TM Point Puchong Terbaik!



 Salam alaik buat blogwalker semua. Harap semua sihat dan dipermudahkan segala urusan. Post kali ini berkenaan TM Point Puchong. Bukan apa, pada 19 Disember lalu saya telah dijemput untuk memimpin bacaan yasin, doa selamat sekaligus menyampaikan ceramah bertajuk 'Work as Ibadah' Jadi ada beberapa perkara yang saya suka nak berkongsi dengan anda semua.

Pertama sekali, terus terang saya katakan yg saya cukup kagum dengan usaha pihak TM di sini kerana dalam kesibukan mereka bekerja, ada juga inisiatif utk mencari masa dan melaksanakan majlis seumpama ini. Walaupun ia dilangsungkan dalam skala yg kecil atau dlm bahasa yg mudahnya 'untuk kita2 aje' namun kemeriahannya sangat dirasai.

Usai memimpin solat maghrib dan bacaan Yasin (maklumlah, malam jumaat) saya berkesempatan utk berkongsi sedikit ilmu yg xberapa nak banyak ni kpd mereka yg hadir. Insyaallah, sy akan postkan tazkirah sy di next entry. Antara input-input yg dikongsikan ialah bagaimana kt nak menjadikan kerja itu sebagai ibadah dan menjaga tuntutan fardhu ketika bekerja.

Menerima cenderahati daripada 'Big Boss'

Alhamdulillah wa syukrulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ketika jamuan pula, kami sempat bertukar-tukar cerita dan pengalaman. Macam-macam yg dikongsikan. Apa yg mengagumkan saya apabila mendengar pengalaman mereka dalam melayani customer APTB (apapuntakboleh). Maksudnya, customer yg byk cekadak! Xkiralah melayu@cina. Majoritinya cina sbb puchong kawasan cina. Pekerja2 TM di sini boleh dikatakan sudah lali dgn pe'el customer yg datang. Ada di antara mereka yg xpasal2 dapat perkataan b***h free2 je.

Pengurus cawangan TM Point Puchong, Akak Azizah.

Ada juga yg menerima ugutan sehingga polis terpaksa campur tangan. But, the best thing adalah pekerja-pekerja di sini mmg sgt sabar. Mereka anggap itu semua sebagai asam garam pekerjaan. Mereka juga rasakan ia adalah satu keseronokan bila melihat perkara yang baru dan sukar dijangka setiap hari. Pada masa yg sama, mungkin juga ada yg mengamalkan 'Emotional Labour'. Nak tau ape dia, insyaallah lain entry sy kongsikan.

Big Boss yang sangat peramah.

Subhanallah, ziarah saya di TM Point Puchong memberi satu perspektif yang jelas. Ukhwah fillah dan sabar dalam pekerjaan. Layanan mereka kepada saya seolah-olah saya sudah menjadi sebahagian dpd keluarga mereka. Tiada jurang yang memisahkan kami.

Teringat saya kepada sabda Nabi s.a.w mafhumnya: "Tujuh golongan di mana Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya:

Pertama : Imam (pemimpin) yang adil.

Kedua : Pemuda yang membesar dengan beribadah kepada Allah.

Ketiga : Insan yang hatinya terpaut dengan masjid.

Keempat: Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah.

Kelima : Insan yang digoda oleh wanita yang berpangkat dan cantik lalu dia berkata: Sesungguhnya aku takutkan Allah!

Keenam : Orang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan tangan kanannya.

Ketujuh : orang yang mengingati Allah secara bersendirian lalu menitiskan air matanya.
(HR Bukhari dan Muslim)

Warga TM Point Puchong yang sangat sporting!

Semoga ukhwah yg dibina ini mendapat rahmat dan kasih sayangnya. Ameen.
Wallahu a'alam.


Continue Reading

Isu Akidah Penyatu Ummah


Sudah menjadi lumrah dalam industri penyiaran, setiap rancangan/program yg dihasilkan akan dinilai berdasarkan rating penonton. Bagi rancangan yang memiliki rating tinggi dan menguntungkan maka ia akan dapat bertahan lama. Bagi yang tidak, alamatnya kena tutup kedai lah. Namun begitu, kebiasaannya sesuatu rancangan tidak akan ditutup sewenang-wenangnya sebelum pelbagai usaha untuk penambahbaikan dilakukan. Apabila segala usaha telah pun dibuat namun rating masih tare tu jee...faham-fahamlah...

Liku-liku perjuangan



Mula dikenali sebagai Misteri Alam Melayu

Kini dijenamakan semula sebagai Isu Akidah
Isu Akidah juga tidak ketinggalan melalui pelbagai usaha transformasinya. Bayangkan sejak penubuhan Tv Alhijrah pada tahun 2011 Isu Akidah dikenali dengan Misteri Alam Melayu, kemudian melalui proses penjenamaan semula sebagai Kes Akidah sehinggalah ke hari ini ia dikenali dengan Isu Akidah. Banyak perubahan yg telah dilakukan. Alhamdulillah, kini Isu Akidah semakin dikenali ramai. Fanpage FB Isu Akidah yg dahulunya sukar meningkat bilangan LIKE, alhamdulillah kini semakin bertambah. Rating yang paling tinggi pernah diperolehi pula langsung tidak dijangka iaitu mencecah hampir 300k penonton. Alhamdulillah.

