::: 2nd International Muslim Unity Convention :::



15-16 Disember 2009

Assalammualaikum buat sahabat sekalian..maaf sbb dh lama xposting..blog ana under construction skjap..tu yg lama xpost..post kali ni ttg pengalaman ana menhadiri 2nd International Muslim Unity Convention bertempat di PWTC...Alhamdulillah, USIM menghantar 10 wakil untuk konvensyen ini..Konvensyen kali ini berjaya menghimpunkan ulama-ulama terkenal dari pelusuk dunia seperti Syeikh Salman al-Oudah, Syeikh Abdullah al-Bayyah, Syeikh Al-Yaqoubi dan ramai lagi...Perbincangan untuk konvensyen kali ini berteraskan konsep perpaduan dan hubungannya terhadap kehidupan muslim...Ucaptama yang disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad amat mengkagumkan hadirin yang hadir. Semangat dan keyakinan dalam membina perpaduan di kalangan umat Islam yang ditunjukkan oleh Tun amat memberi kesan kepada kami...

- USIM's Delegate -

- Syeikh Darwish from Egypt and Syeikh Ghumari from Morocco-



Syeikh Muhammad Abul Huda Al-Yaqoubi
Demascus, Syria

Imam Sayyid Hassan Al-Qazwini
Senior Scholar Shia' from Iraq/USA



Syeikh Salman Al-Oudah
Founder of Islam Today Network & Islamic Scolar
from Saudi Arabia

Syeikh Ahmad Hussin Darwish
Hadith Scholar from Egypt




Perbincangan diteruskan dengan pembentangan oleh Shuyukh yang hadir...Alhamdulillah, banyak yang kami perolehi daripada konvensyen ini...Antara situasi yang menarik perhatian ana dan peserta lain adalah di mana SyeikhQazwini iaitu Ulama terkenal berfahaman Syiah duduk bersama-sama Syeikh Al-Oudah berfahaman Sunni dengan satu matlamat iaitu Perpaduan dan Muslim Ummah. Walaupun mereka berlainan fahaman, atas kalimah La ila haillallah, semua perbezaan fahaman diketepikan. Apa yang ana boleh kongsikan pada sahabat semua, dalam membina perpaduan haruslah belajar untuk menerima perbezaan...Learn to agree and disagree...Alhamdulillah, secara keseluruhan program ini amat bermanfaat kepada kami yang hadir...mudah2n segala apa yg diperolehi dapat dikongsi bersama...

p/s: Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ulama yang hadir sila lawati muslim unity.

0 comments:

Post a Comment