"Hapuskan Islam Liberal"


20 Ogos 2009

"Assalammualaikum, shahrul..awak free 20 Ogos ni? Saya nak minta tolong awak carikan kwn2 utk join program Seminar Pemurnian Aqidah..ajak zaini sekali ye.." pinta Ustaz Wan Fazrul pada ku.."Insyaallah ustaz, saya akan tolong ustaz handle program ini, syukran ustaz.."balasku..

Seminar Pemurnian Aqidah - Sebuah program ilmiah yang amat baik pengisiannya dengan bertemakan "Aqidah Murni Tanpa Liberalisme"...Seminar ini bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, KL..Alhamdulillah, ana bersama pensyarah2 da'wah di antaranya Ustaz Wan, Ustaz Yuseri dan Ustazah Marina...Pelajar pula seramai 30 orang yang majoritinya muslimat...:-) biasalah kan?...

Pembentang kertas kerja pertama iaitu Ustaz Ariffin. Di dalam pembentangan beliau, byk pendedahan baru yang kami perolehi..beliau mengatakan ramai pelopor Islam Liberal datang dari Universiti terkemuka Indonesia, Universiti Islam Indonesia(UIN) seperti Harun Nasution dan lain2 lg..Tokoh Islam Liberal ini terlalu bahaya sehinggakan mereka menganggap bhw perkahwinan sejenis adalah hak asasi manusia...

Pembentang kertas kerja seterusnya ialah Dr.Khalif Muammar dengan isu2 'feminisme'..feminisme ini boleh dita'rifkan sebagai menyamaratakan kedudukan perempuan dengan lelki...antara2 isu2nya, talak boleh dijatuhkan oleh isteri, pembahagian faraid yang samarata dan byk lagi...feminisme di Malaysia dipelopori oleh Sister in Islam (SIS)...ada yg bertanya, beberapa bulan yg lalu ada diadakan 'Musawwah' dan ia dirasmikan oleh Dr. Mashitah..so apakah maknanya itu??..

Pembentang kertas kerja terakhir ialah Dr. Anis Malik Thoha.Beliau mengulas tentang bahayanya fahaman pluralisme..pluralisme terhasil daripada konsep liberal yang menyamaratakan agama Islam dengan agama yg lain..sedangkan Allah telah menegaskan bhw Agama di sisi Allah adalah agama Islam...

kira2 pukul 5, seminar ini berakhir...alhamdulillah, banyak yg kami perolehi drpd seminar pemurnian aqidah ini..mudah2n aqidah kita sentiasa terpelihara dari anasir2 yang boleh memesongkan..amin.
Wallahu a'alam..

0 comments:

Post a Comment