 Namun begitu, langit tidak selalunya cerah. Selepas peningkatan mendadak tersebut, Isu Akidah struggle untuk mengulangi kejayaan rating tertinggi. Kini rating IA hanya sekadar 100k dan ke bawah. Agak mengejutkan ada yg berkata Isu Akidah pernah dicadangkan pihak pengurusan untuk ditutup! Itulah cabaran dalam penghasilan sesebuah program. Saya selaku hos juga menerima tempiasnya. Namun, saya dan sahabat-sahabat krew yang lain tidak pernah berputus asa. Kami jadikan ia sebagai satu cabaran untuk menaikkan lagi semangat dakwah kami. Kini kami mengorak langkah untuk memastikan Isu Akidah mendapat tempat di hati penonton.
Continue Reading

Comeback!!


My new look website. Amacam, ok x?
Alhamdulillah, setelah hampir setahun web ini berhabuk disebabkan tiada masa dan 'zouq' untuk saya menulis sesuatu...dengan izinNya saya kuatkan semangat jua untuk memberi sentuhan terbaru web ini.

Nak menyiapkan laman web ni memang perlukan kesabaran yang tinggi. Mana taknya, kena bersekang mata sehingga pagi untuk mendapatkan kemasan yang tiptop. Sentiasa try and error. Dahlah baru je baik dari slipped disc, kena pulak duduk menghadap laptop berjam-jam memang cari pasal la. Namun demi mengasah kembali skil penulisan yang semakin tumpul dan memberi sentuhan yang lebih segar, saya gagahkan jua.
Semoga nukilan saya di sini dapat dimanfaatkan sepenuhnya pembaca. Memetik sabda nabi s.a.w dalam sebuah hadith:

                               مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ  
“Barangsiapa yang memilih jalan yang ada padanya ilmu maka akan Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga". (HR Muslim)

Jadi, gunakanlah segala medium dan platform yg ada hari ni untuk menggali seberapa banyak mutiara ilmu. Bak kata Pencetus Ummah Shahool, "Jom pi ngaji, kalau xpi cerooiii lah"

Wallahu a'alam.


Continue Reading

::: Membilang Hari :::


Alhamdulillah..sedar tak sedar dah sampai ke penghujung April. Cepat sangat masa berlalu. Berakhirnya bulan ini bermakna berakhir jualah perkhidmatanku sebagai wartawan penyiaran dan penolong penerbit Isu Akidah di TV Alhiijrah. Hmm..sedih juga nak tinggalkan TV Alhijrah setelah setahun menjadi salah seorang perintis di sini. Susah senang bersama ditempuhi. Apa-apa pun TV Alhijrah banyak mengajar aku menjadi seorang yang matang, berfikiran kreatf serta cekal dalam menempuhi cabaran.



 Tidak dinafikan, bekerja di sebuah stesen televisyen yang baru seperti TV Alhijrah melatih aku untuk lebih 'independant' dan multitasking. Masih aku ingat, ada satu masa akulah pengacara, akulah penulis skrip, akulah editor dan akulah penerbit untuk menyiapkan sesuatu program. Namun begitu, ia satu pengalaman dan pembelajaran yang sukar aku perolehi di tempat lain....
Continue Reading

3 Disember 2011@konvo USIM


~Ibu dan keluarga sentiasa bersamaku susah dan senang~

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan blog ini terbiar akhirnya berpeluang juga tuannya untuk mengintai ke sini..huhu..salam sejahtera buat sahabat-sahabat sume..mohon maaf sebab sudah lama tidak mencoretkan idea dan pengalaman di sini..
Continue Reading

Tinta Penulis


                                 بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام على رسول الله

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah S.W.T atas segala nikmat yang diberikanNya. Jikalau nak dihitung segala nikmat yang kita miliki hari ini, sudah tentu tidak akan terhitung banyaknya Allah berikan kepada kita. Syukur padamu Ya Allah!

Laman blog peribadi shahrulfaizie.com ini diwujudkan sebagai salah satu usaha saya untuk berkongsi ilmu dan pengalaman kepada pengunjung laman maya semua. Hampir 2 tahun blog ini 'terbiar' begitu sahaja atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan dan akhirnya penghujung bulan 12 tahun 2013, syukur alhamdulillah kerana saya diberikan kesempatan untuk menulis kembali.

Tidak dapat dinafikan setiap buah fikiran dan mainan perasaan yang diterjemah melalui penulisan mampu mengubah kehidupan seseorang. Jikalau apa yang diterjemahkan itu baik maka baiklah kesannya tetapi jika sebaliknya anda pasti tahu apa natijah yang bakal berlaku.

Manusia telah ditaklifkan sebagai khalifah di atas muka bumi. Khalifah yang akan memakmurkan bumi dengan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar. Zaman bersilih ganti menyaksikan kemajuan teknologi hari ini. Semua maklumat boleh diperolehi hanya di hujung jari. Seorang khalifah juga perlu bijak dalam menggunakan segala kecanggihan yang terhidang ini. Antara usaha yang boleh dilakukan ialah menulis sesuatu yang bermanfaat di laman maya ini.

Nabi S.A.W pernah bersabda :

                                                               وخير الناس أنفعهم للناس
"Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain." (HR At-Thabrani & Daruquthni)

Memberi manfaat kepada orang di sekeliling. Itulah yang kita semua inginkan. Orang sebegini akan sentiasa disenangi dan disayangi. Lahirnya dirai, perginya ditangisi. Bukan hanya penduduk bumi yang senang dengannya malahan penduduk di langit juga.

Akhir kalam, ambillah peluang dalam setiap hembusan nafas yang masih ada ini untuk berbakti dan berbudi kepada masyarakat. Saya juga sentiasa berdoa semoga segala penulisan saya ini dipandu dengan niat yang baik, hati yang bersih dan akal yang waras supaya pembaca dapat memahami sekaligus bermanfaat buat mereka. "Empower your inner strength"

Wallahu a'alam.

Al-Faqir ila Allah
Mohd Shahrul Faizie bin Zaini

Continue Reading