan slot tersebut...xkenal maka xcinta kan...setelah cinta terbit, maka dengan itu elemen da'wah mudah untuk menembusi hati2 mereka...kami teruskan dgn slot my lovely mum and dad...kami tayangkan video kartun berunsurkan pengajaran..dan kami minta mereka mengambil iktibar dan pengajaran atas apa yang mereka tonton dari video sebentar tadi...



Akademi Little Caliph pula menyusul...kami ingin melihat bakat2 dan potensi mereka dalam melakukan persembahan..ada yg diberi tugasan lakonan dan nasyid...terhibur hati ini, melihat telatah adk2 dalam melakukan persembahan mereka...tersirat di hati ana, walaupun mereka masih muda tetapi semangat dan keazaman mereka jelas terserlah pada persembahan mereka...tahniah, adik2ku...abang bangga denganmu...kotak beracun pula merupakan slot ketiga kami...adik2 amat gembira dgn permainan tersebut..mana tidaknya, masing2 berusaha utk mengelak dari menjadi mangsa kotak beracun...yg menjadi mgsa pelu menjawab soalan2 yang berkaitan dengan ibadah, aqidah dan akhlak...ada yg dapat menjawab, ada juga y xberjaya namun dibantu oleh rakan2 y lain...seronok melihat sikap ingin membantu dikalangan mereka...


selepas solat zuhur dan makan tengahari, slot terakhir kami iaitu "tom2bak vs semangat gaza"...pada slot itu, ana mengajak2 adik2 merenung kembali apakah tugas kita di dunia ini...perbandingan generasi muda di Malaysia dan di Palestin...di Palestin, kanak2 mereka berjuang dengan kereta kebal Israel hanya berbekalkan batu dan lastik...mungkin ada di antara kita mengatakan ianya perbuatan yg sia2 dan mustahil boleh menghancurkan kereta kebal...tetapi kita kena ingat, "kun fa yakun"...jadi, maka jadilah ia...

Sebelum berakhirnya program, kami bersalaman dan berpelukan...ana sempat membisikkan di telinga mrk bhw adik2 adalah khalifah yg akan menjaga bumi ini...jagalah ia sebaiknya...ini amanah dari Allah..alhamdulillah, kami amat bersyukur sekali lagi program kami dipermudahkanNya...Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada hambaMu ini dalam berda'wah di jalan Mu...

Kira2 pukul 6 kami bertolak pulang ke Nilai...riak kepenatan bersama kegembiraan jelas terpancar di wajah sahabat2 seperjuangan...mana tidaknya, belumpun masuk highway, masing2 dah syahid...:) mengenangkan diri ini sbg "supir", terpaksalah tahan kejap kepenatan yang menguasai diri...alhamdulillah, perjalanan kami selamat dan pengalaman yg amat berharga telah kami kecapi...usaha + tawakal + doa = kejayaan...


"Allahumma thabbitna fil Islam"

Sukarelawankah kita??




Assalammualaikum kepada sahabat-sahabat yang menziarahi blog ana... ahlan wasahlan wa syukran ana ucapkan kepada antum...mudah2n wadah informasi ini menjadi medium bagi kita berkongsi pengalaman dan saling ingat-mengingati sesama kita...


Alhamdulillah, pada 1 Ogos yg lalu, group ana telah menganjurkan program motivasi sukarelawan. Kami bersama2 Yayasan Kasih Sayang, Negeri Sembilan berganding bahu untuk memberi kefahaman yang baik kepada umum peri pentingnya seorang sukarelawan...penceramahnya?? sudah tentu kaunselor dari MAINS, Encik Zuhairy Md.Nopiah atau panggilan manjanya, "ateh"... dlam slot beliau, ateh mengingatkan bahawa sukarelawan haruslah ikhlas, dan sentiasa bersedia untuk membantu walau dalam apa jua keadaan..sukarelawan juga boleh ditafsirkan dengan 3 suku kata..."suka" "rela" dan "wan"...adakah kita suka? adakah kita rela? dan adakah kita bersedia ditawan oleh kerja2 yg memerlukan kita di sana....sama2 kita fikirkannya...



Audiens kami rata-rata mereka terdiri daripada kanak2 dan belia serta golongan veteran. Dikalangan mereka juga adalah 'non-muslim'. Semasa ana mengendalikan slot ana, agak mencabar juga kerana kita perlu mengurangkan "gap" antara muslim dan non-muslim pada ketika itu. "Ibu", panggilan mesra untuk Timb. Presiden YKS mengingatkan ana agar jangan terlalu 'ekstrim' dalam menerangkan tentang Islam. Ini kerana kita akan membina jurang di antara non-muslim dan muslim. Kita perlu lebih 'friendly' dan lebih banyak menggunakan manhaj 'athifi' iaitu kelembutan dalam berbicara serta berusaha untuk memenangi hati mereka.

Alhamdulillah, secara keseluruhannya program kami berjalan dengan lancar. Ana amat bersyukur kerana segalanya dipermudahkanNya...Harapan ana semoga usaha kami mendapat keberkatanNya...ingatlah, kita menenunaikan amanah yg diberikanNya...Dialah yang memberi hidayah kepada hamba2Nya....

Petang itu kami bertolak pulang ke Nilai. Keesokan harinya, amanah yang lain menanti kami...program "Little Caliph" di Sekolah Rendah Agama Zahidiah, Sungai Buloh...Ya Allah berkatilah amal kami...

"Allahumma yassir wa la tu'assir"