:: Mencari Lailatul Qadr ::



Pernah tak kita terfikir, apabila menjelang saja 10 malam terakhir Ramadhan, umat Islam mula berpecah kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan akan menambahkan lagi amal ibadat mereka dengan ibadah solat sunat tarawih, qiyamullail, dan iktikaf di masjid.....
Sebaliknya berbeza dengan satu lagi kumpulan. Semakin Ramadhan ke penghujungnya, semakin rancak memenuhi keinginan duniawi mereka dengan mengunjungi pusat membeli belah, menghias rumah, membuat kuih raya dan macam-macam lagi. Inilah realitinya yang sebenar.

Firman Allah swt bermaksud, “Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera) malam tersebut hingga naik fajar” (Al-Qadr)..

Di dalam ayat di atas, jelas Allah menerangkan tentang malam yang menjadi kecintaan para sahabat nabi s.a.w dan para salafus soleh. Keyakinan mereka terhadap apa yang dijanjikan Allah tidak pernah luntur. Berbeza dengan kita pada zaman moden ini. Kita membaca Al-Quran tetapi barangkali tiada penghayatan. Perkara inilah yang menyebabkan kita tidak merasai kehebatan Lailatul Qadr. Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan(83 tahun). Namun, ada diantara kita masih tidak menyedarinya.

Masihkah ada peluang untuk mengecapi nikmat lailatul qadr? Jawapannya ya. Ada beberapa malam lagi untuk kita manfaatkan demi mendapatkan keberkatan lailatul qadr. Gunakan masa, kudrat dan segala apa yang dikurniakan Allah untuk kita mendapatkannya.

3 comments:

syu_faizie said...

MOga kita bersama jadi pemburu..pemburu malam al-Qadr...=)

syu_faizie said...

moga kita sama2 menjadi pemburu malam al-Qadr...;)

Mar'atul Islam said...

Salam..bolehkah kiranya jika ana ingin bertanya..kerana masih cetek lagi ilmu di dada..ana ingin bertanyakan tentang lailatul qadar..lailatul qadar sebenarnya yang dimaksudkan ialah malam al-qadr tetapi bagaimana pula yang dikatakan memeluk lailatul qadar kemudiannya mohon segala yang dihajati dengan izin ALLAH akan dimakbulkan..adakah benar??kiranya apakah sebenarnya lailatul qadar yang dimaksudkan..malam atau satu makhluk ciptaan ALLAH??

Post a Comment